"Hidup Bermula Pada Usia 40 Tahun" Ungkapan yang seringkali kita dengar dan lihat. Akil Baligh merujuk kepada usia di mana segala kewajiban syarie' berlaku ke atas kita tetapi belum lagi matang. Kenapa? Dalam Surah Al 'Ahqaf , surah ke 46 ayat ke 15 amat jelas disebutkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala bahawa usia matang manusia ialah 40 tahun. Perkiraan mengikut takwim Qamarriyah dan bukan Syamsiah. Ingatlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.
1. EDISI SARAPAN SENAMAN MINDA & AKAL sengaja memilih untuk membincangkan mengenai usia matang dan kematangan, Kematangan amat penting dalam peringkat kehidupan manusia. Begitu jugalah usia bagi sesebuah organisasi dan pertubuhan.
2. Bayangkan, dalam sesbuah oraganisasi , kesemua ahlinya telah mencapai usia matang dan kematangan di samping mempunyai lapisan muda-mudi yang turut bakal mencapai usia matang dan kematangan. Sudah tentu, kematangan itu berterusan, Kematangan berterusan melahirkan pula kebijaksanaan dan pengalaman berharga dalam semua bidang penghidupan.
3. Kematangan, kebijaksanaan dan pengalaman berharga adalah sesuatu yang tidak TERNILAI dan amat BERHARGA. Kita sudah tentunya mahu bersama kelompok manusia yang mempunyai kematangan, kebijaksanaan dan pengalaman berharga dan sudah tentu kita mahu berada dalam pertubuhan yang mempunyai ahli-ahli yang matang, bijak dan berpengalaman.
4. Kita renungkan, adakah orang yang tidak matang, tidak bijak dan tidak berpengalaman mampu menilai dan menghargai orang yang matang, bijak dan berpengalaman? Sudah tentu tidak. Fikirkanlah.
Selamat Ulangtahun ke 65 UMNO, sebuah pertubuhan dan organisasi yang telah matang dan mempunyai kematangan, kebijaksanaan dan berpengalaman. Tidakkah anda mahu menyertainya? Tidakkah anda mahu berada dalam pertubuhan sedemikian yang mempunyai ramai ahli yang matang, bijak dan berpengalaman? Tepuk Dada Tanya Iman.
Dari mana datang nya angka 65?
BalasPadamJika yg.lama telah Mampos,
Dan yg.ada hari ini Di panggil UMNO Baru,
Lahir beberapa tahun kebelakangan nie saja?
Dari sini sudah menampakan ketidak jujuran Ahli UMNO memperkatakan sesuatu yang Hak dan yg.Batil.,
Ciri ciri Munafik sangat jelas bila satu ketika ia berkata 65 dan satu ketika dia kata ini yg.Baru.
Begitu juga pada nama,
Kata "Pertubuhan Kebangsaan MELAYU Bersatu",
Tapi Dalam nya ada Iban Dayak Kadazan Murut Bidayu dan yg.paling Menyedihkan Mamak Tongkang yg.lebih Melayu dari Melayu.
Subhanallah..
Cukup cukup lah UMNO Menipu,menzalimi,menginaya org.Melayu di Tanah Air nya sendiri.
Maaf, jgn Maree ek!.
Sekadar Meningati Sejarah.
Dalam kematangan berfikir mempunyaiunsur kewarasan wajar dan munasabah, Di dalam kewarasan wajar dna munasabag itu sifat Ammarah dijinakkan.
BalasPadamTerimakasih di atas ulasan anda hanya sanya hujahan anda tidak menampakkan sebarang ciri-ciri kematangan malah lebih menjurus kepada meluahkan AMMARAH. selagi ammarah menguasai nafsu dan akal anda, anda bukanlah seorang yang matang dan berfikiran matang,
kerana itulah anda tidak dapat menilai dan menghargai sesebuah perjuangan atas platfom UMNO.
Tapi dasar kematangan, saya balas hujah anda seprti berikut:-
1. Adalah benar UMNO pada hari ini adalah UMNO yang sama pada 1946. Sudah tentu pihak yang anti UMNO akan berhujah bahawa UMNO pada hari ini adalah yang BARU. Maaf, UMNO yang ada pada hari ini bukan BARU, tapi ianya adalah UMNO yang dahulu juga. Hanya pendaftarannya sahaja di Perbaharui, sama seperti anda memilik kereta yang anda perlu mengemaskini seetiap tahun cukai jalan dan insuransnya.
2. Jika anda membaca penuh teliti dengan artikel saya, anda akan memahami dengan lebih jelas . Malangnya oleh kerana anda dikuasai oleh sifat Ammarah yang melampau, anda tidak mencapai kematangan dalam berhujah dan fikiran anda.
Harap anda tidak tersinggung dengan hujah balas ini. :)