Selasa, 14 Mei 2013

PASKA #PRU13 TAIKUN MELAYU BILIONIR MELAYU - KAMI NAK BANK MELAYU !

TAIKUN MELAYU BILIONIR MELAYU 

Korang nak kata ambe Rasis ke apa ke ... lantak lah! ambe peduli apa pun? Maruah dan harga diri ambe bukan terletak pada lidah-lidah manusia pun! 

Ini Tanah nenek moyang ambe wariskan. Begitu juga lah kepada korang yang dilahirkan sebagai MELAYU DENGAN HAK ISTIMEWA MENJADI ISLAM - kurniaan besar daripada ALLAH TA'ALA.

Mari kita raikan TAIKUN MELAYU BILIONIR MELAYU....

(di petik dan di cilok dari status fesbuk)

SYED BUKHARI KRONI BN? MONOPOLI PERNIAGAAN? BILLIONAIRE YANG KAYA SEORANG DIRI?
Itulah biasa kita dengar dari Pembangkang dan Cybertrooper DAP, Tahu kah anda semua kenapa mereka tidak menyerang Bilionaire kaum cina yang lebih banyak di Malaysia yang berjaya kenapa mereka benci sangat pad Syed Mokhtar Bukhari.Mari kita sama-sama kenali Syed Mokhtar Bukhari:
1.Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari telah membina Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkan pada Mac 1996 untuk membantu golongan miskin, khususnya dalam bidang pendidikan.
2.AlBukhary International University adalah university bagi orang Islam sahaja yang berpusat dikedah iaitu 100% penajaan biasiswa kepada semua pelajar yang belajar disitu. Bermakna yuran belajar semua pelajar adalah dibawah tanggungan Tan Sri Syed Al Bukhary.
3.Hingga kini, Yayasan al-Bukhary telah membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. 
4.Yayasan ini bukan sahaja menghulurkan bantuan kepada pendudud negara ini, malah juga negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
5.Antara projek besar yang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary bernilai RM400 juta di Kedah. Kompleks itu memainkan peranan sebagai pusat yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.
6.Yayasan ini juga membangunkan Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Bangunan empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. 
7.Yayasan al-Bukhary juga membina 16 buah masjid di serata negara.
8.Terdahulu pada tahun 2000, Yayasan Al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. 
9.Pada November 2007 pula, Yayasan Albukhary telah menaja lebih 30 pelajar ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
10.Yayasan Al-Bukhary pernah terlibat dalam menyumbang RM3 juta kepada Tabung Kemanusiaan Lebanon bagi membantu meringankan penderitaan rakyat negara itu yang menjadi mangsa kekejaman Israel. 
ANDA ORANG MELAYU ISLAM YANG MISKIN DAN MEMPUNYAI KEHIDUPAN SUSAH TETAPI ADA SEMANGAT BELAJAR YANG TINGGI? SILA APPLY DI:
http://www.albukharyfoundation.org/
http://www.aiu.edu.my/
Kepada Tuan Syed Mokhtar ..... KAMI ORANG MELAYU NAK BANK MELAYU .... BOLEH BANTU KAMI MENCAPAI IMPIAN DAN CITA-CITA ITU?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa