Isnin, 22 Julai 2013

Apa Nak Sibuk Pasal Harga Minyak? 64 Tahun Lagi Dunia Tanpa Minyak.

Salah satu 'janji' yang di jual oleh pakatan setan dap-pkr-pas ialah, harga minyak murah. Tahukah anda beberapa fakta mengenai kepentingan minyak dan bekalan minyak mentah dengan ekonomi? 

#FAKTA 1.
Minyak mentah ialah bekalan tenaga utama dunia. Pengguna terbesar ialah Amerika Syarikat. Pengeluar utama ialah negara-negara Arab. Ekonomi dunia pada hari ini didirikan di atas minyak mentah. Tanpa minyak mentah, ekonomi dunia runtuh! Dan kita kembali ke zaman naik kuda dan pakai panah. Bilakah simpanan minyak mentah akan habis?

#FAKTA 2.
Bekalan minyak mentah seluruh dunia akan kehabisan dalam tempoh 64 tahun lagi. Yakni,  kurang lebih pada 2077. Bermakna, dunia sepenuhnya tanpa minyak mentah. 

#FAKTA 3.
Apa akan terjadi kepada ekonomi bila dunia tanpa minyak mentah? Harga tenaga alternatif akan menjadi terlalu mahal dan terhad. Termasuklah , kelapa sawit. Kerana kelapa sawit mempunyai kandungan ethanol yang tinggi dan mudah diperolehi, Ethanol ialah bahanbakar alternatif lebih baik dari minyak mentah. Ianya di anggap sebagai tenaga bersih dan termurah. 


Faham tak kenapa DAP PKR beriya menyerang FELDA dan FGVH? Serta beriya-iya nak harga minyak diturunkan? Bila harga minyak diturunkan, penggunaannya semakin meningkat. Maka akan cepat habis simpanan minyak mentah kita. Akibatnya, akan memberi kesan kepada ekonomi kita. 

Sebenarnya mulai sekarang, kita patut memikirkan apakah teknologi yang boleh kita cipta bagi menghadapi krisis tenaga pada 2077. Jangan buang masa dengar kelentong-kelentong dan fitnah-mehnah puak DAP-PKR-PAS. Itu akan merugikan masadepan generasi kita akan datang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa