Sabtu, 17 Disember 2011

PENGETUA MUSLIM DI SEKOLAH MUBALIGH.

Lantik Muslim pengetua SMK Convent Bukit Nanas cetus rasa tidak senang 
Oleh Debra Chong 

December 17, 2011 KUALA LUMPUR, 17 Dis — Bagi Katolik Malaysia, langkah terbaru Putrajaya melantik seorang Melayu-Muslim sebagai pengetua SMK Convent Bukit Nanas (CBN), sekolah berprestij di Malaysia, mencetuskan kebimbangan baru kemungkinan usaha mengetepikan hak dan sumbangan gereja aliran itu di negara ini. 

Ketua Biskop Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam membangkitkan pertikaian antara pemilik sekolah berusia 112 tahun itu dan Kementerian Pelajaran ekoran kehadiran mengejut pengetua baru, Datin Seri Zavirah Mohd Shaari. 

“Pelantikan pengetua CBN bukan sahaja bertentangan dengan dasar kerajaan berkenaan perundingan maksimum tetapi juga memberi gambaran ia juga strategi kerajaan untuk mengambil alih sekolah-sekolah mubaligh bagi mengetepikan status, etos dan ciri-ciri khas sekolah mubaligh khususnya CBN,” kata Pakiam (gambar) dalam satu kenyataan disiarkan dalam akhbar Katolik, The Herald. 

Justeru, beliau merayu kepada Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud agar mempertimbangkan semula keputusan dan melantik seorang yang sesuai dicalonkan oleh pemilik sekolah di bawah perintah Infant Jesus (IJ) Sisters order. 

CBN dianggap sebagai antara sekolah paling terbaik di kalangan sekolah-sekolah rahib negara ini.

Encik Pakiam mungkin menggunakan khidmat 'Bomoh Siam' dalam hal ini. Pandangan encik Pakiam ini mempamirkan sifat anti Islam, prejudis dan ekstrimis melampau. 

Tempat orang encik Pakiam hendak kacau , di tempat sendiri tidak boleh di usik sedikit pun. Encik Pakiam ini tinggal dalam mimpi ngerinya sendiri.

Kata-katanya itu tidak membantu kepada sifat saling menghormati dan membina persefahaman dalam hubungan antara agama. 

Anihnya, ahli Politik seperti Khalid Samad boleh masuk gereja dan beri ceramah. Manakala ahli politik DAP Rasis seperti Teresa Kok, Nga Kor Meng boleh masuk masjid dan memetik ayat-ayat al qur'an tanpa sebarang teguran daripada beliau. 

Para lebai dalam PAS tidak sedar lagi ker? Apakata Pengetua itu orang PAS ? Adakah encik Pakiam juga tidak bersetuju?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

3 ulasan:

  1. Bro
    Sekolah Mubaligh Di Brunei Darussalam ada Pengetua nya seorang Islam dan kelas agama islam pun di ajar sama.
    tak ada masaalah pun...
    School Board of Directors semua nya kristian.
    Sama sama bekerjasama.... No Pilitiking...

    BalasPadam
  2. Kalau China atau India jadi pengetua mungkin tidak timbul isu.
    Kenapa benda sebegini nak dijadikan masaalah?

    BalasPadam
  3. alasan rasa takut pada diri sendiri sebenarnya tu.

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa