MIN YUEN dalam bahasa Melayu bermaksud 'GERAKAN RAKYAT' merupakan sel/unit pengintipan PKM semasa darurat yang membekalkan makanan, maklumat dan perisikan kepada unit-unit tempur PKM yang berada di dalam hutan. Kini semangat dan sentimen MIN YUEN dihidupkan kembali oleh pembangkang sebagai wadah dan cara untuk menggulingkan kerajaan yang sah di pilih oleh rakyat. Amatlah mendukacitakan kerana fahaman lapuk dan kuno PKM dijadikan pencetus revolusi coup-d'etat ala pemberontakan komunis masa darurat.
Kalau dahulu anggota-anggota MIN YUEN dianggotai majoritinya oleh komuniti Cina yang serba salah disebabkan oleh ugutan bunuh oleh anggota PKM tetapi sekarang ini ianya dianggotai oleh mereka yang bencikan kerajaan akibat pengapian kebencian oleh pembangkang sejak 1998.
Dari sentimen MIN YUEN inilah timbullak slogan-slogan daripada pembangkang mengenai RAKYAT, DUIT RAKYAT, KETUANAN RAKYAT, APALAGI RAKYA? HABIS SEMUA DIBINKAN KEPADA RAKYAT. Selepas ini BANK RAKYAT juga hendak dikaitkan dengan mereka?
Apa yang mereka bawakan dan amalkan amatlah merbahaya kepada masadepan rakyat Malaysia. Jika dibiarkan dan hanya diberikan amaran, lama-kelamaan mereka akan menjadikan BUDAYA POLEMIK & REVOLUSIONER sebagai BUDAYA POLITIK KOTOR . Natijahnya terkena kepada generasi-generasi Malaysia di masa depan sebagai berpotensi menjadi PENGGANAS / TERORIS ANTARABANGSA, adakah ini yang hendak kita wariskan kepada generasi muda kita?
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa