Sabtu, 7 Mei 2011

KHAS BUAT BLOGER PAKATAN JAHAT: KAWAN KORANG MAKAN KORANG.


Dalam dunia perblogeran di Malaysia, terutama dalam bidang pengkhususan Politik Tanahair, persoalan pokok yang sering mengocak keadaan ialah mengenai Bajet. Ada yang tuduh menuduh sesama sendiri menciloq dan menjual nama-nama rakan bloger lain untuk mendapatkan Bajet tapi tidak dikongsi bersama dengan rakan bloger yang terjual namanya. Ada yang tak kisah langsung pasal bajet dan melakukannya hanya semata nama PERJUANGAN kerana PERJUANGAN tidak menuntut walau sesen pun imbuhan. Keluhan kekeciwaan seorang bloger pro Pakatan Jahat, Mat Saman Kati adalah contoh terbaik dalam hal ini.

1. Mengikuti entri terkini Papa Gomo berkenaan dengan isu di atas, Sila baca dengan lebih lanjut mengenaiinya di sini SALAM DARI BLOGER PAPA GOMO BUAT BLOGER PRO PR MAAF DI ATAS ARTIKEL INI.  Papa Gomo sekali lagi membuat pendedahan berani mengenai kepincangan para pejuang siber upahan Pro PR yang menurutnya ada sekelompok daripada mereka yang seringkali pandai menadah bajet sana sini sehingga rakan lain mereka tidak dapat merasa seduit pun.

2. Berikut serba sedikit petikan catitan entri tersebut, amat menarik:-
Mat Saman Kati menyatakan pemimpin pembangkang tidak menjaga Blogger dan sebab itu lah medium utama pentas Blogger kini di kuasai Blogger Pro Kerajaan BN.
Sebenarnya ada Bajet yang besar buat Blogger dan Team Cyberwar Pembangkang dalam meneruskan hidup Blogging mereka. Bajet ini bukanlah sikit tapi ada yang cecah Jutaan ringgit. Cuma yang dapat hasil dari peruntukkan ini adalah hanya mereka yang berada di lingkungan pemimpin sahaja manakala yang berjuang secara total dan tidak hampir dengan pemimpin maka hanya mendapat Pisang sebagai ganti.
Sebagai contoh Negeri Selangor yang kita semua tahu memang mempunyai banyak sumber kewangan buat kerajaan Pakatan rakyat dan sudah tentu mampu menyediakan keewangan buat para Cybertroopers Pembangkang dalam berjuang.
Tapi ke mana bajet yang sepatutnya buat Blogger Pakatan Rakyat? Gomo sebenarnya tahu siapa yang pegang bajet buat Blogger Pakatan rakyat dan siapa yang mengatur Blogger Blogger Pakatan Rakyat dalam pergerakkan Cyberwar mereka. Semua maklumat ini memang dah di ketahui oleh kami beberapa orang Blogger Pro Kerajaan.
JS JUGA SUDAH LAMA MENGETAHUI PERKARA INI DI MANA SEKELOMPOK KECIL BLOGER PR YANG RAPAT DENGAN PEMIMPIN PR SENTIASA MEREMBAT BAJET. MEMANG TIADA SEMANGAT SETIAKAWAN LAH TB & TP .SEOT SANGGUP MAKAN KAWAN SENDIRI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa