Selasa, 14 Mei 2013

AMBE TAKNAK KJ JADI MENTERI - Dua Kenyataan KJ Yang Tak Matang.

Mungkin inilah yang ZAM mahukan berlaku sekarang.

dI PETIK DARIPADA SUMBER mykmu:-
Saya telah lama tidak menulis mengenai Khairy Jamaluddin. Seingat saya sejak beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia hanya sekali saya mengkritik beliau kerana kegagalan beliau menyusun jentera pemuda UMNO negeri-negeri. Hari ini apabila ada teman-teman membelasah beliau kerana menawarkan diri ke dalam kabinet, saya tidak turut serta. Biarlah beliau Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Pemuda BN menjadi Menteri atau Timbalan Menteri.
Namun hari ini apabila beliau menggunakan logik seakan orang bodoh untuk menjustifikasikan keputusan Pilihan Raya Umum ke 13, saya fikir – “Sudahlah, KJ!”
Dalam wawancara dengan Berita Harian hari ini Khairy berkata, “analisis kita jangan cetek sangat, jangan kata ini salah satu komuniti.”
Memang tak perlu salah orang lain. Yang paling banyak salah adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang selama 4 tahun ini tidak berbuat apa-apa untuk memperkuatkan jentera Pemuda terutamanya di Selangor. Sebab itu Selangor kalah teruk. Jentera Pemuda di seluruh negara hanya berjuang kerana tidak mahu BN kalah. Kalau mengharapkan kepimpinan KJ dah lama terlungkup. Berapa banyak negeri bertukar Ketua Pemuda di bawah KJ kerana tidak berkesan? Sebab apa tidak berkesan? Sebab KJ selama menjadi Ketua Pemuda sedaya upaya cuba menaikkan kroninya sebagai KP negeri biarpun tidak mendapat sokongan penuh.
Bagaimana orang sehebat KJ boleh menafikan bahawa perubahan pola pengundian kaum Cina kali ini sangat jelas? Bagaimana KJ mahu menafikan bahawa berlaku Tsunami Cina kali ini sedangkan hamipr 97% kaum cina tidak menyokong BN kali ini?
KJ menyatakan isu rasuah. Jika isu rasuah menjadi keutamaan begitu besar sehingga berlaku Tsunami Cina, mengapa Pakatan di Selangor yang terbabit dengan skandal Talam, Pasir, Yayasan Selangor dan PKNS masih menang lebih besar?
Khairy sebagai ketua Pemuda masih tertipu dengan politik kaum Cina yang kononnya anti rasuah. Lalu Kerajaan pun mendakwa bekas Menteri Besar Selangor kerana isu penyalahgunaan kuasa yang sekarang keputusan hakim mahkamah tinggi menjadi lawak jenaka sahaja. Adakah sokongan orang Cina di Selangor bertambah baik?
Kerajaan juga mendakwa bekas Menteri pengangkutan, Tun Ling Liong Sik atas tuduhan menipu kabinet dalam isu PKFZ walaupun Tun Mahathir sendiri kata beliau tidak ditipu. Adakah sokongan orang Cina di Selangor bertambah hebat?
KJ mengatakan kekalahan Zulkifli Nordin di Shah Alam kerana Melayu tidak menyokong BN. Memang benar ada Melayu lupa daratan yang lulus luar negara, perasan pandai tidak menyokong BN dan yang taksub kepada Pas. Tapi hakikatnya Zulkifli Nordin dan kedua-dua calon UMNO Shah Alam kalah kerana orang Cina. Kalau KJ tidak pandai membaca “kiraan peti undi” kerana jadi wakil rakyat parachut, mungkin ada orang boleh bantu beliau.
Kalau KJ boleh membuka mata sedikit beliau tentu sedar bahawa kekalahan BN di Sepang kerana kebodohan Ketua UMNO Bahagian Sepang memecah belahkan bahagian di saat akhir. Siapakah Ketua UMNO Bahagian Sepang ini kalau bukan penyokong kuat Pak Lah dan kumpulan KJ suatu ketika dahulu?
KJ kata cara MCA dan Gerakan mendekati kaum Cina cara “outdated”. Habis apa yang beliau buat selama menjadi Pengerusi Pemuda BN? Berapa banyak “enggagement” yang KJ telah buat dan berjaya menukar minda kaum Cina? Kosong!
Setelah sekian banyak yang Najib dan BN lakukan, adalah mustahil untuk segala pembaharuan ini tidak dapat menambah undi atau sekurang-kurangnya mengekalkan undi kaum Cina.
Namun undi kaum Cina merosot dengan teruk. Apa sebabnya? Apakah KJ mahu mengatakan pentadbiran Mohd Najib lebih teruk daripada Pak Lah? Jadi tiada sebab untuk undi orang Cina merosot dengan begitu teruk kecuali orang Cina telah membuat keputusan menolak BN.
Hakikatnya, orang Cina merasakan Pakatan akan memberi mereka lebih banyak keuntungan kepada bangsa mereka. Sebab itu mereka menyokong PKR, PAS dan DAP walau apa pun yang terjadi.
Mereka akan menggunakan apa sahaja isu untuk menolak BN. Ada yang menggunakan isu rasuah walaupun Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang sendiri penuh rasuah. Mereka menggunakan isu moral Chua Soi Lek walaupun moral pemimpin PKR seperti Anwar Ibrahim dan Azmin Ali lebih teruk dari CSL. Mereka menggunakan isu pengundi hantu walaupun sehingga hari ini mereka tidak dapat membuktikan. Mereka menggunakan isu kos sara hidup yang tinggi walaupun hakikatnya merekalah yang menaikkan kos sara hidup.
Jika Khairy tidak menyedari hakikat ini selagi itulah BN akan berhadapan masalah. Walaupun sebelum ini saya menyokong KJ ke dalam kabinet, namun sekarang saya fikir kehadiran KJ dalam kabinet hanya menjadi seperti Saifudin Abdullah sahaja. Merugikan BN!
Akhir sekali janganlah memalukan pemuda merayu-rayu memohon jawatan kabinet. Bukan jantan pemuda UMNO merayu jawatan kabinet!
Kuliah Politik Untuk KJ
1. Pengundi Cina Mahu Kawalan Pemerintahan
2. Beranikah AG Mendakwa Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia?
Kini KJ , budak lulusan Oxpod membantah KEMPEN BOIKOT BARANGAN CINA DAP. Antara lain beliau memberikan alasan orang Cina berhak mengundi sesiapa yang mereka suka. Ya betul orang Cina berhak undi sesiapa yang mereka suka terutama DAP yang mahukan orang Cina menjadi satu-satunya kelompok Dominan dalam politik , ekonomi , sosial dan pendidikan di Malaysia.

Ya betul, Cina berhak mengundi sesiapa saja .... dan kita berhak untuk BOIKOT BARANGAN CINA DAP ! Hak itu adalah sama dengan Hak orang Cina mengundi puak CINA DAP atas sentimen PERKAUMAN TEGAR.


PASKA #PRU13 TAIKUN MELAYU BILIONIR MELAYU - KAMI NAK BANK MELAYU !

TAIKUN MELAYU BILIONIR MELAYU 

Korang nak kata ambe Rasis ke apa ke ... lantak lah! ambe peduli apa pun? Maruah dan harga diri ambe bukan terletak pada lidah-lidah manusia pun! 

Ini Tanah nenek moyang ambe wariskan. Begitu juga lah kepada korang yang dilahirkan sebagai MELAYU DENGAN HAK ISTIMEWA MENJADI ISLAM - kurniaan besar daripada ALLAH TA'ALA.

Mari kita raikan TAIKUN MELAYU BILIONIR MELAYU....

(di petik dan di cilok dari status fesbuk)

SYED BUKHARI KRONI BN? MONOPOLI PERNIAGAAN? BILLIONAIRE YANG KAYA SEORANG DIRI?
Itulah biasa kita dengar dari Pembangkang dan Cybertrooper DAP, Tahu kah anda semua kenapa mereka tidak menyerang Bilionaire kaum cina yang lebih banyak di Malaysia yang berjaya kenapa mereka benci sangat pad Syed Mokhtar Bukhari.Mari kita sama-sama kenali Syed Mokhtar Bukhari:
1.Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari telah membina Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkan pada Mac 1996 untuk membantu golongan miskin, khususnya dalam bidang pendidikan.
2.AlBukhary International University adalah university bagi orang Islam sahaja yang berpusat dikedah iaitu 100% penajaan biasiswa kepada semua pelajar yang belajar disitu. Bermakna yuran belajar semua pelajar adalah dibawah tanggungan Tan Sri Syed Al Bukhary.
3.Hingga kini, Yayasan al-Bukhary telah membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. 
4.Yayasan ini bukan sahaja menghulurkan bantuan kepada pendudud negara ini, malah juga negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
5.Antara projek besar yang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary bernilai RM400 juta di Kedah. Kompleks itu memainkan peranan sebagai pusat yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.
6.Yayasan ini juga membangunkan Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Bangunan empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. 
7.Yayasan al-Bukhary juga membina 16 buah masjid di serata negara.
8.Terdahulu pada tahun 2000, Yayasan Al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. 
9.Pada November 2007 pula, Yayasan Albukhary telah menaja lebih 30 pelajar ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
10.Yayasan Al-Bukhary pernah terlibat dalam menyumbang RM3 juta kepada Tabung Kemanusiaan Lebanon bagi membantu meringankan penderitaan rakyat negara itu yang menjadi mangsa kekejaman Israel. 
ANDA ORANG MELAYU ISLAM YANG MISKIN DAN MEMPUNYAI KEHIDUPAN SUSAH TETAPI ADA SEMANGAT BELAJAR YANG TINGGI? SILA APPLY DI:
http://www.albukharyfoundation.org/
http://www.aiu.edu.my/
Kepada Tuan Syed Mokhtar ..... KAMI ORANG MELAYU NAK BANK MELAYU .... BOLEH BANTU KAMI MENCAPAI IMPIAN DAN CITA-CITA ITU?

PASKA #PRU 13 HALATUJU UMNO DALAM BARISAN NASIONAL ,EPISOD SETERUSNYA.



Pilihanraya yang digelar sebagai ‘ibu segala pilihanraya’ telah pun berlalu.  Apa yang dijangka, iaitu kekecohan di waktu pengundian telah pun berlaku.  Seterusnya, percubaan melakukan huru-hara membantah keputusan PRU juga sedang berjalan sepertimana yang dijangka juga, seiring dengan upacara angkat sumpah menerima kemenangan masing-masing.   

Oleh itu, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa inilah senario pilihanraya paling kelakar di dunia.   

Bayangkan saja, yang membantah keputusan demokrasi ini adalah mereka yang mendabik dada sebagai pejuang demokrasi tulen.   

Yang menuduh SPR tidak telus itu adalah parti yang sedang disiasat kerana menipu dan memanipulasi pemilihan ahli jawatankuasa pusat mereka sendiri.  

Yang mempersoal dakwat kekal itu adalah mereka-mereka yang berguling-guling melompat berjihad mendesak penggunaannya.  

Yang menuduh SPR menipu itu adalah mereka yang telah pun menang di kawasan masing-masing.  

Yang menyeru agar memboikot media perdana itu adalah mereka yang menggelar diri sebagai pejuang hak kebebasan bersuara.   

Tidak cukup dengan itu, mereka juga meminta bantuan asing, merayu agar sesuatu dilakukan bagi menafikan kemenangan Barisan Nasional.   Kononnya kerajaan BN yang telah 2 kali bertukar Perdana Menteri ini kejam, zalim dan tidak adil sejak dahulu sehinggalah ke PRU-13 ini.  BN kononnya terlalu berkuasa untuk menentukan segala-galanya termasuk keputusan mahkamah dan juga keputusan Pilihanraya.  

Tetapi, BN telah melalui pertandingan yang sengit di mana parti ini ditolak mentah-mentah oleh kaum Cina dan kalah di 3 negeri.  Malah, yang menyeru bantuan asing konon dizalimi BN itu juga bukannya berada di penjara, tetapi lepas bebas bagai unggas rimba.  Maka, tidak hairanlah tiada pihak asing yang melayan karenahnya.  

Jika dilihat dari satu segi, yang kalah hanyalah BN, bukan UMNO.  Ini kerana kerusi UMNO meningkat dari 79 pada 2008, kepada 88 dalam PRU kali ini.  Namun,  apakah ini bermakna bahawa UMNO sudah boleh mengambil sikap selesa?  Apakah ini bermakna rakyat sudah memaafkan UMNO?  

Hakikatnya, Melayu yang dahulunya mewakili pengundi senyap, pengundi atas pagar dan pengundi yang marah kepada UMNO telah turun beramai-ramai dalam PRU-13 ini untuk mengundi UMNO kerana tidak sanggup membiarkan negara jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.   

Mereka ini mungkin memaafkan UMNO, tetapi mereka tidak pernah lupa apa yang membuatkan mereka marah kepada UMNO.  

Dengan itu, mereka mengundi UMNO dengan harapan setinggi langit bahawa UMNO di bawah mandat baru ini akan mengambil langkah yang tepat dalam menangani segala kesilapan sebelum ini.  Sedangkan secara dasarnya mereka masih ragu-ragu apakah UMNO faham apa yang mereka marah itu.   

Walaupun mereka yakin dengan keikhlasan kepimpinan baru untuk memperbaiki segala kerosakan tetapi mereka masih tidak yakin yang ia mampu dilakukan sekiranya tiada perubahan besar dapat dilihat dengan segera.  

Oleh itu, UMNO wajar bertanya, apa yang mereka inginkan di sebalik pertanyaan ‘apa yang Cina inginkan’?  

Rakyat hanya ingin melihat ‘tindakan’.   Rakyat rimas melihat bagaimana perosak negara dibiar bermaharajalela tanpa diambil sebarang tindakan.  Kenyataan demi kenyataan berkenaan siasatan dan amaran sudah terlalu amat menjengkelkan.  Rakyat dahagakan tindakan atau aksi yang berkesan.    Tidak keterlaluan dikatakan bahawa inilah antara punca masyarakat Cina menjadi bosan sehingga akhirnya melihatnya sebagai tanda ‘kelemahan kerajaan’.  

Secara umumnya, rakyat tahu siapa perosak, siapa pembodek, siapa perasuah, siapa bodoh dan siapa yang bijak.  Namun, rakyat tidak mampu menyampaikan suara mereka ke atas.  Justeru, harapan rakyat amatlah tinggi agar kepimpinan mengambil sepenuh masa untuk benar-benar menilai mereka yang berada di sekelilingnya.  

Yang tampak bijak dan berkarisma, fasih berbahasa Inggeris lulusan luar negara, belum tentu bijaknya.  

Yang tampak professional itu kadangkala hanyalah pada gaya, sedang hatinya membawa agenda lain yang tidak selari dengan aspirasi negara.  

Yang tampak bersih dan amanah, memuji dan menyokong mungkin hanya membodek tetapi tidak tahu apa-apa.  

Yang tampak malu-malu, jarang membantah dan sering mengangguk mungkin jauh lebih bijak cuma tiada karisma atau mungkin juga memang tidak berguna.     

Ingatlah, rakyat tahu bahawa UMNO bukanlah sempurna tetapi rakyat dari kaum Melayu tetap memilih  UMNO kerana ia adalah satu-satunya parti yang masih rasional, yang mempunyai patriotisme dan nasionalisme yang kukuh, serta hala tuju yang jelas.   

Justeru, apa yang kepimpinan perlukan adalah mereka-mereka yang mempunyai ciri-ciri yang diingini rakyat iaitu rasional, patriotik, nasionalis serta bijak dan berkarisma.   UMNO perlu membawa imej baru sebagai parti yang professional tetapi bukan liberal, matang tetapi bukan ketinggalan, selain cekap, pantas dan tegas.  

Jika UMNO ingin mengubah Melayu menjadi bangsa yang berdaya saing, maka UMNO perlu terlebih dahulu mempamerkan kualiti yang sama.    Untuk itu, UMNO perlu mulakan dengan ‘bertindak’ bukan ‘memberi amaran’.  

CINA DAP MAHU KUASA DOMINAN , PAS MAHU APA?


                                                 

               
Dua Statistik di atas Menunjukkan PAS sudah hilag halatuju mereka dalam Pakatan Tak Rasmi DAP PKR PAS. Manakala Perkongsian Kuasa dalam BN Masih Mantap dan Menguntungkan Semua Pihak Dalam Keadaan Realiti Semasa.
                                                                   
                                                                   
                                         
Kaum Cina di Malaysia tentulah kaum yang paling ‘sensitif’ sekali.  Kerana itu, apabila Utusan Malaysia hanya bertanya, ‘Apa lagi yang Cina mahu?’, maka dengan pantas akhbar tersebut dituduh rasis.   Sama juga jika ada sesiapa yang mengingatkan mereka tentang tanah asal mereka, maka dengan pantas juga orang itu akan dicop rasis.  

Sudah menjadi tabiat kaum Cina negara ini untuk membuat bising, menjerit-jerit memberi tekanan kepada kerajaan, menghentam pihak yang terlibat sambil meroyan sekiranya ‘sensitiviti’ mereka disentuh.   Jika seseorang itu tidak pernah datang ke Malaysia, mungkin mereka akan menggambarkan orang Melayu seperti ‘Aryan Brotherhood’ atau ‘Ku Klux Klan’ di Amerika yang berpegang kepada ketuanan kulit putih serta bertindak kejam ke atas kulit hitam, jika dilihat dari meroyan kaum Cina itu.  

Walhal, hakikatnya asal-usul dan sejarah Melayu tidak pernah menyaksikan kaum ini berlaku kejam melainkan ‘amok’ iaitu satu tindakan yang terasing oleh individu.

Tetapi sejarah Cina itulah yang penuh dengan kekejaman, sejak dari pemerintahan DiRaja yang kejam dan kemudiannya komunis yang tidak berhati perut.  Sikap yang telah berakar-umbi itu dibawa oleh kaum Cina di mana saja mereka pergi dan hari ini mereka menzahirkannya melalui aktiviti-aktiviti samseng dan kongsi gelap.

Kaum Cina di Malaysia paling pantang jika kita mencuit sekolah-sekolah vernakular kerana kata mereka itu adalah hak mereka yang ditetapkan oleh perlembagaan.  Tetapi di masa yang sama mereka begitu bebas dan biadap mempersoal hak Melayu, malah mempertikai azan dan juga huruf jawi di papantanda kerana berunsur Melayu-Islam.

Tidak cukup dengan tiu, mereka turut mempertikai sejarah dan ingin menukarnya agar pengganas komunis dan dalang 13 Mei diangkat sebagai wira.

Pendek kata, mereka mencemuh dan menafikan serta menolak segala-galanya yang menjadikan Malaysia ini, Malaysia.  Pun begitu, tiada siapa boleh mempersoal kesetiaan mereka kepada negara walaupun pada dasarnya mereka tidak mencintai apa-apapun tentang negara ini.  

Dan hari ini, hanya kerana bertanya, ‘apa lagi yang kamu mahu’, mereka melenting menyalak-nyalak konon berlaku tidak adil kepada mereka.

Hakikatnya, kaum Cina sedia maklum bahawa mereka sudah ada segala-galanya di Malaysia ini yang mana tidak mungkin dinikmati oleh minoriti di negara lain.  Satu perkara lagi sahaja yang belum cukup bagi mereka iaitu ‘kuasa politik’.   Kerana itulah mereka memberi undi kepada DAP, iaitu hanya setelah berjaya mengaut keuntungan dan kemewahan dari dasar dan kebijaksanaan Barisan Nasional memerintah selama ini.  

Dalam kata lain, hanya setelah mereka yakin bahawa mereka tidak lagi memerlukan BN, maka kaum Cina pun beralih kepada DAP untuk satu kuasa mutlak.  Untuk itu, mereka sanggup turun ke jalanan untuk meruntuhkan kesemuanya yang telah dibangunkan serta mengambil risiko kejatuhan ekonomi kerana percaya, ada bantuan luar yang bakal membantu mereka mempercepatkan pemulihan.

Yang menyedihkan kita ialah kaum Melayu dari PAS turut menyalak untuk meruntuhkan kerajaan walaupun tindakan itu hanya merugikan mereka.   Mereka turut menyeringai terhadap Utusan Malaysia UMNO kerana ‘bersikap rasis’ melalui pertanyaan, “Apa lagi Cina mahu?”   Melayu PAS ini benar-benar percaya bahawa Cina hanya mahukan ketelusan dan kecekapan kerajaan.

Tak apa jika mereka ingin percaya begitu.  Tetapi, kita ingin bertanya, apa yang PAS mahu?

Ini kerana kita hairan, kenapakah salakan PAS tidak lagi berbunyi hudud dan Negara Islam?   Apakah PAS sudah benar-benar tidak mahukan semua itu lagi?   Kenapa secara tiba-tiba masalah utama PAS pun berubah, daripada ‘UMNO menolak Islam’ kepada ‘harga barang naik’?   Tiba-tiba sahaja puak-puak PAS merasa tidak cukup makan dan sengsara sehingga tidak mampu mengisi minyak kereta sedangkan mereka juga yang ingin hidup sederhana.   Islam bagi PAS sudah menjadi perkara kedua, tetapi ‘kesengsaraan’ adalah masalah utama pula.

Untuk pengetahuan Pas, harga barang adalah sama sahaja iaitu tidak berubah dan tiada kenaikan apa-apapun selepas pilihanraya.  Begitu juga dengan perjuangan DAP untuk menghapuskan Islam sebagai agama rasmi, menggunakan Kalimah Allah di dalam Injil serta menghapuskan hak-hak Melayu tidak pernah berubah.  Ia sama saja dari dahulu sehingga ke hari ini.

Justeru, mungkin PAS perlu mengambil sedikit masa untuk berhenti menyalak dan bertenang sejenak.  Tanyalah kepada diri sendiri, ‘apa yang aku mahu?’  atau ‘apa masalah aku sebenarnya?’   Melihat dari cara PAS menyalak, sekejap hudud, sekejap tak boleh pertahan Melayu, sekejap ingin membela Melayu, sekejap Islam kemudian memecat mereka yang mempertahankan Islam dari parti, lepas itu masalah harga barang, dan bermacam-macam lagi yang tidak konsisten malah bertentangan pula sesama sendiri, kita merasa kasihan pula.

Tentu letih berpusing-pusing berbelit-belit ke sana ke mari sehinggakan Nik Aziz pun sudah tidak begitu mampu lagi untuk berdiri.  

Namun, dalam keuzuran beliau, beliau cukup pasti ‘apa yang beliau mahu’ iaitu perpecahan ummah yang berterusan…  Mungkinkah ini juga yang semua orang-orang PAS mahu?


SPAD: KINI SEMAKIN MUDAH MENDAPAT KHIDMAT TEKSI DI KLIA.



Setiap perancangan dan implentasi sistem teksi 2-lapis di buat dengan teliti dan berdasarkan kepada kajian tepat oleh SPAD.  Sistem Teksi 2 -lapis diperkenalkan sebagai penyelesaian kepada kemelut isu-isu berbangkit mengenai:-
  • pengguna kena berbaris panjang dalam tempoh masa menunggu yang lama
  • Isu ini memuncak pada 28hb November 2012.
  • Isu ini di bawa kepada kabinet pada 19hb September 2012.
  • Sebagai jalan penyelesaian, Sistem Teksi 2-Lapis diimplementasikan.
Isu-isu itu berpunca dari:-
  • kesesakan jumlah trafik penumpang yang turun naik kapalterbang di KLIA. 
  • Pada masakini, KLIA mengendalikan jumlah trafik penumpang pada purata 9.3 juta orang setiap tahun. Yakni mencecah 25,500 penumpang sehari. Bayangkanlah berapa ramai punya manusia dalam sehari nak gunakan perkhidmatan teksi di KLIA. Itu belum masuk lagi di LCCT. 
  • Jumlah teksi yang sediaada tak mencukupi untuk memenuhi permintaan.
Jumlah besar peningkatan penumpang dari 2002 sehingga 2011 ialah pada kadar CAGR 2.4%. Dianggarkan 11.4 juta penumpang tiba di KLIA dalam 2017.

Angka ini akan meningkat kepada 45 juta orang setahun bila KLIA 2 di jangka siap sepenuhnya pada 2013 . Pada 2020, jumlah tersebut semakin meningkat kepada 70 juta penumpang dengan kapasiti penuh operasi KLIA dan KLIA 2. 

Berdasarkan kepada pihak pengendali perkhidmatan teksi limosin KLIA, mereka turut menyenaraikan sebab-sebab berikut:-
  • Faktor cuti umum
  • Faktor acara besar
  • Faktor Cuaca buruk dan penutupan jalan
  • Musim pelancong Arab
  • Awal Ramadan
  • Proses memunggah beg pakaian yang lewat
  • Penutupan separuh jalan Loke Yew dan Jalan Changkat.

Gejala hujan lebat mengakibatkan kesesakan jalanraya. Ini menyukarkan pengendali teksi limosin untuk kembali semula ke KLIA dalam jarak masa yang terdekat. Lalu mengakibatkan ramai penumpang terpaksa berbaris panjang dalam tempoh masa yang lama. 

Menurut Pengerusi SPAD , Tan Sri Syed Hamid Albar "“Kami perkenalkan perkhidmatan baharu ini kerana telah menerima banyak aduan dan runggutan daripada orang ramai yang terpaksa berbaris panjang dan menungggu lama untuk dapatkan teksi, lebih-lebih lagi pada waktu perayaan, cuti umum dan cuaca kurang baik”.

“Kami yakin dengan sistem baharu ini, penumpang KLIA dapat perkhidmatan terbaik. Kami harap bayaran teksi bandar yang menggunakan meter lebih murah berbanding limosin yang menggunakan kupon,” katanya pada sidang akhbar sebelum membawa rakan media melawat tempat yang bakal menjadi tempat operasi teksi sistem dua peringkat .










Bagi penguna yang ingin menggunakan perkhidmatan teksi bandar dari KLIA, perlu membeli kupon RM2 dan caj bayaran tambang adalah mengikut meter .

Syed Hamid seterusnya berkata “tindakan tegas akan dikenakan terhadap pemilik teksi bandar yang gagal menggunakan meter atau kesalahan kesalahan lain”.