Khamis, 19 Disember 2013

PERSEPSI & ISU POLITIKAL KEATAS SPAD BERSIFAT PREJUDIS & TIADA HALATUJU @SPADChannel

Tempurung Politik adalah kecil dan sempit. Dan hanya spesis dua alam dalam kategori amfibia (haiwan berdarah sejuk) yang mampu berhabitat didalamnya. Kerana itu, dalam alam politik, segala persepsi dan khayalan adalah suatu kenyataan bersifat logika tapi tak munasabah. Ambil contoh seperti apa yang ditulis oleh Jebat Must Die dalam entrinya menyebarkan persepsi politikal di bawah tempurung politikal dan menjadikannya satu isu politikal yang kecil dan sempit.

S.P.A.D. (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat) adalah sebuah Suruhanjaya dan bukan agensi atau kementerian. Namun begitu, ianya sebuah Suruhanjaya yang ditubuhkan dibawah sebuah Akta Parlimen dan diletakkan dibawah bidangkuasa Perdana Menteri selaku Ketua Eksekutif. Oleh itu, SPAD mewakili Perdana Menteri sendiri. Sebarang pengumuman dan tindakan oleh mana-mana pegawai SPAD adalah mewakili Perdana Menteri sendiri.

Soal pertindihan dan kerelevanan wujudnya SPAD sering diperkatakan. Ada yang bertanya, apa perlunya SPAD diwujudkan dan bertindih bidangkuasa? Kita sudah ada agensi JPJ, Polis Trafik dan Kementerian Pengangkutan serta PUSPAKOM. Ambe cuma nak bertanya, Tak Bolehkah SPAD DiWujudkan disamping JPJ, PUSPAKOM, Polis Trafik dan Kementerian Pengangkutan? Polis Trafik tak boleh saman keretapi atau pemandu teksi diatas kesalahan lesen dan permit. JPJ tidak mengeluarkan permit dan lesen. PUSPAKOM hanya memeriksa kenderaan sahaja. Kementerian Pengangkutan pula sudah besar bidangkuasa dan tugas nya meliputi kenderaan di laut dan di udara. Jadi apa salahnya ada sebuah Suruhanjaya yang memfokus kepada Pengangkutan Awam Darat?

Apa salahnya ada sebuah Suruhanjaya yang menasihati PM berkenaan hal-hal berkaitan penambahbaikkan mutu perkhidmatan Pengangkutan Awam Darat? Tidakkah soal perkhidmatan pengangkutan awam darat pernah menjadi satu isu politikal yang amat panas? Kenapa pula, bila tertubuhnya Suruhanjaya ini, maka dipersoalkan itu dan ini?

Apakah salah Pengerusi dan CEO SPAD mengeluarkan sidang media dan bercakap mengenai kajian tarif tambang? Sedangkan perkara itu didalam bidangkuasa SPAD. Tidakkah perkara-perkara sebegitu menyelamatkan maruah para Menteri yang dikatakan sebagai semakin lembik dan tak bertenaga? At least, Pak Menteri tak le kena balun bila silap cakap atau beri amaran.

Adalah mudah melontarkan persepsi politikal ke atas SPAD, terutama jika ada niat tersirat dan tersembunyi. Persepsi Politikal biasa bermotifkan keuntungan wang ringgit dan kontrak jawatan. Untuk mencuri perhatian. Atau dengan katalain, Nak Tumpang Semangkuk Plis. 

Adakalanya, persepsi politikal dilontarkan kerana prejudis terhadap sesuatu perkara. Prejudis memang wujud dimana-mana. Bila unsur prejudis dijadikan motif untuk melontarkan persepsi politikal, ianya tak membawa sebarang manafaat kepada sesiapa pun. Sebaliknya, akan tercetus kontroversi dan polemik yang lagha.

Dalam situasi sekarang, kita perlu lebih fokus kepada prestasi dan mengurangkan kontroversi. Belum tentu lagi pihak yang melemparkan persepsi politikal mampu melaksanakan dengan jujur dan amanah setiap tugas dan tanggungjawab Pengerusi dan CEO SPAD.

Janganlah kita melontarkan persepsi politikal yang bersifat prejudis terhadap pihak yang melakukan tugas dengan baik. Semata-mata hendak sepinggan nasi berlauk kari ayam. 

Namun begitu, kritikan membina  yang sifar prejudis dan sifar presepsi politikal amat dialu-alukan demi kebaikan dan manafaat bersama. Cuma, jika hendak makan nasi, ambe boleh belanja kat kedai mamak yang menu Rakyat 1 Malaysia. Starbuck dan kafe di hotel taraf lima bintang, tiadalah ambe mampu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa