Sabtu, 7 Mei 2011

EDISI SARAPAN PAGI: ? Nafsu Nafsi



1. EDISI SARAPAN SENAMAN MINDA & AKAL, pada hari ini pembicaraan secara ringkas mengenai Nafsu nafsi manusia ini. Bagaiman mengenali seseorang itu melalui nafsu nafsi diri sendirinya. Ada 7 tingkat Nafsu nafsi manusia ini seperti berikut:-

Nafsu Ammarah.
Nafsu Lawammah
Nafsu Mulhammah
Nafsu Mutmainnah
Nafsu Rodhiah
Nafsu Mardhiah
Nafsu Kamaliyah

Kesemuanya terpakai kepada seluruh manusia tidak kira samada beriman kepada rukun Iman dan Islam atau yang kufur kepada rukun Iman dan rukun Islam. Jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai takrifan, kupasan dan penjelasan carilah orang yang lebih 'arif daripada kita.

2. Hari ini, JS cuma hendak menyentuh mengenai NAFSU AMMARAH kerana berkaitan dengan apa yang Pakatan Jahat PASDAPKR mahu lancarkan yakni HARI NAFSU AMMARAH RAKYAT. Bunyi hebat seperti hendak meruntuhkan langit yang tak bertiang dan menggulung bumi yang tak bertikar. 

3. NAFSU AMMARAH ini adalah tingkat nafsu paling bawah paling hina, paling keji dan paling buruk. Nafsu Ammarah ini tiada kebaikan kebajikan dan kemanafaatn di dalamnya. Ini adalah nafsu syaithan-nir-rojiim. Menyeru dan mengajak manusia kepada kejahatan, kemungkaran, kekufuran, keburukan dan kemudaratan. 

4. Bala tenteranya ialah 
Kedekut
Tamak
Hasad
Bodoh
Takbur
Syahwat
Benci

Orang yang dikuasai oleh Nafsu Ammarah ini tidak dapat menahan diri mereka daripada melakukan kejahatan. Hati mereka telah dikunci oleh Allah SWT. Mereka telah disesatkan oleh Allah s.w.t kerana Allah swt Maha Mengetahui kejahatan hati mereka lalu mengunci pendengaran [telinga batin] , hati dan penglihatan mereka [mata hati mereka]

Mereka bergembira bila daapt nikmat dan berdukacita jika di timpa musibah, seperti Anwar Ibrahim dan gengnya lah. Segala perlakuan dan perbuatan mereka mengikut 100% kehendak setan laknatullah yang menguasai diri mereka sepenuhnya.

Mereka tidak boleh di tegur, di beri nasihat, suka mengejek, suka mencemuh, jiwa kosong, tiada hubungan langsung dengan Allah sw.t. serta menganggap kejayaan yang dikecapi adalah hasil titik peluh mereka sendiri  dan tidak akan berubah sehingga diberikan hidayah dan petunjuk oleh Allah s.w.t. 

JADI FIKIRKANLAH DENGAN SERUAN HARI NAFSU AMMARAH RAKYAT  YANG TELAH BERMULA SEJAK 2 JUMAAT LALU DAN BAKAL DIPERBESARKAN LAGI OLEH PAKATAN JAHAT PASDAPKR. ADAKAH ANDA INGIN MENYERTAI SEKELOMPOK MANUSIA YANG BAKAL DIKUASAI SEPENUHNYA TINDAK TANDUK MEREKA OLEH SYAITHONIR-ROJIIM DALAM PENYERTAAN MEREKA DALAM 'HARI NAFSU AMMARAH RAKYAT' UNTUK MEMBELA NASIB SEORANG MANUSIA YANG BUAT SALAH TAPI TAK NAK NGAKU? FIKIRKANLAH. TEPUK DADA TANYA IMAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa