Selasa, 4 November 2014

KESOTONGAN POLOTIKUS MELAYU ALAF BARU MEMBAWA BENCANA KEPADA MELAYU.

Musuh-musuh Islam dan Melayu faham benar mengenai kelemahan dan kepalsuan Polotikus Melayu Alaf baru. Kelemahan dan kepalsuan itu dijadikan para musuh mentransformasikan dan mereformasikan polotikus Melayu Alaf Baru menjadi Encik Sotong dengan pelbagai jenama. Dijual murah di pasaran politik dan dijadikan 'Snack' waktu menonton filem 'Philadelphia'. 

Sistem Demokrasi kita memaksa kita memilih polotikus yang bertanding dalam pilihanraya bagi membentuk Badan Legislatif dan badan Eksekutif (EXCO & Mak Jemaah Menteri). Dan, polotikus Melayu Alaf baru hanya mampu menawarkan calun-calun takde mutu keunggulan dan tiada Semangat Juang yang dah dikompromi Semangat jatidiri Melayu mereka. 

Calun-calun tidak dipilih dan pandangan pengundi Melayu tidak diambilkira kerana pemilihan dibuat oleh puak ELITIS KELAB POLOTIK mereka. Jadi kita memang TAK DIBERI PILIHAN lah. 

Sejak 2004, kita ditawarkan calun-calun yang dikosmetikan dengan mekap propaganda politikal yang amat tebal tapi palsu segala-galanya. Kelompok polotikus Melayu Alaf Baru gagal untuk bersatu dan gagal untuk menyatukan Suara Mereka. Bahkan, suara mereka seringkali tenggelam dalam suara-suara sumbang puak polotikus-bukan-Melayu Alaf Baru.  Yang mereka berjaya hanyalah mempromosikan diri mereka sendiri. 

Kekuatan sokongan yang diberikan oleh pengundi Melayu seramai lebih 6 juta orang dipersiakan oleh Polotikus Melayu Alaf baru dengan melakukan tindakan-tindakan yang merugikan Melayu. Paling menyedihkan, tindakan-tindakan itu dilakukan kerana ketakutan mereka kepada pengundi Cina dan Tamil yang tak mengundi mereka pun. 

Keadaan sudah menjadi terbalik, yakni Polotikus Melayu Alaf Baru lebih menjaga pengundi yang tak mengundi mereka. Sepatutnya, mereka menjaga pengundi yang mengundi mereka. Mereka memberikan alasan bahawa tanpa pengundi Cina dan Tamil, mereka tak boleh menjadi EXCO dan MAK JEMAAH MENTERI. Bermakna mereka tidak memerlukan undi pengundi Melayu yang mereka kata sudah berpecah menjadi empat dan tak solid. Pala Hotak mereka. 

Dalam tempoh 5 tahun, pengundi yang mengundi mereka hanya diberikan perhatian dan manafaat selama sebulan sebelum pilihanraya. Selepas itu, mereka cuma fikir apa projek pembangunan nak sakau.

Kini terdengar kata-kata bahawa mereka yakin dan konpiden boleh menguasai minda serta keyakinan pengundi Melayu serta pengundi Cina dan Tamil dengan STRATEGI SOTONG mereka. 

Syok Sendiri adalah Tema Utama Strategi Sotong mereka. Mood pengundi tak pernah mampu diterjemahkan oleh Power Poin presentation dan data yang dimanipulasi.  

Mereka gagal membina dan mencari semangat Jatidiri Melayu yang hilang dari mereka. Batin mereka kosong tapi poket penuh. Dan mereka fikir, wang ringgit mampu mengekalkan mereka di puncak kuasa selama-lamanya. 

Taktik dan kaedah 'Rindu dan Dendam' yang mereka amalkan ke atas pengundi Melayu, difikirkan mampu mengabui pengundi Melayu sepanjang masa. Mereka lupo yang pengundi Melayu masakini lebih cerdik berbanding mereka. 

Mereka rela diperalatkan dan dijadikan keldai oleh pengundi Cina, Tamil dan polotikus bukan Melayu. Mereka mendakwa merekalah Pejuang Asli yang tulin. Bila benar-benar diamati, kita dapat melihat dengan jelas perkataan 'Made In China' di dahi mereka. Dan kad waranti mereka tertulis , "Once Broken Considered No Good Forever". Dan pada kotak pembungkusan mereka tertulis, " Handle With Care - Fragile Goods". 

Anda mungkin skeptik dengan artikel ini dan merasa sakit hati teramat sangat. Tapi penulisan ini bukan Penyedap hati Polotikus Melayu Alaf baru. Ianya ibarat seperti mengasah tajam sebilah PARANG KONTOT YANG SUDAH MENJADI BESI LUSUH dan mengilat semula 'SEBATANG BESI YANG DAH KARAT TEROK". 

Insya Allah Hu Ta'ala, kita boleh tengok nanti keputusan PRU 14 mendatang. Samada artikel ini betul aatu sebaliknya. Tapi jangan bimbang, Melayu Kebanyakan tetap ada JALAN KELUAR. Kita hanya perlu yakin sepenuhnya kepada perjalanan Takdir Allah Hu Ta'ala dalam Qada' dan Qadar Nya. Dan puak polotikus Melayu Alaf Baru tidak mempunyai untung nasib yang baik berbanding Melayu Kebanyakan dalam Qada dan Qadar yang mendatang. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa