Isnin, 26 Ogos 2013

SPAD: Pandang Serius Kemalangan Bas Ulang-alik Di Kilometer 3.5 Jalan Gentng Highlands @SPADChannel


Beberapa hari yang lepas, negara dikejutkan dengan tragedi bas ulang alik yang terjunam ke dalam gaung di kilometer 3.5 jalan persendirian Genting Highlands. Seperti biasa dan di duga, maka mencurah-curahlah pelbagai pakar 'keselamatan Jalanraya'. Tak kurang pula yang menuding jari menuduh S.P.A.D. Sebenarnya, bila bercerita mengenai peranan S.P.A.D, mereka hanya bertanggungjawab memberikan kelulusan laluan dan lesen pengendali. Tidak wajar hanya menyalahkan S.P.A.D. Ada lagi beberapa agensi yang berkaitan dengan piawaian keselamatan teknikal bas seperti PUSPAKOM. 

Berikut adalah kenyataan akhbar daripada Pengerusi S.P.A.D :-

KENYATAAN YBHG TAN SRI DATO’ SERI SYED HAMID ALBAR
PENGERUSI SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT
Kenyataan Akhbar
Kemalangan Bas Ulang-Alik di KM 3.5 Jalan Genting Highland.
21 Ogos 2013- SPAD ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban di dalam kemalangan yang menimpa penumpang bas ulang-alik ke Genting Highland yang terhumban ke dalam gaung di Kilometer 3.5 Jalan Genting-Karak.
SPAD memandang serius tragedi kemalangan dan menyokong cadangan YAB Timbalan Perdana Menteri untuk menubuhkan jawatankuasa penyiasatan khas untuk menyiasat secara terperinci punca kemalangan bas di Jalan Genting Klang. SPAD akan bekerjasama dengan semua agensi - agensi yang berkaitan bagi mengenal pasti punca kemalangan dan langkah – langkah pencegahan supaya tragedi sedemikian dapat dielakkan di masa hadapan. Selain daripada itu, SPAD juga akan memberi tumpuan yang lebih khusus kepada audit keselamatan terhadap pengendali bas henti-henti dan ekspres.
Sebelum ini Pengerusi S.P.A.D turut mencadangkan agar data dan butiran pemandu disepadukan. Agar senang menjadi rujukan setempat bagi semua agensi yang terlibat. Menurut beliau, sistem berkenaan sudah ada cuma belum disepadukan lagi.

Sebelum ini, bahagian penguatkuasa S.P.A.D telah melakukan operasi ke atas pemandu teksi. Di dalam operasi berkenaan, seorang pemandu teksi di dapati di bawah pengaruh dadah syabu. Perkara itu dirujukkan kepada Agensi Anti Dadah. 

Pada hemat ambe, budaya tunding-menunding jari patut di buang. Kita hidup dalam alaf 21, jadi moleklah kita bertindak dan berfikir sesuai dengan kemajuan zaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa