Isnin, 26 Ogos 2013

Politikus Malaysia Perlu Jalani Pemeriksaan Mental Setiap Bulan.

Malaysia memang terkenal dan pemes dengan pelbagai perkara Grandeur. Pemecah Rekod Guiness World untuk Weird Things. Dan politik Malaysia sejak 1998 merupakan yang paling meriah dan dipenuhi unsur-unsur lucu. Dari sekecil-kecil isu sehinggalah sebesar-besar isu, politikus Malaysia sentiasa kaya dengan pelbagai isu remeh-temeh. 

Pelbagai isu-isu anih yang tak pernah di dengar oleh generasi awal kini sentiasa didendangkan oleh politikus. Kesemuanya bermatlamat untuk meraih simpati dan undi. Ada yang masih berprinsip dan ada yang sudah menjual prinsip. Kebanyakan isu-isu polemik sejak 1998 sehingga kini, bersifat propaganda dan menghasut. Tiada satu isu pun berkenaan kepentingan rakyat.

Namun begitu setiap isu seperti ada 'Brek Angin'. Bila tiba di kemuncak, tiba-tiba kehangatan isu tersebut merundum berdebub jatuh tersembam dan tak naik-naik dah. Apa yang kita lihat, hanyalah natijah dan kesan yang dikehendaki sahaja. Dalam diam-diam, semua peneraju dan pembawa isu sudah ketawa ke bank. 

Macam-macam isu politik timbul dan bangkit, akhirnya semua prasangka dan sangkaan meleset. Hanya yang merancang sahaja tersenyum simpul di dalam bilik. Ada banyak lagi isu-isu menyentuh sensitiviti kaum Melayu dan agama Islam bakal muncul. Sehinggalah, didapati kaum Melayu rela dan redha dengan segala penghinaan dan mengalah. Barulah isu-isu berkenaan akan terhenti. 

Tindakan hanya di ambil apabila didapati isu-isu berkenaan benar-benar mengancam kedudukan dan status-quo politikus. Selagi mana isu-isu berkenaan hanya mengancam dan mengguris hati Melayu Kebanyakan, pada pandangan politikus, 'Biarkanlah, lelama Melayu hilang marah, nanti kita beri gula-gula Kandos'. Politikus tidak akan mengambil tindakan drastik. Politikus hanya berminat menyelamatkan status-quo mereka. Biarlah pihak lain yang menanggung segala keburukan dan mudarat. Mereka hanya hendak keuntungan sahaja.

Dan inilah yang akan berlarutan dan berlanjutan sehinggalah ke PRU 16. Selepas PRU 16, gameplan lain pula bakal menyusul. Begitulah peel politikus Malaysia ini. Di belakang kita, mereka mengadakan 'Persetujuan Damai'. Di depan kita, mereka melaungkan 'Perjuangan' dan macam-macam slogan. Apa yang penting, rakyat perlu di arah ke satu kondisi yang kondusif kepada pengekalan status-quo mereka.

Sebab itulah selaku rakyat kebanyakan, kita jangan melayan sangat isu-isu yang mereka bangkitkan. Jangan mudah terpedaya dengan sandiwara politikus. Jangan mempercayai sangat apa yang mereka bertekak sesama mereka. Bila kita tak melayan 'gameplan' mereka, percayalah, niscaya para politikus akan kecewa besar. Dan itu akan menyebabkan mereka terpaksa menjalani terapi psaikatrik. Sekarang ini pun, pada hemat ambe, para politikus amat perlu menjalani pemeriksaan mental mereka pada setiap bulan. 



1 ulasan:

  1. kalu mcm nih susahlah kita nk bersatu.lambek laielah nampak ehhh

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa