Sabtu, 17 Disember 2011

PAS PERCAYA CAKAP BOMOH SIAM?


BOMOH SIAM PENASIHAT POLITIK PAS?

Seperti yang di duga PAS menyalahkan UMNO dalam hal isu berbangkit mengenai Hasan Ali dan Nasharuddin Isa. Mungkin orang PAS ada berjumpa Bomoh Siam untuk menilik siapakah yang bertanggungjawab. Bomoh Siam kata UMNO ! 

Tuduhan PAS tersebut telah di bidas oleh Ahmad Zahid Hamidi. Tegasnya kedua pemimpin PAS itu tidak dipengaruhi oleh UMNO. Mereka berdua menyatakan pendirian mereka sendiri. Tambahnya lagi kedua pemimpin PAS itu tidak mengamalkan politik sempit.
"Seperti sebelum-sebelum ini, Pas terus menjadikan UMNO sebagai kambing hitam pada setiap masalah yang menimpa mereka. Mereka terlalu takut untuk menggalas tanggungjawab selesaikan masalah sendiri.

"Dalam hal Hasan dan Nasharudin ini, kedua-dua secara jujurnya menyuarakan pendirian mereka. Adakah setiap kali terdapat pemimpin jujur, berfikiran terbuka dan tak amalkan politik sempit, golongan itu terperangkap dengan UMNO?

"Saya jelaskan di sini, UMNO tidak ada kena-mengena berkaitan perkara ini. Bagaimana pula dengan kedudukan Ketua Pemuda Pas (Nasrudin Hassan) yang menyokong Hasan? Terperangkapkah mereka dengan UMNO?"
 "Kepada Pas, janganlah membuta tuli mengikut telunjuk DAP yang sudah menjadi 'taukeh baru' mereka. Secara jelas, tindakan tersebut menukar kiblat politik mereka kini, semuanya berpunca daripada DAP,"
Sememangnya berlaku perpecahan dan perebutan kuasa di dalam PAS. Kini apabila semakin hampir dengan PRU 13 ianya bertambah kronik. Ini amat jelas semasa Muktammar PAS pada Jun lepas. Hakikat ini cuba disembunyikan oleh PAS kepada pengetahuan umum. Tetapi selama mana PAS mampu menyembunyikannya? Lebih baik PAS Pusat akur saja kepada kehendak umat Islam di negara ini yang mahukan PAS dan UMNO bekerjasama dalam satu jemaah. Buat apa dengar cakap 'Bomoh Siam' dalam DAP Rasis dan PKR?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

2 ulasan:

  1. Assalam sahabat JS.
    Itulah dia Pas..dulu,kini dan selamanya begitulah selagi wali selipor diaorang bernafas..

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa