Rabu, 27 Julai 2011

DASAR PARTI, & TANGGUNGJAWAB & HAK AHLI. KALAU TIDAK SUKA, SILA BERUNDUR SAJA.

ARTIKEL ini mengajak semua ahli UMNO agar mengingatkan kembali kepada Asas & Tujuan UMNO yang termaktub di bawah FASAL 3 Perlembagaan UMNO dan bertanya kepada diri sendiri mengenai TANGGUNGJAWAB & HAK sebagai Ahli UMNO yang termaktub di dalam FASAL 6. Untuk apa kita PERJUANGKAN DASAR PARTI lain dan menunjukkan simpatetis kepada perjuangan DASAR PARTI lain berbanding PARTI sendiri ? FASAL 3 dan FASAL 6 Perlembagaan sudah cukup menyatakan dengan jelas bahawa semua gagasan, wawasan dan inspirasi RAKYAT sudah menjadi ASAS & TANGGUNGJAWAB AHLI. Berjuanglah di atas DASAR dan melaksanakan TANGGUNGJAWAB sebagai ahli Parti sendiri, kenapa perlu menceduk lagi di sana sini ? Kalau sendiri TIDAK FAHAM DASAR & TANGGUNGJAWAB PARTI DAN SEBAGAI AHLI PARTI maka eloklah berundur dan janganlah menjadi BIAWAK YANG PERLU DI PiKUL OLEH PARTI.





Kenapa perlu beralah malu dengan TAKRIFAN SALAH yang diberikan oleh pihak lawan ? Kenapa sendiri tidak berusaha untuk menyatakan kepada ramai bahwa UMNO sudah memperjuangkan hak kaum lain di dalam BARISAN NASIONAL ?

Sejak 1998 dan selepas 2008, apabila pihak lawan dengan sewenang-wenangnya memberikan tafsiran salah mengenai Asas UMNO kepada orangramai bagi membangkitkan kebencian melampau kepada UMNO untuk melabelkannya sebagai sebuah parti Rasis, ramai ahli dan sesetengah pemimpin UMNO gagal menggarap apa yang di bawa oleh POLISI TRANSFORMASI DATUK SERI NAJIB.

Ada yang sehingga sanggup senada dan seiring dengan pihak lawan semata-mata kerana ALAH MALU KEPALANG kononnya majoriti rakyat sudah membuka minda dan tidak menerima RASISMA. Rakyat Malasyia memang sudah lama tidak menerima RASISMA dan kerana itulah adanya BARISAN NASIONAL. Takkan itu pun tidak faham?

Masih tidak fahamkah sesetengah ahli dan pemimpin UMNO bahawa semua gagasan dan wawasan pihak pembangkang pada hari ini dan selepas 2008 sebenarnya hendak membawa MALAYSIA dan RAKYAT MALAYSIA kembali kepada PEMIKIRAN ZAMAN NEOLITIK ? Yakni SIAPA KUAT DIA MENANG DAN HUKUM RIMBA.


TEPUK DADA TANYA IMAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa