Selasa, 14 Mei 2013

SPAD: KINI SEMAKIN MUDAH MENDAPAT KHIDMAT TEKSI DI KLIA.



Setiap perancangan dan implentasi sistem teksi 2-lapis di buat dengan teliti dan berdasarkan kepada kajian tepat oleh SPAD.  Sistem Teksi 2 -lapis diperkenalkan sebagai penyelesaian kepada kemelut isu-isu berbangkit mengenai:-
  • pengguna kena berbaris panjang dalam tempoh masa menunggu yang lama
  • Isu ini memuncak pada 28hb November 2012.
  • Isu ini di bawa kepada kabinet pada 19hb September 2012.
  • Sebagai jalan penyelesaian, Sistem Teksi 2-Lapis diimplementasikan.
Isu-isu itu berpunca dari:-
  • kesesakan jumlah trafik penumpang yang turun naik kapalterbang di KLIA. 
  • Pada masakini, KLIA mengendalikan jumlah trafik penumpang pada purata 9.3 juta orang setiap tahun. Yakni mencecah 25,500 penumpang sehari. Bayangkanlah berapa ramai punya manusia dalam sehari nak gunakan perkhidmatan teksi di KLIA. Itu belum masuk lagi di LCCT. 
  • Jumlah teksi yang sediaada tak mencukupi untuk memenuhi permintaan.
Jumlah besar peningkatan penumpang dari 2002 sehingga 2011 ialah pada kadar CAGR 2.4%. Dianggarkan 11.4 juta penumpang tiba di KLIA dalam 2017.

Angka ini akan meningkat kepada 45 juta orang setahun bila KLIA 2 di jangka siap sepenuhnya pada 2013 . Pada 2020, jumlah tersebut semakin meningkat kepada 70 juta penumpang dengan kapasiti penuh operasi KLIA dan KLIA 2. 

Berdasarkan kepada pihak pengendali perkhidmatan teksi limosin KLIA, mereka turut menyenaraikan sebab-sebab berikut:-
  • Faktor cuti umum
  • Faktor acara besar
  • Faktor Cuaca buruk dan penutupan jalan
  • Musim pelancong Arab
  • Awal Ramadan
  • Proses memunggah beg pakaian yang lewat
  • Penutupan separuh jalan Loke Yew dan Jalan Changkat.

Gejala hujan lebat mengakibatkan kesesakan jalanraya. Ini menyukarkan pengendali teksi limosin untuk kembali semula ke KLIA dalam jarak masa yang terdekat. Lalu mengakibatkan ramai penumpang terpaksa berbaris panjang dalam tempoh masa yang lama. 

Menurut Pengerusi SPAD , Tan Sri Syed Hamid Albar "“Kami perkenalkan perkhidmatan baharu ini kerana telah menerima banyak aduan dan runggutan daripada orang ramai yang terpaksa berbaris panjang dan menungggu lama untuk dapatkan teksi, lebih-lebih lagi pada waktu perayaan, cuti umum dan cuaca kurang baik”.

“Kami yakin dengan sistem baharu ini, penumpang KLIA dapat perkhidmatan terbaik. Kami harap bayaran teksi bandar yang menggunakan meter lebih murah berbanding limosin yang menggunakan kupon,” katanya pada sidang akhbar sebelum membawa rakan media melawat tempat yang bakal menjadi tempat operasi teksi sistem dua peringkat .










Bagi penguna yang ingin menggunakan perkhidmatan teksi bandar dari KLIA, perlu membeli kupon RM2 dan caj bayaran tambang adalah mengikut meter .

Syed Hamid seterusnya berkata “tindakan tegas akan dikenakan terhadap pemilik teksi bandar yang gagal menggunakan meter atau kesalahan kesalahan lain”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa