Khamis, 19 Disember 2013

SPESIS POLITIKUS & KONSULTAN SUDAH BANYAK MELAKUKAN KEROSAKAN DI MALAYSIA @NajibRazak

Selaku rakyat biasa yg sudah terbiasa dengan suasana aman damai sebelum pentadbiran Pak Lah dan Najib, ambe merasakan banyak yang tak kena pada sikap dan pemikiran politikus pada masakini. Dizaman Tun Dr Mahathir, bukan tiada spesis politikus, tapi mereka tenggelam kerana aura Negarawan yang ada pada Tun dr Mahathir. Beliau faham benar bagaimana hendak mengawal dan mengekang puak politikus dari membaiki labu.

Di zaman Tun Dr Mahathir, semua lapisan rakyat mempunyai peluang-peluang yang banyak. Tak perlu sangat mengikuti mana-mana parti politik secara khusus namun semua berpuashati dengan cara pentadbiran kerajaan. Waima tiada BRIM, KLIM, KLUM,PLIM dan macam-macam IM dari kertas kajang konsultan, rakyat tetap beri mandat dua pertiga kepada BN. Pada masakini, terlalu banyak retorik politik yang menjadi punca permasalahan demi permasalahan tanpa sebarang penyelesaian. Setiap penyelesaian akan mencetuskan seratus masalah baru lain.

Rakyat bukan sahaja terbeban dengan bebanan sara kos hidup yang masih terus meningkat setiaphari, waima ada KRIM dan BRIM, tapi terbeban dengan pelbagai isu politikal yang merimaskan mereka. Kegagalan gerak kerja di media sosial bukan lagi satu rekaan, Kegagalanya adalah nyata. Begitu juga kegagalan PEMANDU. Ambe berani katakan, 99 peratus masalah kos sara hidup berpunca dari kesilapan teknikal bermacam 'Makmal GTP dan ETP' yang sentiasa menyambut isu-isu politikal rekaan pembangkang. Sebenarnya, isu-isu politikal yang dibangkitkan pembangkang tak wujud langsung untuk diambil perhatian serius.

Rakyat juga semakin hari semakin menyampah dan keciwa dengan prestasi pembangkang yang gagal mengimbangi Check N Balance. Mereka juga turut kecewa dengan sikap "Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini" kerana sudah tiada lagi Hari Esok bagi rakyat. Yang jelas nampak ialah Hari Esok lebih baik hanya kepada konsultan asing dan puak pembangkang sahaja. 

Majoriti isu politikal dan isu melawan fitnah mehnah pembangkang yang diterajui oleh beberapa individu yang dipercayai oleh bahagian media sosial PMO, nampaknya hanya seperti menyimbah petrol diatas api yang sudah sedia marak. Pada hari ini, ternyata, kedua belah pihak samada pembangkang atau pemerintah sudah gagal membangunkan negara dan memanafaatkan modal insan rakyat.

Sudah tiba masanya untuk Najib buka mata semula dan gosok kedua matanya sendiri. Pembangkang sudah tidak dapat diharap lagi dan jangan pula kerana kepercayaan kepada beberapa individu yang mengupah rakan-rakan mereka menjadi konsultan, menjadi penyebab pula pentadbiran Najib sama taraf dengan pembangkang yang sudah 'HOPELESS'.

Bilamana rakyat sudah membuat keputusan yang kedua belah pihak TAK BOLEH PAKAI, disaat itu rakyat akan tidak berusaha keras. Akibatnya, produktiviti negara semakin menurun. Pembangkang sudah pincang tugas dan fungsi. PEMANDU pun begitu juga. Masih belum terlambat untuk Najib memperbetulkan semula keadaan.

Adalah benar, tidak akan ada pengakuan bersalah daripada mana-mana pihak. Tapi rakyat akan tetap menyalahkan UMNO, BN, Rosmah dan Najib. Rakyat tidak akan membuat perincian dan kajian kerana mereka pun bukan dalam keadaan mereka mampu berbuat demikian sepertimana konsultan-konsultan yang bermaharajalela dalam PEMANDU. 

Apa yang rakyat perlukan bukanlah hasil 'Makmal', Politik Kebencian Pembangkang, PEMANDU atau sebarang IM lagi. Tapi rakyat mahukan melihat dan turut merasai dengan bebas semua polisi fiskal. Rakyat tak mahu dengar isu Anwar Ibrahim minta naik gaji, isu kenaikan tol, isu BR1M naik, atau isu Makmal Kaji Kos Sara Hidup. Tapi, rakyat mahu gaji mereka naik, harga barangan rendah, kuasa beli mereka tinggi dan kredit rating mereka mendapat kepercayaan bank. 

Ini bukanlah soal rakyat kurang beristighfar, kurang bersolat, kurang bersyukur, kurang itu dan ini, tapi ini soal politikus dan konsultan terlalu banyak sangat kekurangan mereka. Dan bagi menutup kekurangan itu, mereka mencipta pelbagai isu politikal untuk mencetuskan seribu satu macam masalah dan bebanan kepada rakyat.

Adakah ini yang dimahukan dalam Keterbukaan, Transformasi, Jom Ubah, Reformasi, PEMANDU, GTP, ETP dan seribu satu macam retorikal politik yang lagha?

So do something positif la Najib. Kesian kat rakyat macam kami ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa