PEMBANGKANG TAK BISING PULA KATA MAHKAMAH TAK ADIL.
Inilah cara kebebasan Media yang diamalkan oleh DAP Rasis. Utusan Malaysia di serang kerana mengkritik Lim Guan Eng. Bagi menutup segala kritikan terhadapnya Guan Eng memfailkan Saman Futnah ke atas Utusan Malaysia. Pada peringkat awal beliau berjaya. Namun keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang tersebut boleh di rayu. Memang Lim Guan Eng tidak 'macho'. Para pecacai pembangkang mula meniupkan segala macam sorakan terhadap Utusan Malaysia. Di satu segi mereka terlupa bahawa saman fitnah terhadap Harakah, Suara Keadilan, Roketkini , mahkamah memberikan keputusan memihak pihak yang menyaman mereka.
Para pecacai pembangkang selama ini melaungkan dan menyebarkan persepsi tiada kebebasan media. Bagaimana media hendak bebas jika pemimpin pembangkang sendiri seringkali mengekang kebebasan media? Mereka juga selama ini mengecam sistem kehakiman negara tetapi mereka akan berdiam diri jika sesuatu keputusan mahkamah itu memihak kepada mereka.
Kenapa pada kali ini mereka tidak menjerit mengatakan bahawa mahkamah tidak adil, tidak telus dan dipengaruhi? Sebabnya kerana mahkamah pada kali ini menyebelahi mereka.
Bolehkah kita katakan bahawa konsep keadilan pihak pembangkang ialah ' Mahkamah sentiasa menyebelahi mereka'.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa