Selasa, 10 Mei 2011

KEMASKINI TERKINI KG SG KERANDANG HULU SELANGOR: KETUANAN RAKYAT MERAMPAS HAKMILIK RAKYAT MISKIN


Kg Sungai Kerandang, Hulu Selangor merupakan sebuah pertempatan majoriti orang Melayu yang menduduki tanah tersebut sejak 25 tahun lalu dan menjadi tempat mereka menari rezeki bagi menampung penghidupan mereka seharian selama ini. Terdapat 40 buah keluarga Melayu di bawah katergori Miskin Luar Bandar. Selama ini mereka diberikan hak TOL menduduki oleh kerajaan Barisan Nasional tanpa di ganggu gugat, kini setelah PKR, DAP & PAS Selangor mengambilalih, Hak Rakyat Misin di injak-injak dan tidak diberikan sebarang hakmilik pegangan kekal sepertimana yang diberikan kepada penduduk-penduduk minoriti kaum DAP yang mendapat layanan isitimewa jauh berbeza dengan orang Melayu di Kg Kerandang. 

1. Berikut adalah dipetik dan di ambil daripada entri blog Kamaluddin's blog NASIB ORANG KG KERANDANG HULU SELANGOR DI TANGAN KERAJAAN KETUANAN RAKYAT PASDAPKR  lihatlah bagaimana Kerajaan Ketuanan Rakyat menindas dan menzalimi rakyat miskin dan betapa wakil-wakil Tuan Rakyat di bawah kerajaan Ketuanan Rakyat melayani dan menyelesaikan masaalah rakyat yakni dengan merobohkan dan menghapuskan terus pertempatan mereka tanpa perikemanusiaan!

Dan lihatlah ( dalam gambar ke 2) bagaimana kerajaan 1 MALAYSIA yang selama ini di tuduh sebagai Rasis dan Zalim, berusaha dan membantu rakyat miskin ! Inilah SEMANGAT 1 MALAYSIA YANG SEBENARNYA!


Rintihan Rakyat Miskin Yang Tidak Didengari oleh
Pakatan Jahat PASDAPKR
Apakh Dosa mereka sehingga mereka dizalimi oleh PKR Selangor?


YB Kamal, AP Hulu Selangor [BN] sedang berbincang dengan
rakan-rakan lain dalam BN , Dato Idris [UMNO] dan Woon {MCA]
Mengenai Masalah Rakyat Kg Kerandang
Membuktikan bahawa Barisan Nasional bukan RASIS !
1 MALAYSIA IN ACTION!



Segala kekuatan jentera kerajaan Negeri dipergunakan oleh PKR Selangor untuk menzalimi Rakyat Miskin di Kg Kerandang
Seperti Rejim Zionis Menghalau rakyat Palestin


Keangkuhan Rejim PKR Selangor
Jentera Berat di Bawa masuk untuk menindas dan menzalimi rakyat miskin
Kebun, Dusun dan Rumah Kediaman selama 25 Tahun 
Mahu di ratah dan di mamah oleh jentera berat Rejim PKR Selangor!



Setelah Berjaya Menipu Rakyat
Rejim Ketuanan Rakyat PKR Selangor
Merampas Hak Rakyat Sesuka Hati mereka!



Rakyat Ditinggalkan Sendirian oleh Rejim Ketuanan Rakyat PKR Selangor
Dimanakah Laungan REFORMASI ?
Di manakah Ketuanannya Rakyat bila berhadapan dengan
REJIM KETUANAN RAKYAT INI?




KINI TANAH INI MILIK SIAPA?
RAKYAT ATAU KRONI REJIM KETUANAN RAKYAT PKR SELANGOR?

2. Kita masih ingat bagaimana Rejim Ketuanan Rakyat Pakatan Jahat PASDAPKR mempersoalkan mengenai kesusutan jumlah hektar Tanah Rizab Melayu dan secara membabi buta tuli menuduh UMNO penyebab keusustan itu sedangkan pada masakini dalam banyak hal keadaan berlaku di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan malah di Perak semasa Rejim Ketuanan Rakyat Pakatan Jahat PASDAPKR ialah tidak ada 1 pun usaha mereka menambahkan bilangan Tanah Rizab Melayu yang dikatakan sebagai menyusut malah dalam kejadian penzaliman ke atas rakyat di Kg Buah Pala dan terkini di Kg Sg Kerandang terbukti Rejim Ketuanan Rakyat Pakatan Jahat PASDAPKRlah yang merompak HAK RAKYAT yang sepatutnya menjadi TUAN dalam KETUANAN RAKYAT sebaliknya menjadi HAMBA KEPADA TUAN RAKYAT PAKATAN JAHAT PASDAPKR! KEMBALIKAN HAK RAKYAT!

Kita turut bersimpati dan merasa sedih dengan perkara yang berlaku kepada orang Kg Sg Kerandang keran di tipu , di tindas dan dizalimi oleh Rejim Ketuanan Rakyat Pakatan Jahat PASDAPKR . Sebelum ini kita pernah mendengar keangkuhan Khalid MB Selangor dari Rejim Jahat mahu mengurniakan hakmilik sekian sekian banyak kepada rakyat tapi rakyat kelas yang mana satu? Kelas Kroni atau kelas Marhaen ? Jelas bukan? Ketuanan Rakyat bukan untuk Rakyat Marhaen ! Tepuk Dada Tanya Iman.

1 ulasan:

  1. bantu lah penduduk sg kerandang.. yg semuanya bangsa melayu beragama islam....

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa