Isunya mudah, Anwar mencarut. Carutannya ditujukan kepada DS Najib atas isu pendedahan video salahlaku seksual Anwar. Anwar carutkan DS Najib dengan gelaran Pandy Kutti [anak babi]. Setelah itu, para blogger Pro BN pula mengejek-ngejek Anwar kerana mencarut. Pada kali ini, walaupun Mahadewataraya Nik Ajih cuba mengindorskan cap Halal PAS pada carutan Anwar, ianya tidak dapat menyelamatkan maruah Anwar. Akhirnya, Dr Novandri, untuk entah berpuluh kali mengkantoikan lagi Anwar dalam twitter. Cayalah Dr. Novandri !
Video Anwar Mencarot
Kredit kepada blog M.i.M
1. Anwar sudah kehabisan modal dan helah untuk menipu rakyat Malaysia. Kebenaran demi kebenaran muncul dari segenap pelusuknya menghentam dan menghancurkan tembok penipuan serta pembohongan beliau secara maksimum. Belum sempat dia menepis sudah datang lagi buah keras meluru deras ke arahnya, Bukan satu tapi bertubi-tubi menyebabkan Anwar punya langkah Silat Lidah Biawaknya terkehel.
2. Di kala ini, Dr Novandri dalam entrinya DAH INSAF KE ! ANWAR 'ANTI CARUT' mengkantoikan Anwar dalam twitter lagi. Lihat di bawah di petik daripada blog Dr. Novandri,
Aduhai, Anwar berkempen 'Anti Carut' di twitter dan kononnya carutan Anwar ini mendapat restu daripada semua rakyat Malaysia. Punyalah lawak. Ini bermakna secara tersirat Anwar mengakui memang dia mencarut dan kini dia malu sendiri, cuma pengakuan secara terbuka dia tidak berani lakukan. Anwar pun bukanlah seorang yang berani pun. Demi menjejaskan dan mencalarkan lagi imejnya, Anwar cuba mempersalahkan UMNO pula dalam hal pendedahan video salahlaku seksualnya.. Lihat di bawah ini.
3. Selepas berkempen 'Anti Carut' , Anwar meneruskan tradisi memalukan dirinya sendiri dengan menuduh Datuk Eskay dan Datuk 'T' melakukan jinayat rogol. Lihat di bawah
"Nak sumpah beritahu suruh dia berhenti rogol dulu," katanya kepada hadirin yang rata-rata orang Melayu. seterusnya
Jelas, Anwar menuduh Datuk Eskay dan Datuk 'T' sedang dan masih melakukan rogol. Bak kata Dr Novandri, Anwar ada 4 orang saksi ke? Jika tiada 4 orang saksi, Anwar ini wajib dikenakan qazaf rotan 80 kali!
Jangan ketinggalan membaca entri dr Novandri tersebut. Memang lucu sekali perlakuan Anwar melindungi dirinya yang sudah malu. Kini ada tayangan selanjutnya video salahlaku seksual Anwar dari sudut pandangan ke 3 pula. Mutunya baik dan lebih jelas daripada sebelumnya. eloklah para hadirin yang hadir dalam ceramah beliau bertanya soalan ini, ' Bang Nuar ... jam omega mana?' Anda pasti mendapat Carotan berjenama Halal PAS. Tepuk Dada Tanya Iman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa