Isnin, 22 Julai 2013

Video Khas: Nik Aziz (Akibat Kepimpinan Dayus & Adu Domba)



Nik Aziz berani kutok orang UMNO tak bersembahyang kerana kepimpinan dayus dalam UMNO. Jika UMNO mempunyai kepimpinan mantap dan berwibawa, sudah tentu Nik Aziz tak berani nak kutok orang UMNO tak bersembahyang. Apa taknya, bilamana Allah Ta'ala membangkitkan di kalangan bukan ahli UMNO, dengan sukarela dan tanpa meminta apa-apa balasan daripada UMNO, mempertahankan dan membela UMNO siangmalam tanpa rasa penat, sanggup menerima pelbagai ugutan, ancaman dan celaan serta hinaan daripada pelbagai pihak, puak-puak penunggu Tunggul Kayu Perdana dan segelintir puak bomoh dan pawang polong merasa cemburu dan tergugat dengan kehadiran mereka. 

Berbagai celaan dan perlekehan mereka lakukan terhadap penyokong dan pembela UMNO, hanya semata mereka bukan ahli UMNO. Tetapi, sikitpun tidak menjejaskan semangat sukarelawan tersebut, waima di kecam hebat dari luar dan dalam. Malah ada puak dalam UMNO sendiri yang menghasut dan menyebarkan fitnah buruk ke atas para sukarelawan tersebut. Malah, puak berkenan turut berusaha menghalang para sukarelawan berkenaan daripada bersama-sama berjuang di saf UMNO. 

Di depan para sukarelawan, puak-puak berkenaan tunjuk baik, di belakang sukarelawan, sok-sek ... sok-sek kecaman dan kata nista dibisikkan ke telinga-telinga pemimpin UMNO agar menjauhi para sukarelawan. Seolah-olah para sukarelawan adalah 'pariah' dan 'pengemis' yang tak patut di sentuh dan didekati. Sedangkan kesetiaan para sukarelawan kepada UMNO, terlebih tinggi daripada puak-puak di dalam UMNO dan kerajaan sendiri. 

Para sukarelawan tidak meminta duit dan upah, tapi bersemangat tinggi dan kental. Dan kerana itulah, mereka sengaja disisihkan dari berjuang di saf UMNO. Kerana keberadaan para sukarelawan akan menyebabkan para penunggu Tunggul , pawang dan bomoh polong akan kehilangan 'sumber pendapatan'. Para sukarelawan di cemuh malah kadangkala turut menerima 'ugutan-ugutan' apabila mereka meluahkan perasaan mereka. Para sukarelawan juga turut di fitnah malah adakalanya rahsia-rahsia mereka sengaja dibocorkan oleh puak-puak berkenaan demi menjaga periuk nasi mereka. 

Waima apapun, para sukarelawan tetap tidak berganjak dari pendirian mereka terus menunjukkan kesetian tidak berbelah-bagi kepada UMNO dan kepimpinan UMNO. Kerana para sukarelawan yakin dan percaya, lama-kelamaan , usaha-usaha jahat puak-puak berkenaan akan menerima balasan yang setimpal. Dah segala kejahatan mereka akan terbongkar dengan sendiri. 

Demi Allah Ta'ala yang telah membangkitkan semangat juang para sukarelawan, agar mempertahankan UMNO, para sukarelawan tidak berganjak sikitpun dari menyokong UMNO dan kepimpinan UMNO, waima di fitnah, di cela, di hina dan di sisih oleh saf UMNO sendiri. Kerana sukarelawan berjuang tanpa ada sebarang kepentingan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa