Baru-baru ini negara dikejutkan dengan pendedahan oleh 2 orang bloger bebas, bigdogdotcom dan Marahku mengenai ikrar menjadikan Kristian sebagai Agama rasmi Negara pada Mei 4, 2011 di Pulau Pinang yang melibatkan DAP. Utusan Malaysia menjadikan pendedahan tersebut sebagai Tajuk Utama di muka depan. DAp telah bertindak membuat lapuran Polis terhadap Utusan Malaysia, musuh media tradisi mereka, Namun isu yang ditimbulkan oleh kedua bloger bebas tersebut ternyata mempunyai agenda tersembunyi. Ikuti lanjutan analisa mengenainya berdasarkan kepada blog Papagomo dan entri terdahulu dalam blog ini.
1. Mengikuti blog papagomo dalam entrinya yang mendedahkan mengenai kisah sebenar isu Agenda Kristian ini. Berdasarkan kepada entri papagomo, DAp sememangnya mempunyai Agenda Kristian, tetapi bukan untuk Semenanjung Malaysia. Agenda itu adalah untuk Sarawak.
2. Berikut adalah petikan daripada blog papagomo:-
Ini kisah sebenarnya yang maklumat Tepat dan Sahih bukan macam Cerita Anjing besar.
DAP memang merancang untuk membentuk Koloni Kristian dalam Negara dan target utama mereka adalah Sarawak dan ini lah yang berlaku sepanjang kempen Pilihanraya Negeri yang lalu di sarawak.
Untuk makluman semua DAP menjanjikan kepada penganut Kristian bahawa jika Pakatan rakyat menang pada PRN Sarawak tempoh hari maka mereka Kerajaan Baru Pakatan Rakyat akan menukar agama rasmi negeri Sarawak kepada Kristian.
Usaha penyebaran menjadikan Agama Kristian sebagai agama rasmi di Sarawak di jalankan oleh DAP dan ini di lakukan secara terang terangan. Organisasi OHMSI (Oriental Hearts and Mind Studies) merupakan sebuah pertubuhan yang merupakan penyebar dan menjadi alat kepada agenda DAP.
Siapa individu yang berada di belakang Pertubuhan OHMSI ini? Gomo rasa ramai yang tidak terkejut kerana penaung dalam mengerakkan OHMSI ini adalah Teresa Kok dan Hanna Yeoh.
Bukan Jeff Oi sebagaimana yang Anjing Besar maksudkan tapi Teresa Kok dan Hanna Yeoh lah yang mengerakkan OHMSI sebagai nadi menjadikan Kristian agama rasmi Sarawak.
Sebab itu Jeff Oi melenting dengan kebodohan Anjing Besar kerana yang sepatutnya di Terjah adalah Teresa Kok dan Hanna Yeoh dan pertubuhan yang kononya bebas OHMSI. Memang DAP mempunyai agenda besar dalam hal ini namun sepertimana Gomo maklumkan bahawa DAP juga berpijak di bumi yang nyata kerana mereka tahu Semenanjung ini tidak akan dapat di tawan mereka dengan menjadikan sebuah Negara Islam.
Berbalik kepada soal Bodoh yang Anjing Besar momokkan di Pulau Pinang adalah sama sekali tidak benar. Dan ini mendatangkan satu ancaman besar kepada Negara Malaysia. Bayangkan sudah berapa hari isu ini hangat di perkatakan dan semakin terancam perpaduan kita yang berbilang Agama dan bangsa di Malaysia ini. Bagaimana hendak kita semua mengharungi isu Negara Kristian yang memang tak wujud ni?
Gomo mempunyai cadangan kepada pihak Kerajaan Malaysia terutama Kementerian Dalam Negeri. Siasat semua pihak terutama Blogger Anjing Besar ini dan jika ada yang salah maka Tahan di bawah ISA.
Jika Blogger Anjing Besar ini terbukti menyebarkan Fitnah sehingga menggugat keselamatan negara maka adalah satu kewajaran untuk Big Dog ini di tahan di bawah ISA bagi mengelakkan kekacauan dan ketenteraman Awam tergugat.
Kerajaan harus memandang serius isu yang di Momok kan Blogger Big Dog ini kerana yang menanggung beban dalam hal ini adalah Kerajaan BN dan bukannya Pakatan Pembangkang. Bagaimana hendak kita bela seekor Blogger yang merosakkan keharmonian Kaum di Malaysia?
Apa guna 1 Malaysia jika hal sebegini tidak dapat di bendung oleh Kerajaan Malaysia? Gomo yakin dan amat pasti pihak Pembangkang juga akan turut sama bersetuju agar ISA di kenakan ke atas Blogger Big Dog ini jika terbukti beliau salah menyebarkan Cerita.
Sudah sampai masanya KDN bertindak tegas dalam hal ini bagi menjamin Ketenteraman Awam. Pada Gomo ianya berbaloi menahan Anjing Besar di bawah ISA kerana dapat menyelamatkan Malaysia dari terus haru biru dengan seekor Anjing Besar yang Bengap ni.
ISA MEREKA YANG MENGGUGAT KETENTERAMAN AWAM!!!
JS bersetuju dengan saranan Papagomo ini, kerana isu yang sengaja diberikan maklumat salah bagi menggangu gugat ketenteraman awam dan negara bukanlah sesuatu yang ringan. Jangan lupa tangkap juga mereka yang membawa Agenda Kristian ini dnegan kadar segera ! Tepuk Dada Tanya Iman !
Apa sudah jadi bro..Sarawak buka sebahagian dari Malaysia ke?
BalasPadamRata2 kiranya semua masyarakat sedar bahawa isu ini adalah agenda politik yang seiras dengan PERJUANGAN PAS.yakni menggunakan agama sebagai landasan meraih sokongan dan memenuhi keserekahan mereka.
Apakah itu tidak cukup dab bagus kuat bagi kita utk berhati2 dan berwaspada ... Apakah tiada melayu atau pun umat Islam di Sarawak sehingga kita bersikap negatif dengan peringatan tersebut.Apakah kita harus bersikap hipokrit?
Lu fikirlah sendiri...peringatan itu lebih baik bro dari terlambat.
wallahuwa'lam