Isnin, 22 Julai 2013

Apa Nak Sibuk Pasal Harga Minyak? 64 Tahun Lagi Dunia Tanpa Minyak.

Salah satu 'janji' yang di jual oleh pakatan setan dap-pkr-pas ialah, harga minyak murah. Tahukah anda beberapa fakta mengenai kepentingan minyak dan bekalan minyak mentah dengan ekonomi? 

#FAKTA 1.
Minyak mentah ialah bekalan tenaga utama dunia. Pengguna terbesar ialah Amerika Syarikat. Pengeluar utama ialah negara-negara Arab. Ekonomi dunia pada hari ini didirikan di atas minyak mentah. Tanpa minyak mentah, ekonomi dunia runtuh! Dan kita kembali ke zaman naik kuda dan pakai panah. Bilakah simpanan minyak mentah akan habis?

#FAKTA 2.
Bekalan minyak mentah seluruh dunia akan kehabisan dalam tempoh 64 tahun lagi. Yakni,  kurang lebih pada 2077. Bermakna, dunia sepenuhnya tanpa minyak mentah. 

#FAKTA 3.
Apa akan terjadi kepada ekonomi bila dunia tanpa minyak mentah? Harga tenaga alternatif akan menjadi terlalu mahal dan terhad. Termasuklah , kelapa sawit. Kerana kelapa sawit mempunyai kandungan ethanol yang tinggi dan mudah diperolehi, Ethanol ialah bahanbakar alternatif lebih baik dari minyak mentah. Ianya di anggap sebagai tenaga bersih dan termurah. 


Faham tak kenapa DAP PKR beriya menyerang FELDA dan FGVH? Serta beriya-iya nak harga minyak diturunkan? Bila harga minyak diturunkan, penggunaannya semakin meningkat. Maka akan cepat habis simpanan minyak mentah kita. Akibatnya, akan memberi kesan kepada ekonomi kita. 

Sebenarnya mulai sekarang, kita patut memikirkan apakah teknologi yang boleh kita cipta bagi menghadapi krisis tenaga pada 2077. Jangan buang masa dengar kelentong-kelentong dan fitnah-mehnah puak DAP-PKR-PAS. Itu akan merugikan masadepan generasi kita akan datang. 

BN Mari Beri Projek, Pembangkang Mari Kutok Projek BN Untuk Kroni & Calun, Masuk Gear Gostan

Beza cara pendekatan kempen BN dengan Pakatan DAP-PKR-PAS.

BN ...... 
Kempen BN gerenti mengenai isu pembangunan. Bila Presiden Parti mari, gerenti sedia juta-juta nak beri projek pembangunan kepada rakyat setempat. 

Dan calun akan berjanji mana yang sesuai, wajar, munasabah dan berpatutan. 

PAKATAN DAP-PKR-PAS ....

Ketua Pembangkang mari kempen... tadak janji apa-apa projek pembangunan dan tak perlu juta-juta .. tapi cukup bercakap atas pentas depan ramai-ramai, kutok janji-janji projek pembangunan juta-juta BN semuanya untuk memperkayakan kroni dan calun semata-mata.

Dan calun mereka berkempen... kita akan lawan kerajaan zalim dan korup .. takdak apa-apa janji nak bantu rakyat. 

RAKYAT ...
Biasanya rakyat akan sambut baik janji-janji pembangunan juta-juta, kemudian bila dengar ceramah Ketua Pembangkang yang memukau, akan menolak janji-janji pembangunan. Akhirnya, bertukar fikiran. 

SARANAN

Rakyat perlu diyakini setiap masa bahawa kata-kata Ketua Pembangkang dan calun pembangkang, jika dipercayai hanya menguntungkan kroni , calun dan DAP sahaja. Rakyat juga yang rugi. Pembangunan terlepas ..... Ketua Pembangkang, kroni, calun dan DAP juga yang kaut untung.

Nak mengundi kena ada sifat, " Aku beri Undi Apa Mung Boleh Beri ? Janji tak mao, fitnah tak mao, mao yang real punya kami manafaat hatta dapat sereban ayam pun"


Apa ????? FGVH Nak Beli Ladang Milik DAP Cinabeng????!! Kalau Benar, Hentikan Segera !


Fr the Pontian Plantations website: Chairman Dr Chen Man Hin playing his role as a corporate leader

Bodoh ke Bangang ????? Atau kedua-duanya sekali???? Bigdog mendedahkan bahawa adanya syor dan cadangan untuk mengambilalih saham Pontian United Plantations di mana, "
DAP Adviser for Life, founder and former Chairman Dr. Chen Man Hin and sons control majority of the remaining of the 65.6% of Pontian Plantations and the BOD, refused to this TSH Resources offer. 
Pada kadar nilai urusniaga RM1.2 bilion ! Terlalu tinggi !!! Menurut RHB Research Institute:-
RHB Research Institute Sdn Bhd thinks the price is too steep. The valuation seems high based on Pontian Plantations’ 2011 and 2012 net profits of RM 71.7 million and RM 39.5 million, respectively, translating into price-earnings (PE) ratios of 16.9 times for 2011 and 30.7 times for 2012, RHB Research noted. “More importantly, its landbank is priced at RM74,765 per ha, which looks expensive, even higher than the valuation. RM140 per share translates to approx RM1.2 Billion cash consideration”...... The current proposed offer of RM 140 per share today is at the point where the CPO price is RM 2,300 per ton. 
Apa motif sebenar urusniaga yang sebegini? 
Pulangan modal FGVH hanya akan diperolehi kembali dalam masa 31 tahun!
Jumlah yang terlalu besar untuk membeli kepentingan sebuah syarikat milik ORANG BESAR DAP!


Siapa punya idea bangang ini?
Tak buat penilaian betul-betul ke? Menggunakan projek 'Baby' DS Najib untuk beri keuntungan kepada ORANG BESAR DAP?
Bayangkan apa yang bakal ORANG BESAR DAP akan buat dengan dana sebesar RM1.2 bilion itu !


Baca seterusnya di sini , SINI KLIK LAH !


Demi Maruah Islam Agama Persekutuan dan Bangsa Melayu, Pastikan PAS Kecundang di Kole Besout.

Anda selaku pembaca dan pemerhati, mungkin juga pengundi berdaftar di Kole Besout atau mempunyai saudara-mara di Kole Besout, telah mendengar dan membaca bermacam jenis ragam hujah-hujah kedua belah pihak. Lupakan buat seketika hujah-hujah mereka. Lapangkan dada dan pinjamkan seketika, hati serta akal budi anda kepada ambe. 

Mungkin anda berpendapat, ah tak mengapa mengundi PAS. Kan PAS juga parti wakil Melayu-Islam. Sama dengan UMNO/BN. Atau, Ahhs.. tak mengapa aku tak mengundi, aku fenin kepala kerana karenah keduanya. Melayu sama Melayu bergaduh, orang ini kata mereka betul dan orang itu kata mereka betul. Ketahuilah, anda perlu mengundi waima apajua alasan yang memberati anda! 

Kenapa ambe katakan begitu? 

Pertama, undi anda mampu mengubah keadaan dan mampu mententeramkan serta mendamaikan di antara dua pihak yang bermusuhan. Adat pertandingan, anda mesti memilih siapa kalah dan siapa menang. Jangan pedulikan perasaan yang memberati anda untuk keluar mengundi. Pastikan, peratusan keluar undi adalah lebih dari 80 peratus atau sampai ke tahap 100 peratus! Jangan rosakkan undi anda sikitpun!

Kedua, demi menjaga maruah Islam agama Persekutuan dan bangsa Melayu, berikan kesedaran kepada PAS dengan kekalahan mereka. Agar mereka lebih peka dan lebih sedar bahawa Melayu mahu PAS keluar dan mufarakah dari pakatan setan DAP-PKR. Memberikan kekalahan kepada PAS bukan bermakna anda membenci PAS. Tapi kerana anda sayangkan Islam dan Melayu serta hak anda sendiri.

Ketiga, demi maruah Islam agama Persekutuan dan Melayu, undi anda mampu membuatkan PAS sedar kesilapan mereka bermusuhan dengan UMNO. Apabila PAS tewas, DAP-PKR akan menyisihkan PAS. Inilah yang kita mahukan. Memberi isyarat jelas kepada PAS bahawa kita mahu PAS bersama UMNO dalam BN. 

Justeru itu, jangan takut membelakangkan dan memberikan kekalahan kepada PAS. Kerana kekalahan PAS itu adalah kemenangan buat maruah Islam dan bangsa Melayu. Jangan bimbang, memberikan kekalahan kepada PAS bukan bermakna anda tolak Islam. Komposisi 15:15:14 di Selangor sudah cukup kuat menjadi bukti dan sandaran buat anda untuk memberikan kekalahan kepada PAS. Lihat sahaja, kedudukan PAS di Selangor. Waima pengundi di Selangor memberikan kemenangan 15 kerusi kepada PAS, dimanakah kedudukan PAS? PAS ibarat Hidup Segan Mati Tak Mahu sahaja di Selangor. Sedangkan DAP yang ada bilangan kerusi yang sama banyak pun, jauh lebih baik kedudukannya daripada PAS. Tidakkah itu mengecewakan anda?

Bahkan, setiap kemenangan buat PAS, menjadikan maruah Islam dan bangsa Melayu semakin berani di injak dan di pijak oleh DAP-PKR. Justeru itu, keluarlah mengundi beramai-ramai seperti cinabeng buat dulu masa PRU 13. Dan tunjukkanlah keberanian anda menewaskan PAS demi maruah Islam agama Persekutuan dan bangsa Melayu ! 

Video Khas: Nik Aziz (Akibat Kepimpinan Dayus & Adu Domba)



Nik Aziz berani kutok orang UMNO tak bersembahyang kerana kepimpinan dayus dalam UMNO. Jika UMNO mempunyai kepimpinan mantap dan berwibawa, sudah tentu Nik Aziz tak berani nak kutok orang UMNO tak bersembahyang. Apa taknya, bilamana Allah Ta'ala membangkitkan di kalangan bukan ahli UMNO, dengan sukarela dan tanpa meminta apa-apa balasan daripada UMNO, mempertahankan dan membela UMNO siangmalam tanpa rasa penat, sanggup menerima pelbagai ugutan, ancaman dan celaan serta hinaan daripada pelbagai pihak, puak-puak penunggu Tunggul Kayu Perdana dan segelintir puak bomoh dan pawang polong merasa cemburu dan tergugat dengan kehadiran mereka. 

Berbagai celaan dan perlekehan mereka lakukan terhadap penyokong dan pembela UMNO, hanya semata mereka bukan ahli UMNO. Tetapi, sikitpun tidak menjejaskan semangat sukarelawan tersebut, waima di kecam hebat dari luar dan dalam. Malah ada puak dalam UMNO sendiri yang menghasut dan menyebarkan fitnah buruk ke atas para sukarelawan tersebut. Malah, puak berkenan turut berusaha menghalang para sukarelawan berkenaan daripada bersama-sama berjuang di saf UMNO. 

Di depan para sukarelawan, puak-puak berkenaan tunjuk baik, di belakang sukarelawan, sok-sek ... sok-sek kecaman dan kata nista dibisikkan ke telinga-telinga pemimpin UMNO agar menjauhi para sukarelawan. Seolah-olah para sukarelawan adalah 'pariah' dan 'pengemis' yang tak patut di sentuh dan didekati. Sedangkan kesetiaan para sukarelawan kepada UMNO, terlebih tinggi daripada puak-puak di dalam UMNO dan kerajaan sendiri. 

Para sukarelawan tidak meminta duit dan upah, tapi bersemangat tinggi dan kental. Dan kerana itulah, mereka sengaja disisihkan dari berjuang di saf UMNO. Kerana keberadaan para sukarelawan akan menyebabkan para penunggu Tunggul , pawang dan bomoh polong akan kehilangan 'sumber pendapatan'. Para sukarelawan di cemuh malah kadangkala turut menerima 'ugutan-ugutan' apabila mereka meluahkan perasaan mereka. Para sukarelawan juga turut di fitnah malah adakalanya rahsia-rahsia mereka sengaja dibocorkan oleh puak-puak berkenaan demi menjaga periuk nasi mereka. 

Waima apapun, para sukarelawan tetap tidak berganjak dari pendirian mereka terus menunjukkan kesetian tidak berbelah-bagi kepada UMNO dan kepimpinan UMNO. Kerana para sukarelawan yakin dan percaya, lama-kelamaan , usaha-usaha jahat puak-puak berkenaan akan menerima balasan yang setimpal. Dah segala kejahatan mereka akan terbongkar dengan sendiri. 

Demi Allah Ta'ala yang telah membangkitkan semangat juang para sukarelawan, agar mempertahankan UMNO, para sukarelawan tidak berganjak sikitpun dari menyokong UMNO dan kepimpinan UMNO, waima di fitnah, di cela, di hina dan di sisih oleh saf UMNO sendiri. Kerana sukarelawan berjuang tanpa ada sebarang kepentingan.

DAP Masih Hina Islam & Melayu, Pastikan PRK KOle Besout Tiada Undi Kepada PAS !



Dua artikel di atas dalam blog si penghina Islam dan Melayu tegar, Kit Siang granpa Perpecahan Kaum Malaysia, jelas membuktikan sikap dan kecenderungan politikal DAP. Selamanya, DAP akan tetap menghina Islam dan Melayu. Kepada Melayu yang masih sokong DAP PKR PAS di bawah jenama Skim Penipuan Politikal Terbesar 'Pakatan Rakyat' sedarlah ! Setiap undi kepada DAP PKR PAS adalah undi memperkuatkan iltizam dan tekad politikal DAP untuk menghina Islam dan Melayu sampai kiamat !.

Mana S.E.M.U.T yang kata nak memantau semua penghinaan ? Kenapa dua artikel KitSiang ini terlepas pandang plak???? !!! Ke S.E.M.U.T dah mampos kerana diabetes (terlebih gula-gula untuk menipu Melayu) ciptaan mereka sendiri? Dasar cipan tak sunat! Kenyataan Nik Aziz yang menuduh orang UMNO tak sembahyang dan mencela kebajikan UMNO membina masjid, kenyataan Musibat PAS yang mahu 'maaf'kan penghina Islam serta kenyataan puak anwarinas PAS yang mahu umat Islam 'terbuka hati' menerima penghinaan Islam dan Melayu, adalah suara-suara setan dari tempat kurungan dalam bulan Ramadan. 

Ini semua sudah cukup membuktikan kepada semua pengundi Kole Besout agar pada kali ini, demi kepentingan Islam dan perpaduan Melayu, jangan beri satu undi pun kepada PAS. Kerana undi kepada PAS bermakna satu kekuatan kepada DAP untuk terus menghina dan mencela Islam serta Melayu! Kita semua boleh kutok kow-kow mana-mana pemimpin UMNO kerana pemimpin UMNO bersifat terbuka. Tapi kita tak boleh nak mengamalkan hak kebebasan kutok mana-mana pemimpin DAP PKR PAS kerana mereka tak sedemokratik dan tak segentleman pemimpin UMNO. Jangan anda hilangkan hak kebebasan bersuara dengan mengundi PAS!