ADA BAGUSNYA WACANA SINAR HARIAN baru-baru ini, barulah kita nampak jelas di mana letaknya KEPINCANGAN pilihanraya dan SPR, rupa-rupanya hanya di dalam khayalan proaktif minda kelas ketiga pembangkang sahaja. Ada satu isu yang menarik perhatian ialah mengenai pemilih yang berusia 100 tahun di dalam daftar pemilih. Sejauhmana kebenarannya tidaklah kita ketahui. Menurut Timbalan Pengarah SPR, senarai daftar pemilih yang ada sekarang adalah kelangsungan dari daftar pemilih pada 1956. Pada waktu itu jumlah pemilih ialah 2 juta lebih. Sekarang ada 12 juta pemilih.
Agak menghairankan juga kerana bagaimana pembangkang boleh tahu ada pemilih berusia 100 tahun di dalam senarai daftar pemilih ? Sejak bilakah mereka (pembangkang) menyedarinya? Dua persoalan in berlegar di dalam kotak fikiran JS sendiri. Malah di dalam fb ada yang berani mengatakan terdapat 1600 pemilih berusia 100 tahun di Perak. Wow, bagaimana mereka boleh tahu dan dari mana mereka memperolehi maklumat tersebut?
Jika difikirkan, senarai pemilih yang ada berjumlah 12 juta orang, untuk mengasingkan pemilih berusia 100 tahun lebih mengambil masa yang begitu lama. Mustahil pembangkang ada masa, tenaga dan wang begitu banyak untuk memobilisasikan lebih 12 juta orang untuk semak setiap satu nama dalam senarai daftar pemilih.
Jadi apakah kesimpulan logik yang boleh kita buat? Tidakkah ini bermakna pemilih-pemilih tersebut merupakan penyokong-penyokong pembangkang sendiri ? Usia seratus tahun di kira sejak 1956 dan dalam tahun itu berapa ramai yang menyokong PKM ? Tidakkah ini sesuatu yang boleh di terima akal? Sudah tentulah pembangkang mempunyai rekod mengenainya.
Sistem kad pengenalan diperkenalkan semasa darurat dan ramai yang pada itu sendiri pun keliru dengan usia masing-masing. Tahap pendidikan pun masih rendah. Rata-rata kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa Ingeris semuanya kantoi. Kemahiran matematik pun amat rendah. Penggunaan kalendar pun tidak seperti sekarang. Sijil kelahiran pun tidak ada pada masa itu. Jaid masing-masing main hantam sajalah berikan umur dan butiran kelahiran.
Pernah ada cerita mengenainya semasa pihak berkuasa hendak membuat kad pengenalan pada waktu itu, ada seorang pakcik bila di tanya polis (kerana pada waktu itu polis yang diberi kuasa untuk mengambil butiran) Polis: ' Berapa usia pakcik dan lahir di mana?' antara jawapan-jawapan yang diterima adalah seperti berikut:
'Sama usia dengan pokok kelapa depan rumah encik'
'Ntahlah, bidan Mak Minah pun dah meninggal'
'Saya nikah masa banjir besar dulu encik'
'Masa Jepun dulu saya besar anak Tok Penghulu'
Berdasarkan kepada argumen di atas adakah logik isu Pemiih usia seratus tahun untuk diketengahkan ? Hai takka nak beri jawapan begini pula 'ENTAHLAH ENCIK, SAYA LAHIR MASA REFORMASI BUAT DEMONSTRASI"
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa