Isnin, 26 Ogos 2013

SPAD: Berita Baik Buat Warga KL, MRT Fasa Pertama Bakal Siap Menjelang Disember 2016 @SPADChannel


Hari ini saja, Utusan Malaysia keluarkan tiga artikel penting buat warga kotaraya KL ,Bandar Iskandar dan buat rakyat Malaysia. Tapi biasanya, berita-berita begini, ramai yang tak ambil berat. Sedangkan ianya berkaitan dengan apa yang kerajaan BN lakukan untuk kesenangan rakyat. Kerajaan BN bukanlah seburuk yang seperti yang sering digambarkan di dalam propaganda-propaganda bersifat fitnah daripada puak syiah, khawarij, komunis-sosialis dan sosialis-demokrat.

Waima sekarang banyak kedapatan kritik-kritik dan temasya kutuk-mengutok sesama calun PAU, namun intergriti kerajaan BN tidak terjejas sedikitpun. Kerajaan BN melalui usaha-usaha murni, terus berkhidmat kepada rakyat. Salah satunya ialah projek MRT. 

Projek MRT di bawah program Transformasi Ekonomi mampu menyediakan peluang pekerjaan 130,000 dan menyumbangkan RM3 bilion ke RM4 bilion setahun kepada Pendapatan Negara Kasar dari 2011-2020.

MRT Corp, melalui Pengarah Startegik dan Komunikasi Awamnya, berkata, warga KL boleh menarik nafas lega kerana fasa pertama MRT akan siap Disember 2016. Beliau turut dilapurkan Utusan Malaysia, agar warga KL menggunakan perkhidmatan MRT bagi mengurangkan masalah kesesakan lalulintas.

Jajaran fasa pertama dari Sungai Buloh ke Damansara Height. Manakala jajaran kedua di jangka siap pada 2017 akan menyambung jajaran pertama sehingga ke Kajang. Bas-bas pengantara dan ruang parkir juga diambilkira bagi keselesaan warga kota yang menggunakannya. Sebanyak 1,500 petak parkir di stesen penghujung dan 500 petak parkir di setiap stesen pengantara. Ini bagi menggalakkan warga kota menggunakan MRT bagi mengurangkan kesesakan lalulintas. Sebanyak 16 stesen MRT di bina. 

Kita boleh menjangkakan, pada 2017, kesesakan lalulintas di laluan-laluan utama di kotaraya KL akan berkurangan. Oleh itu, kita gunakanlah kemudahan yang disediakan oleh kerajaan BN untuk kesenangan kita semua. 

Politikus Malaysia Perlu Jalani Pemeriksaan Mental Setiap Bulan.

Malaysia memang terkenal dan pemes dengan pelbagai perkara Grandeur. Pemecah Rekod Guiness World untuk Weird Things. Dan politik Malaysia sejak 1998 merupakan yang paling meriah dan dipenuhi unsur-unsur lucu. Dari sekecil-kecil isu sehinggalah sebesar-besar isu, politikus Malaysia sentiasa kaya dengan pelbagai isu remeh-temeh. 

Pelbagai isu-isu anih yang tak pernah di dengar oleh generasi awal kini sentiasa didendangkan oleh politikus. Kesemuanya bermatlamat untuk meraih simpati dan undi. Ada yang masih berprinsip dan ada yang sudah menjual prinsip. Kebanyakan isu-isu polemik sejak 1998 sehingga kini, bersifat propaganda dan menghasut. Tiada satu isu pun berkenaan kepentingan rakyat.

Namun begitu setiap isu seperti ada 'Brek Angin'. Bila tiba di kemuncak, tiba-tiba kehangatan isu tersebut merundum berdebub jatuh tersembam dan tak naik-naik dah. Apa yang kita lihat, hanyalah natijah dan kesan yang dikehendaki sahaja. Dalam diam-diam, semua peneraju dan pembawa isu sudah ketawa ke bank. 

Macam-macam isu politik timbul dan bangkit, akhirnya semua prasangka dan sangkaan meleset. Hanya yang merancang sahaja tersenyum simpul di dalam bilik. Ada banyak lagi isu-isu menyentuh sensitiviti kaum Melayu dan agama Islam bakal muncul. Sehinggalah, didapati kaum Melayu rela dan redha dengan segala penghinaan dan mengalah. Barulah isu-isu berkenaan akan terhenti. 

Tindakan hanya di ambil apabila didapati isu-isu berkenaan benar-benar mengancam kedudukan dan status-quo politikus. Selagi mana isu-isu berkenaan hanya mengancam dan mengguris hati Melayu Kebanyakan, pada pandangan politikus, 'Biarkanlah, lelama Melayu hilang marah, nanti kita beri gula-gula Kandos'. Politikus tidak akan mengambil tindakan drastik. Politikus hanya berminat menyelamatkan status-quo mereka. Biarlah pihak lain yang menanggung segala keburukan dan mudarat. Mereka hanya hendak keuntungan sahaja.

Dan inilah yang akan berlarutan dan berlanjutan sehinggalah ke PRU 16. Selepas PRU 16, gameplan lain pula bakal menyusul. Begitulah peel politikus Malaysia ini. Di belakang kita, mereka mengadakan 'Persetujuan Damai'. Di depan kita, mereka melaungkan 'Perjuangan' dan macam-macam slogan. Apa yang penting, rakyat perlu di arah ke satu kondisi yang kondusif kepada pengekalan status-quo mereka.

Sebab itulah selaku rakyat kebanyakan, kita jangan melayan sangat isu-isu yang mereka bangkitkan. Jangan mudah terpedaya dengan sandiwara politikus. Jangan mempercayai sangat apa yang mereka bertekak sesama mereka. Bila kita tak melayan 'gameplan' mereka, percayalah, niscaya para politikus akan kecewa besar. Dan itu akan menyebabkan mereka terpaksa menjalani terapi psaikatrik. Sekarang ini pun, pada hemat ambe, para politikus amat perlu menjalani pemeriksaan mental mereka pada setiap bulan. 



SPAD: Pandang Serius Kemalangan Bas Ulang-alik Di Kilometer 3.5 Jalan Gentng Highlands @SPADChannel


Beberapa hari yang lepas, negara dikejutkan dengan tragedi bas ulang alik yang terjunam ke dalam gaung di kilometer 3.5 jalan persendirian Genting Highlands. Seperti biasa dan di duga, maka mencurah-curahlah pelbagai pakar 'keselamatan Jalanraya'. Tak kurang pula yang menuding jari menuduh S.P.A.D. Sebenarnya, bila bercerita mengenai peranan S.P.A.D, mereka hanya bertanggungjawab memberikan kelulusan laluan dan lesen pengendali. Tidak wajar hanya menyalahkan S.P.A.D. Ada lagi beberapa agensi yang berkaitan dengan piawaian keselamatan teknikal bas seperti PUSPAKOM. 

Berikut adalah kenyataan akhbar daripada Pengerusi S.P.A.D :-

KENYATAAN YBHG TAN SRI DATO’ SERI SYED HAMID ALBAR
PENGERUSI SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT
Kenyataan Akhbar
Kemalangan Bas Ulang-Alik di KM 3.5 Jalan Genting Highland.
21 Ogos 2013- SPAD ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban di dalam kemalangan yang menimpa penumpang bas ulang-alik ke Genting Highland yang terhumban ke dalam gaung di Kilometer 3.5 Jalan Genting-Karak.
SPAD memandang serius tragedi kemalangan dan menyokong cadangan YAB Timbalan Perdana Menteri untuk menubuhkan jawatankuasa penyiasatan khas untuk menyiasat secara terperinci punca kemalangan bas di Jalan Genting Klang. SPAD akan bekerjasama dengan semua agensi - agensi yang berkaitan bagi mengenal pasti punca kemalangan dan langkah – langkah pencegahan supaya tragedi sedemikian dapat dielakkan di masa hadapan. Selain daripada itu, SPAD juga akan memberi tumpuan yang lebih khusus kepada audit keselamatan terhadap pengendali bas henti-henti dan ekspres.
Sebelum ini Pengerusi S.P.A.D turut mencadangkan agar data dan butiran pemandu disepadukan. Agar senang menjadi rujukan setempat bagi semua agensi yang terlibat. Menurut beliau, sistem berkenaan sudah ada cuma belum disepadukan lagi.

Sebelum ini, bahagian penguatkuasa S.P.A.D telah melakukan operasi ke atas pemandu teksi. Di dalam operasi berkenaan, seorang pemandu teksi di dapati di bawah pengaruh dadah syabu. Perkara itu dirujukkan kepada Agensi Anti Dadah. 

Pada hemat ambe, budaya tunding-menunding jari patut di buang. Kita hidup dalam alaf 21, jadi moleklah kita bertindak dan berfikir sesuai dengan kemajuan zaman.