KOMPLEKS PKNS sebuah mercutanda di ibunegeri Selangor, malah bangunan ini banyak membawa pelbagai nostalgia kepada bekas-bekas siswa dan siswi UiTM serta wargakota bandaraya Shah Alam. Sebut saja Kompleks PKNS Shah Alam, semuanya tersenyum, cukup meriah dengan pelbagai aktiviti peniaga-peniaga kecil-kecilan dan ruang pejabat. Sentiasa sibuk dan hiruk pikuk di masa kemuncak. Sebuah bangunan yang dibina untuk memberi ruang dan luang seluas-luasnya kepada orang Melayu berniaga dalam sebuah kompleks membeli-belah. Tempat orang Melayu mencari rezeki dan merangkak-rangkak bersaing dalam dunia perniagaan yang tidak pernah mesra Melayu. Kadar Sewanya rendah tapi masih memberikan unjuran keuntungan 4% setahun kepada kerajaan negeri Selangor, tapi itu dulu, semasa Barisan Nasional memerintah kini PKR Selangor menjual bangunan itu kepada Amanah Raya dan kemungkinan besar kadar sewa akan dinaikkan. Hancurlah segala impian dan cita-cita orang Melayu, terbantut segala perkembangan dalam penguasaan dunia perniagaan peruncitan dan pemborongan. Di atas nama Ketuanan Rakyat, mana mungkin impian Melayu menjadi Tuan di tanah warisan nenek moyang sendiri, Melayu hanya layak dijadikan bahan ejekan, cacian, kejian dan di pandang hina.
1. Kita terlalu ingin bertanya kepada PKR Selangor terutamanya Penasihat Ekonomi negeri Selangor, anak kelahiran Ceruk To' Kun, Pulalu Pinang, apakah dosa-dosa PKNS dan orang Melayu Selangor yang tidak menjadi ahli mana-mana parti politik kepada PKR Selangor sehingga menjual Kompleks PKNS Shah Alam?
2. Adakah setelah menjual aset-aset bernilai milik rakyat Raja Selangor maka selepas penjualan itu orang-orang Melayu dan rakyat Selangor semuanya menjadi bilionir dan kemiskinan dihapuskan ? Atau menyebabkan harga barangan diturunkan? Atau harga minyak petrol turun? Atau warga usia emas terpelihara? Atau menambahkan aset-aset negeri Selangor? Atau hasil penjualan itu kesemuanya kembali kepada rakyat Selangor ? Atau digantikan dengan sebuah bangunan yang lebih gah dan canggih? Inikah dinamakan Ketuanan Rakyat ? Merakyatkan Ekonomi ?Atas kepentingan siapa dan untuk siapa sebenarnya Kompleks PKNS Shah Alam ini di jual ? Atas kehendak siapa sebenarnya?
3. Semakin sedap slogan rekaan PKR Selangor pada halwa telinga, semakin sedap PKR Selangor merompak rakyat di atas nama KETUANAN RAKYAT. Sebenarnya, dalam Ketuanan Rakyat ini adakah rakyat menjadi Tuan Angguk-angguk geleng-geleng sahaja dan sekadar mendapat gelaran 'Tuan' tapi 'Tuah' adalah milik PKR Selangor dan kroni Anwar ?
4. Di mana 'Tuan'nya rakyat jika rakyat tidak dapat bayaran gaji, elaun, emolumen, bonus dan kemudahan-kemudahan yang dinikmati oleh barisan EXCO Negeri Selangor ? Malah tidak ada pula rakyat marhaein dijadikan 'Tuan' dalam Lembaga Pengarah, Pegawai Eksekutif dan pembuat polisi GLC kerajaan Selangor di bawah PKR Selangor. Nampaknya Ketuanan Rakyat ini hanya mempertuankan Tuan Rakyat PKR Selangor, Tuan Rakyat Speker DUN Selangor dan Tuan Rakyat EXCO Selangor.
BERJANJI ITU MUDAH, MEMPERDAYAKAN ITU JUGA MUDAH. MENIPU LAGI MUDAH DARIPADA KEDUANYA. TUAN RAKYAT PKR SELANGOR BERJAYA MEMPERMUDAHKAN KEDUANYA MENJADI LEBIH MUDAH. ANDA MASIH MAHU DIPERMUDAHKAN OLEH KEMUDAHAN SLOGAN REKAAN TUAN RAKYAT PASDAPKR SELANGOR? TEPUK DADA TANYA IMAN.
habis jahanam wang rakyat...biasalah juak pakatan ni depa tahu ROMPAK ROGOL LIWAT ZINA,.....BABI betul
BalasPadam