بسم الله لا اله الا الله محمد رسول الله
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2014 (PAU) , datang lagi.
- Sudah bermula lah pelbagai spekulasi dan keluarlah pelbagai cerita dongeng, hikayat dan cakap-cakap. Bermacam-macam stori yang diceritakan dan di ulang tayang sesama mereka. Cerita-cerita yang keluar dan tersebar dicampur gaul kan pula dengan macam-macam asam-garam pulak bagi penyedap cerita. Inilah amalan kebiasaan yang diperlihatkan oleh semua parti polotikus di Malaysia sejak 2004 lagi.
- Semasa Anwar Ibrahim berada dalam UMNO selama 17 tahun, bermula lah era Politik Wang, Di mana wang di tabur dan diberikan kepada perwakilan-perwakilan sebagai 'wang Belanja' , 'Wang Rokok', 'Wang Kopi, 'Duit Minyak' 'Belanja Anak Sekolah' 'Wang Shoping'. Malah game politik ini memang pemes la diamalkan secara bebas dan secara rawak oleh semua parti politikal di Malaysia. Cuma SPRM malas nak layan sahaja sebab terlalu banyak sangat diamalkan. Duit memang sedap.
- Melalui pengaruh 'Politik Wang', maka bermulalah pula 'Politik Legasi'. Yakni, dari bapa kepada anak, dari bapa saudara kepada anak saudara, dari pupu ke sepupu. Kadangkala, jawatan tertentu dalam parti diwarisi oleh sesebuah keluarga. Polotikus menolak amalan adat Temenggung dalam pewarisan takhta beraja, tetapi mereka mengamalkannya tanpa segan silu di dalam parti polotik mereka. Inilah kepuraan yang diterima dan tak pernah nak difikirkan oleh pengundi di luar lingkungan polotikus.
- Melalui amalan 'Polotik Wang' dan 'Polotik Legasi' maka muncullah pula 'Polotik Hutang Budi'. Ya la, bila sudah ada penaja yang menaja kos, bila sudah mahu mewarisi sesuatu jawatan kepada keluarga, sudah tentulah akan menabur budi sana sini kepada orang-orang tertentu. Diberikan peluang memegang jawatan sokongan. Membina rangkaian dan pagar-pagar ghaib kuasa bagi melindungi hajat dan kepentingan yang dibawa.
- Mereka yang sudah termakan budi pula, akan terhutang budi dan membayar dengan 'Bodi'. Sepanjang tempoh Anwar Ibrahim berkuasa selama 16 tahun di dalam UMNO dengan Politik Wang dan Politik Legasi, maka ramailah pewaris-pewaris dalam kelompok 'Polotik Hutang Budi'. Gurunya berfikir mampu mengendalikan nafsu besar anak didiknya. Malangnya, gurunya pula terpaksa meletak jawatan. Akhirnya berputih mata melihat anak didiknya dibebaskan selepas 6 tahun dipenjarakan.
- Halatuju dan matlamat majoriti polotikus Malaysia ditentukan oleh faktor Polotik Wang, Polotik Legasi dan Polotik Hutang Budi. Tidak sukar membaca kulit buku dan isi kandungan seseorang polotikus di Malaysia. Mereka sentiasa terdedah kepada ugutan polotikal oleh pihak-pihak yang mengetahui sejarah kerjaya polotikal mereka. Sebab itu mereka berkokok pun sekadar untuk menyedapkan hati mereka.
- By-produk kepada ketiga-tiga amalan itu ialah wujudnya kumpulan sokongan terdiri dari pengampu supa tegar, pembodek tanpa batasan, broker kuasa & projek, pemakan komisen dan proksi yang hanya ada dua patah perkataan , 'YES BOS !'.
- Hasilnya, terlahirlah sebuah konsidi Polotik Kelesuan yang tak berdaya saing, tidak dinamik, tidak maju ke depan, tidak berkhidmat kepada masyarakat, tidak mempeduilkan unutng nasib rakyat di bawah, menjadi jumud, terlampau banyak khayalan, terlampau banyak politiking, terlalu banyak kerosakan dan terlalu negatif.
- Namun begitu, ada juga kemeriahan dan keriangannya. Bukanlah semuanya hambar dan tawar. Terbit jualah dari sisa-sisa radioaktip dan kumbahan buangan pepejal dari amalan itu, kisah-kisah manis lagi suwet. Inilah kenyataan hakiki dunia Polotik Malaysia yang penuh dengan warna warni yang bukan Pelangi. Tiada Tempayan Emas di hujung warna-warni itu melainkan kebinasaan.
- Adakah PAU kali ini bakal menjadi suatu titik perubahan yang benar-benar berubah atau hanya menjadi medan pertemuan gelak ketawa di ribersayid dan di bawah jambatan sambil perwakilan bernostalgia akan kerusi menteri dan jawatan di dalam GLC dan entiti SWF?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa