Sabtu, 31 Ogos 2013

MALAYSIAKU BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU - SIAPA KENAL WIRA INI?


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 56. Dan marilah berusaha agar generasi kita mampu meraikannya lagi untuk seribu tahun di masadepan. Ambe ambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada semua mengenai, Muhyiddin telah memberikan 3 Ramuan untuk Pembangunan Negara dan Najib telah memberikan 4 Asas Utama untuk Perpaduan Negara. Diringkaskan seperti berikut:-

Tiga Ramuan Pembangunan Negara:-
  1. Kepimpinan yang Stabil
  2. Kekayaan dan kemewahan yang ada
  3. Dokongan rakyat kepada 'perjuangan' kepimpinan yang sedia ada.
Empat Asas Utama Perpaduan Negara:-
  1. Sikap Saling Tolak-ansur (Toleransi)
  2. Sikap Saling Menghormati (Respek)
  3. Sikap Saling Timbangrasa (Sensitiviti) 
  4. Sikap Saling Mempercayai (Percaya -mempercayai)
Pandai-pandailah para pembaca menafsirkannya sendiri dan mengamalkannya. 

Semasa di ambang merdeka, di Dataran Merdeka, tiga orang penghasut daripada kumpulan anti-Merdeka, Isham Rais, Adam Adli dan Samad Said, masih mengibarkan bendera Sang Celaka Komunis. Dan mengutuk serta menghina Jalur Gemilang. Di Indonesia, para penghina bendera mereka dengan pantas di hukum dan didakwa. Di Malaysia, entahlah. Kelihatan seperti penghina Jalur Gemilang dibiarkan saja di atas nama 'Hak Kebebasan Bersuara'. Namun begitu, ada rakyat Malaysia yang berani menyanggah dan merampas Sang Celaka Komunis dari Samad Said dan Adam Adli. Saksikan video ini, 


Ingin juga mengenali sesosok tubuh yang berani mempertahankan Jalur Gemilang. Terkedu dan terpegun puak anti-Merdeka seketika. Jika ada yang mengenali beliau sila tinggalkan komen di bawah. Inilah berlaku bila Kerajaan sedia ada membiarkan penghina Jalur Gemilang melakukan sesukahati mereka dan membiarkan puak anti-Merdeka mengibarkan Sang Celaka Komunis. Nampaknya itu saja cara untuk mempertahankan Jalur Gemilang buat masa ini. 



Jumaat, 30 Ogos 2013

TANDA PUTERA - MERDEKA ! Kelipat Tokong Guan End & Tiang Bendera.



Saja je ambe nak tulis TANDA PUTERA

Saja nak kasi pepuak pro komunis dan puak pencetus tragedi 13 Mei 1969 tensen menjelang ambang Kemerdekaan.

Saja je nak kasi puak PECIS DAP sakit kepala dan gundah-gulana.

Saja je nak kasi Kelipat Tokong Guan End memikirkan apa yang bapanya telah lakukan.

Saja je nak kasi tau kat semua anti UMNO/BN dan anti Kemerdekaan bahawa KITA MERDEKA KERANA ALLAH TA'ALA DAH TAKDIRKAN BEGTU. 

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

MALAYSIAKU BERDAULAT 
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU 

MALAYSIAKU SERIBU TAHUN 

Filem TANDA PUTERA Menjadikan Ramai Politikus Ekstrimis Cauvinis Rasis (PECIS) Kerasukan Hantu Lompat.

'PECIS' adalah akronim kepada Politikus Ekstrimis Cauvinis Rasis. Pada mulanya, ambe mahu menggunakan akronim 'P*LI*R', tapi akronim itu terlalu lucah. Kalau ikutkan logik akal, peel PECIS tak ubah seperti P*LI*R. Ada masa mereka 'Stim' dan ada masanya mereka 'Lembik'. Mereka ini lah kelompok yang kuat menghasut dan mengadu-domba semua masyarakat Malaysia.

Itu belum lagi kita mengambilkira kelompok 'Screwdriver' yang sedang bersarang dan berpesta di dalam 'Bank Kuasa' BN. Hanya kerana sebuah Filem mengenai pengorbanan dan keakraban dua orang pemimpin Melayu, puak PECIS dah melatah seperti kerasukan 'Hantu Lompat'. Sampai bilakah puak PECIS benar-benar mahu menjadi 'Orang Malaysia' dan sebahagian dari 'Malaysia?'. Mereka asik bernostalgia mengenai Maharaja Cina Pertama yang dah lama mampos hampir 3 ribu tahun lalu (kuburya tak dijumpai sehingga ke hari ini, cuma tentera tanah liatnya saja diketemui).


Pada hemat ambe lah, sejak 1998 sehingga kini, dalam kes PKR, ianya berkisar mengenai nak selamatkan maruah Anwar Ibrahim yang tak berbaloi nak diselamatkan, dan mengutuk Tun Dr Mahathir kerana membuat keputusan untuk menyelamatkan UMNO dari serakahan Anwar Ibrahim serta konco-konconya. Dalam kes PAS, pula ianya sekadar nak balas dendam kepada UMNO yang selama ini popular di kalangan orang Melayu. Dalam kes DAP pula, ianya berkisar mengenai irihati dan dengki serta sikap ultra-rasis dan ultra-kiasu puak cinabeng yang masih bernostalgia mengenai 'Peranan & Sumbangan' puak komunis. 

Ofkorslah Kelipat Tokong Guan End itu bodoh. Bapanya pada 1969 pun bodoh juga. Tiang bendera menjadi mangsa kebodohan bapanya.  Setelah 46 tahun, Kelipat Tokong Guan End masih mewarisi kebodohan bapanya. 

Ambe masih ingat lagi sekitar 1998-2008, bilamana Tun Dr Mahathir sering mengingatkan semua rakyat agar mengingati tragedi 13 Mei. Masa itu pandai pula, puak PECIS DAP mengatakan, rakyat perlu tahu mengenai 13 Mei dan tragedi itu bukan isu sensitif. Sekarang ini, nada mereka berbeza pula. Biasalah, puak PECIS punya peel, semalam kata lain, hari ini buat lain, esok gelabah berok terkencing di tiang bendera. 

Setelah dikritik hebat dan nampak bodoh mengharamkan tayangan Tanda Putera di seluruh Pulau Pinang, melalui kuasa cipot PBT yang keluarkan lesen premis pusat hiburan, Kelipat Tokong Guan End cuba menyembunyikan kebodohannya yang terserlah dengan mengatakan , "itu nasihat bukan arahan". Beliau berkata demikian selepas terkencing di sebatang tiang bendera. Muncul lah Shabery Chik menteri yang ada kuasa sebenar, menempelak tindakan rasis terbodoh daripada Kelipat Tokong Guan End. Kini, semua pawagam di Pulau Pinang diarahkan menayangkan Tanda Putera pada hari Sabtu ini. 

Hipokrasi perkauman tegar PECIS DAP gagal diselamatkan oleh kelipat tokong Guan End. Dan semakin hampir dengan pemilihan CEC DAP, semakin kerap Kelipat Tokong Guan End terkencing-kencing di merata-rata, terutama di tiang bendera. Puak PECIS DAP masih belum MERDEKA lagi dari sentimen perkauman dan nostalgia bahawa mereka adalah Bangsa Pilihan Maharaja Pertama Cina yang dah mampos 3 ribu tahun lampau. 

Pada hemat ambe, komuniti Cina Malaysia masih mundur dan tidak matang dalam soal politik, sosial,pendidikan, ekonomi dan intergrasi kaum. Mereka hanya mengharapkan dan bergantung sepenuhnya kepada imaginasi-imaginasi dan khayalan-khayalan tolol mereka mengenai layanan daripada Melayu di Malaysia. Mereka hendak hidup aman-damai tetapi mereka tak pernah bertransformasi dari pemikiran dan mentaliti kuno 3 ribu tahun mengenai Kecinaan mereka. Mereka menolak Ketuanan Melayu tapi mereka menerima konsep Ketuanan Cina purba yang diamalkan oleh Maharaja Pertama China yang mampos 3 ribu tahun lampau. Mereka banyak mahunya tapi enggan menghormati atau 'Earn The Respect'. Merekalah yang perlu bertransformasi sebenarnya. 

Maka moleklah filem Tanda Putera dijadikan suatu pengajaran penting kepada mereka mengenai Sejarah Sebenar negara ini, jika mereka benar-benar berjiwa patriotik dan mahu memutuskan warisan rasis kecinaan yang berusia 3 ribu tahun. Dan PECIS DAP perlu membuang tabiat kencing merata-rata waima menurut orang kuat LPF, adengan kencing di dalam filem adalah komedi sahaja.  


Khamis, 29 Ogos 2013

SPAD: Lawatan Ke Stesen Baru Komuter KTM di Rembau & Tampin @SPADChannel.

Pengerusi SPAD dan Pegawai Tertinggi SPAD dalam koc komuter tren KTM Dari KL Sentral Menuju ke Stesen KTM di Rembau dan Tampin 
Hari ini, Pengerusi SPAD dan pegawai tinggi SPAD membuat lawatan ke stesen KTM yang baru di Rembau dan Tampin. Mereka telah menaiki trem KTM dari KL Sentral untuk ke sana. Trem yang mereka naiki adalah trem yang sama dinaiki oleh mana-mana pengguna trem komuter KTM. 

Kini penduduk Rembau dan Tampin, boleh bekerja di Kuala Lumpur dan berulang-alik dengan selesa. Dan tidak perlu lagi menaiki kereta memandu ke Kuala-Lumpur. Bahkan, mereka boleh dengan selesa berulang-alik ke Seremban. Inilah yang menjadi matlamat penubuhan SPAD dalam program transformasi negara. Menjadikan pengangkutan awam sebagai mod pilihan rakyat. 

Papantanda Baru 

Dengan adanya kemudahan komuter sehingga ke Rembau dan Tampin (kawasan di luar Kotaraya KL), boleh dimanafaatkan oleh semua warga yang tinggal sekitar laluan KL-Rembau-Tampin. Laluan ke Utara sehingga ke Rawang. Di masadepan, bila bilangan pengguna semakin meningkat selari dengan pembangunan di KL dan Lembah Kelang, sudah tentulah, jadual akan menjadi semakin kerap. Dan ini boleh menghasilkan limpahan kemewahan pembangunan dari Lembah Kelang ke luar Lembah Kelang.

Antara kesan yang boleh kita jangkakan ialah kesesakan lalulintas di Seremban dan lebuhraya PLUS Seremban-KL akan semakin berkurangan. Tapi bukanlah dalam sekelip mata. Namun langkah pertama sudah di ambil ke arah itu. Kini , warga Rembau-Tampin perlulah membuat anjakan paradigma pula untuk mengambil peluang ini. Di bawah ini adalah gambar-gambar lawatan tersebut. Biarlah gambar-gambar bercerita pula mengenai aspirasi dan komitmen Kerajaan kepada rakyat di bawah program transormasi pengangkutan awam darat.

Bergambar di depan Stesen KTM Rembau Yang Baru 
Papantanda Lama Stesen Lama Rembau 
Pengerusi SPAD Memeriksa Keadaan dan Platfom Baru

Jadual Tren Dari Rembau Ke Lokasi-lokasi Lain

Pengerusi SPAD Mencuba Peralatan Baru Di Stesen KTM Rembau yang Baru


Sempena Hari Kemerdekaan Negara, KTM telah mengumumkan, perkhidmatan komuter KTM 24 jam pada 30 dan 31hb Ogos 2013, Tahniah diucapkan kepada KTM dan terimakasih kepada SPAD. Ini melibatkan 4 sektor laluan dan tambahan 26 perkhidmatan. Kekerapan pada setiap 30 minit. Berikut ialah kenyataan media KTM mengenainya. 






SPAD: Siaran Media Mengenai Penutupan Jalan & Perkhidmatan Pengangkutan Awam Sempena Merdeka @ SPADChannel

Sempena nak menyambut Hari Merdeka ini, jadi ambe kurangkan sikit artikel hantam dan bantai politikus cap ayam, BU-DU dan PECIS (Politikus Ekstrimis Cauvinis RasIS). Di sini ambe siarkan Siaran Media daripada S.P.A.D mengenai Penutupan Jalan dan Perkhidmatan Awam sempena Merdeka untuk makluman semua. 







Rabu, 28 Ogos 2013

SPAD: Bidangkuasa dan Bidangtugas @SPADChannel.


Di atas ialah 'tangkap skrin' (apa punya istilah ambe guna, tapi tak mengapa, utamakan Bahasa Kebangsaan- MERDEKA !). Ada tiga skop bagi bidangkuasa dan bidangtugas SPAD, dan salah satunya sudah tentulah bukan membina jalan persendirian Genting Highlands. Atau memastikan jurutera yang bertanggunjawab merangka dan membina badan bas mematuhi piawaian antarabangsa. Atau melakukan pemerikasaan badan bas seperti PUSPAKOM lakukan kerana PUSPAKOM bukan terletak di bawah S.P.A.D.

Jelas kepada kita, bahawa S.P.A.D, mempunyai bidangkuasa dan bidangtugas:-
  1. Kuasa Merancang- satu pelan induk bagi memastikan pembangunan infrastruktur komprehensif, berintergrasi dan boleh diharap.
  2. Kuasa Regulatori- memantau dan meregulasi perkhidmatan standar bagi semua pengendali dan pemegang lesen melalui perlesenan.
  3. Kuasa Penguatkuasaan- kuasa tambahan termasuk kuasa untuk audit, siasatan, menggantung/membatal lesen, menyita kenderaan dan mendenda pengendali. 
Akta-akta yang dikuatkuasakan oleh S.P.A.D ialah:-
  1. Akta Pengangkutan Awam Darat 2010
  2. Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010
  3. Commercial Vehicle Licensing Board Act 1987
  4. Commercial Vehicle Licensing Board (Amendment) Act 2010
  5. Railways Act 1991
Wilayah bidangkuasa S.P.A.D terhad hanya di Semenanjung Malaysia sahaja. Lapuran tahunan juga dikeluarkan oleh S.P.A.D. Anda boleh membacanya di sini 



Terkandung juga Penyata Kewangan yang di audit dan disahkan oleh Ketua Audit Negara. Tiada apa yang hendak disembunyikan oleh S.P.A.D, segala-galanya mudah diakses oleh orang awam. 

S.P.A.D menggunakan dan mengadaptasi Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHE) daripada Standard Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang diterbitkan oleh Jabatan Standard Malaysia.Kod ini menjadi asas kepada audit, inkuiri, pengredan dan akreditasi sesebuah syarikat pengangkutan di negara ini. Untuk ketahui lebih lanjut sila ke sini SHE dan ke laman MIROS (Malaysian Institute of Road Safety Research).

Visi SPAD ialah menerajui transformasi pengangkutan awam darat untuk menjadi mod pilihan rakyat. Bidangkuasa dan bidangtugas SPAD adalah bagi mencapai visi tersebut. Namun begitu, kita perlu selalu ingat bahawa bidangkuasa dan bidangtugas SPAD tidak boleh ditafsirkan dan disangka lebih daripada apa yang telah dipaparkan. Dari masa kesemasa, ambe akan memperjelaskan lagi secara terperinci dengan memberikan contoh-contoh tertentu bagi memudahkan kita memahami skop bidangkuasa dan bidangtugas sebenar SPAD. Untuk sementara waktu, cukuplah maklumat asas seperti ini terlebih dahulu. 

SPAD: Kod Amalan Industri (ICOP) -Keselamatan Pengendali Bas @SPADChannel.

Bertarikh 20hb Ogos 2013 Pekeliling Bil. 6 Tahun 2013.

S.P.A.D telah mengeluarkan Pekeliling Bil. 6 Tahun 2013 bertarikh pada 20hb Ogos, 2013, (disini) bagi memaklumkan kepada semua pengendali berlesen kenderaan perkhidmatan awam kelas:-
  1. Bas Berhenti-henti
  2. Bas Ekspres
  3. Bas Pekerja
  4. Bas Catar (Chartered Bus) 
  5. Bas Mini 
  6. Bas Pengantara 
  7. Bas Lapangan Terbang
  8. Pemegang lesen kenderaan perlancungan kelas Bas Persiaran
bahawa S.P.A.D ICOP (Kod Amalan Industri) -keselamatan, ini menjadi syarat am lesen pengendali bas dan hendaklah di baca bersama setiap lesen pengendali Bas berhenti-henti, bas ekspres, bas pekerja, bas catar, bas mini, bas pengantara, bas lapangan terbang dan lesen kenderaan bas persiaran. Buku panduan S.P.A.D ICOP dijadikan rujukan dna akan diterbitkan dengan kemaskini terbaru dari masa kesemasa. Ini dikuatkuasakan bermula dari 20hb Ogos 2013. Kod Amalan Industri (ICOP) S.P.A.D-Keselamatan, wajib dipatuhi oleh pengendali bas dan pemegang lesen bas persiaran. 

Ketidakpatuhan kepada Kod Amalan Industri S.P.A.D-Keselamatan sebagai syarat yang dikuatkuasakan, adalah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 22(3) dan Seksyen 41(3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, apabila disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. 

Ini sejajar dengan aspirasi Kerajaan untuk memberikan perkhidmatan pengangkutan awam yang selamat, boleh diharap, responsif, mudah diakses, cekap, terancang , bersepadu dan mampan. S.P.A.D selaku suruhanjaya yang diberi mandat bagi tujuan mengawalselia dan memantau prestasi perkhidmatan semua pengendali berlesen dan pemegang lesen perkhidmatan pengangkutan awam darat mengambil langkah menguatkuasakan Kod Amalan Industri (ICOP) S.P.A.D bagi memastikan sistem pengangkutan awam darat negara ini menepati piawaian keselamatan berdasarkan amalan terbaik.

Tahniah S.P.A.D, selepas ini diharapkan agar ianya tidak dijadikan alasan dan hujah untuk menuding jari kepada S.P.A.D. Mereka telah melakukan yang amat terbaik. Dan jangan ada pula yang masih mahu sok-sek mempersoalkan dan mempertikaikan apa yang S.P.A.D lakukan. 


Timbalan Menteri Ini Lebih Pintar Daripada P. Waythamoorthy


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilapurkan oleh Agendadaily , mengeluarkan cabaran kepada P Waythamoorthy. Cabarannya mudah, beliau meminta P. Waythamoorthy menyeru semua penjenayah tak kira apa bangsa pun di Malaysia agar menyerah diri dan senjata kepada polis. Agar Polis boleh menahan mereka dengan aman. Jika cabaran ini tidak mampu di sahut oleh P.Waythamoorthy, maka P. Waythamoorthy terbukti tak boleh hanya mengkritik PDRM dalam insiden tembak-menembak di Pulau Pinang. 

Ambe setuju benar dengan cabaran Timbalan Menteri yang bijak dan pintar ini. Kalau taknak mana-mana penjenayah berbalas tembak dan mahu di tahan secara aman, maka pihak yang mengkritik polis wajib menyeru semua penjenayah menyerah diri dan senjatapi di balai polis. Dengan ini tentulah Polis boleh menahan mereka secara aman. Tak perlu lah Polis memburu mereka dan dapat mengelak kejadian tembak-menembak.

Cabaran Timbalan Menteri ini pada hemat ambe lebih waras dan rasional daripada cabaran suruh P.Waythamoorty meletak jawatan. Ya la, nak suruh orang meletak jawatan, kita kenalah menguji kemampuan mereka terlebih dahulu. Bila terbukti, mereka hanya pandai bercakap dan tak tahu apa yang mereka cakap, maka barulah kita desak pihak berkenaan meletak jawatan. Barulah nampak ngam dan lebih matang dalam tindakan.

Mampukah P.Waythamoorthy menyahut cabaran tersebut? Sama-samalah kita nantikan samada P.Waythamoorthy punya suara dan wibawa mampu menguasai penjenayah serah diri dan senjatapi secara aman. Kita nantikan bersama. Diharapkan P. Waythamoorthy tak lakukan Mogok Lapar pula. - MERDEKA !

SPAD: Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai SPAD @SPADChannel

Adat manusia, sentiasa curiga kepada perkara yang mereka tidak tahu. Dan banyak prasangka buruk timbul disebabkan oleh 'Tak Tahu'. Bila diperjelaskan, barulah terpancul ungkapan, "Oooo, camtu yea, baru tau camtu rupanya". SPAD bukanlah satu agensi misterius. Segala maklumat mengenai peranan, fungsi dan bidangkuasanya , terpapar penuh di laman sesawang rasminya. Anda hanya perlu melayarinya pada masa terluang untuk 'Ambil Tahu'.

SPAD adalah sebuah suruhanjaya yang lahir dari program tranformasi di bawah pentadbiran DS Najib. Kerana itu, ianya diletakkan terus di bawah Pejabat Perdana Menteri. Ianya bukan kementerian. Pada masa ini, menteri yang diberikan tanggungjawab memantau SPAD ialah YB Nancy Shukri. Pengerusi SPAD ialah Tan Sri Syed Hamid Albar. Ianya sudah tertubuh sejak tiga tahun lalu. Ibupejabat SPAD terletak di KL Sentral. Dalam usianya yang muda, SPAD sudah pun mampu meraih pengiktirafan daripada badan antarabangsa baru-baru ini.

Matlamat utama SPAD ditubuhkan oleh pentadbiran DS Najib, ialah melaksanakan aspirasi transformasi pengangkutan awam darat. Apakah aspirasi tersebut? Aspirasi tersebut ialah satu legasi transformasi pengangkutan awam darat yang:-
  1. Selamat, 
  2. Boleh diharap, 
  3. Responsif, 
  4. Mudah diakses, 
  5. Cekap, 
  6. Terancang, 
  7. Bersepadu, 
  8. Mampan. 
Garis masa yang ditetapkan ke atas SPAD transformasi sepenuhnya menjelang 2020. Sesuatu matlamat itu bukanlah boleh dicapai dalam sekelip mata. Nak makan buah durian pun, kena tanam dulu dan tunggu ianya membesar sehingga boleh menghasilkan buah.

SPAD memainkan tiga peranan penting dalam mendukung teras pembangunan ekonomi negara. Peranan pertama ialah memastikan pengangkutan awam darat menjadi penghubung tenaga kerja dengan pasaran kerja. Yakni dengan menjadi akses penghubung mudah dari kawasan perumahan pekerja ke tempat bekerja. SPAD menjangkakan sebanyak 3.3 juta peluang pekerjaan wujud pada tahun 2020. Oleh itu, jajaran dan laluan pengangkutan awam darat perlu diperluaskan sehingga ke luar bandar. Ini membolehkan, pekerja ulang-alik dengan selamat, 'on-time' dan lancar ke tempat bekerja di pusat bandar.

Peranan kedua ialah mengurangkan kesesakan lalulintas di pusat bandar pada waktu puncak. Kesesakan lalulintas menyebabkan kelancaran ulang-alik pekerja terganggu. Banyak masa dan tenaga terbuang percuma. Di Austrlia, menurut kajian, negara itu kerugian 12.9 bilion dalam bentuk produktiviti yang hilang akibat kesesakan lalulintas. Dari segi mental, kesesakan lalulintas menjadi punca 'stress' kepada pekerja kerana keletihan otak sebelum sampai ke pejabat. Kapasiti pengangkutan awam darat perlu dipertingkatkan seiring dengan peningkatkan jumlah keluar masuk harian penduduk bandar.

Peranan ketiga ialah menyokong pertumbuhan ekonomi negara kerana berhubung kait dengan peningkatan produktiviti. Menjadi pemangkin modal insan yang berkualiti dan berproduktiviti tinggi. Penyediaan rangkaian bersepadu pengangkutan awam dari kawasan perumahan ke tempat bekerja dan pusat pendidikan, mampu melonjakkan Malaysia di arena ekonomi global yang mempunyai daya saing yang tinggi.
 

Selasa, 27 Ogos 2013

HAI..HAI .. DATO' ALI RUSTAM ... BABAI ..KJ.



Rilek, bawa bertenang. Bukan ada apa-apa. Tajuk je gempaq. Sebab mentaliti rakyat Malaysia terutama puak DAP-PKR-PAS memang suka nak tahu benda-benda 'buruk' pasal UMNO. Yang ni sebenarnya tak ada apa-apa. Cuma perkhidmatan YB KJ telah tamat selaku Pengerusi di PUNB. Dan kini digantikan dengan Dato' Ali Rustam pula. Majlis ini berlangsung secara ringkas pagi tadi. 

Tapi , ambe gerenti lah selepas ini banyak lah gosip-gosip dan pelbagai jenis sangka akan keluar dan tobit dari mulut longkang puak DAP PKR PAS. Mesti ada yang kata berlaku 'pertukaran barter kuasa'.

Hok Aloh, rakyat Malaysia ini memang kaki gosip yang teramat. Tapi itulah yang memeriahkan Malaysia, kan. MERDEKA ~!

SPAD: Operasi Selalu Di Buat @SPADChannel

Pengarah Penguatkuasaan SPAD Melakukan Pemeriksaan ruang bonet Teksi

Ada yang fikir, SPAD tidak mengambil tindakan dan berdiam diri. Sebenarnya, bahagian penguatkuasaan SPAD sentiasa memantau dan melakukan operasi bersepadu pada setiap bulan. Contohnya, bulan lepas, dalam bulan Julai, sewaktu Ramadan, bahagian penguatkuasaan SPAD melakukan operasi bersepadu ke atas pemandu teksi. Bahkan dalam bulan Ogos ini saja, bahagian penguatkuasaan SPAD telah melakukan operasi sebanyak dua kali. 

Menurut Pengarah Penguatkuasaan SPAD, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad, banyak juga cabaran dan risiko yang ditempuhi oleh mereka sepanjang bertugas. Adakalanya, mereka turut diekori tonto dan samseng. Beliau sendiri pernah diekori tiga buah kenderaan sehingga ke rumah. Tapi semua sudah bersiap sedia jika ada apa-apa berlaku ke atas beliau. 

Selain itu, beliau turut mendedahkan bahawa berlaku juga penyamaran oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Penyamaran tersebut di kesan di buat oleh pihak tertentu untuk memburukkan bahagian penguatkuasaan SPAD. Beliau turut mengingati orangramai agar berhati-hati dengan mana-mana individu yang menyamar sebagai penguatkuasa SPAD.

Pegawai Penguatkuasaan Sedang Bertugas Di Dalam Operasi

Beliau juga berkata sewaktu musim perayaan, bahagian penguatkuasaan tidak mengambil cuti dan terus bertugas. Ini bagi memastikan orang awam tidak menghadapi pelbagai ragam dan karenah perkhidmatan pengangkutan awam. Begitulah besarnya pengorbanan mereka. Menurutnya lagi, semasa melakukan pemeriksaan, memang timbullah perasaan tak puashati di kalangan pemandu bas dan penumpang, kerana perjalanan terhenti seketika. Tapi katanya, itulah masa yang paling sesuai untuk mengetahui keadaan bas sebelum bergerak membawa ramai nyawa penumpang.

Di dalam setiap operasi, akan dipastikan keadaan pemandu teksi, bas dan lori. Samada mereka di bawah pengaruh alkohol atau dadah yang memabukkan. Baru-baru ini, seorang pemandu teksi didapati di bawah pengaruh dadah syabu dalam satu operasi. Oleh itu orang awam tidak perlu bimbang dan bersangka buruk dengan SPAD. Kerana SPAD tidak pernah lepas tangan malah benar-benar komited menguatkuasakan dan kerap melakukan operasi bagi memastikan kepatuhan.


Tun Dr Mahathir Dan Ekstrimis Cinabeng


Renungkanlah :-

Cinabeng dan Pariah ekstrimis di Malaysia memberikan 'Jawatan' kepada politikus Melayu. Tapi mereka TIDAK MEMBERIKAN KUASA kepada politikus Melayu yang berjawatan. 

Fikirkan:-
Apa guna wang bila tak mampu BERKUASA?
Apa guna jawatan bila tak mampu BERKUASA?
Apa guna BERKUASA bila tak mampu MENGUASAI?
Apa guna jawatan dan wang bila DIKUASAI?

Laksanakan:-

Apa guna memilih bila tak mampu BERKUASA tapi hanya DIKUASAI dan tak boleh MENGUASAI?

Isnin, 26 Ogos 2013

SPAD: Berita Baik Buat Warga KL, MRT Fasa Pertama Bakal Siap Menjelang Disember 2016 @SPADChannel


Hari ini saja, Utusan Malaysia keluarkan tiga artikel penting buat warga kotaraya KL ,Bandar Iskandar dan buat rakyat Malaysia. Tapi biasanya, berita-berita begini, ramai yang tak ambil berat. Sedangkan ianya berkaitan dengan apa yang kerajaan BN lakukan untuk kesenangan rakyat. Kerajaan BN bukanlah seburuk yang seperti yang sering digambarkan di dalam propaganda-propaganda bersifat fitnah daripada puak syiah, khawarij, komunis-sosialis dan sosialis-demokrat.

Waima sekarang banyak kedapatan kritik-kritik dan temasya kutuk-mengutok sesama calun PAU, namun intergriti kerajaan BN tidak terjejas sedikitpun. Kerajaan BN melalui usaha-usaha murni, terus berkhidmat kepada rakyat. Salah satunya ialah projek MRT. 

Projek MRT di bawah program Transformasi Ekonomi mampu menyediakan peluang pekerjaan 130,000 dan menyumbangkan RM3 bilion ke RM4 bilion setahun kepada Pendapatan Negara Kasar dari 2011-2020.

MRT Corp, melalui Pengarah Startegik dan Komunikasi Awamnya, berkata, warga KL boleh menarik nafas lega kerana fasa pertama MRT akan siap Disember 2016. Beliau turut dilapurkan Utusan Malaysia, agar warga KL menggunakan perkhidmatan MRT bagi mengurangkan masalah kesesakan lalulintas.

Jajaran fasa pertama dari Sungai Buloh ke Damansara Height. Manakala jajaran kedua di jangka siap pada 2017 akan menyambung jajaran pertama sehingga ke Kajang. Bas-bas pengantara dan ruang parkir juga diambilkira bagi keselesaan warga kota yang menggunakannya. Sebanyak 1,500 petak parkir di stesen penghujung dan 500 petak parkir di setiap stesen pengantara. Ini bagi menggalakkan warga kota menggunakan MRT bagi mengurangkan kesesakan lalulintas. Sebanyak 16 stesen MRT di bina. 

Kita boleh menjangkakan, pada 2017, kesesakan lalulintas di laluan-laluan utama di kotaraya KL akan berkurangan. Oleh itu, kita gunakanlah kemudahan yang disediakan oleh kerajaan BN untuk kesenangan kita semua. 

Politikus Malaysia Perlu Jalani Pemeriksaan Mental Setiap Bulan.

Malaysia memang terkenal dan pemes dengan pelbagai perkara Grandeur. Pemecah Rekod Guiness World untuk Weird Things. Dan politik Malaysia sejak 1998 merupakan yang paling meriah dan dipenuhi unsur-unsur lucu. Dari sekecil-kecil isu sehinggalah sebesar-besar isu, politikus Malaysia sentiasa kaya dengan pelbagai isu remeh-temeh. 

Pelbagai isu-isu anih yang tak pernah di dengar oleh generasi awal kini sentiasa didendangkan oleh politikus. Kesemuanya bermatlamat untuk meraih simpati dan undi. Ada yang masih berprinsip dan ada yang sudah menjual prinsip. Kebanyakan isu-isu polemik sejak 1998 sehingga kini, bersifat propaganda dan menghasut. Tiada satu isu pun berkenaan kepentingan rakyat.

Namun begitu setiap isu seperti ada 'Brek Angin'. Bila tiba di kemuncak, tiba-tiba kehangatan isu tersebut merundum berdebub jatuh tersembam dan tak naik-naik dah. Apa yang kita lihat, hanyalah natijah dan kesan yang dikehendaki sahaja. Dalam diam-diam, semua peneraju dan pembawa isu sudah ketawa ke bank. 

Macam-macam isu politik timbul dan bangkit, akhirnya semua prasangka dan sangkaan meleset. Hanya yang merancang sahaja tersenyum simpul di dalam bilik. Ada banyak lagi isu-isu menyentuh sensitiviti kaum Melayu dan agama Islam bakal muncul. Sehinggalah, didapati kaum Melayu rela dan redha dengan segala penghinaan dan mengalah. Barulah isu-isu berkenaan akan terhenti. 

Tindakan hanya di ambil apabila didapati isu-isu berkenaan benar-benar mengancam kedudukan dan status-quo politikus. Selagi mana isu-isu berkenaan hanya mengancam dan mengguris hati Melayu Kebanyakan, pada pandangan politikus, 'Biarkanlah, lelama Melayu hilang marah, nanti kita beri gula-gula Kandos'. Politikus tidak akan mengambil tindakan drastik. Politikus hanya berminat menyelamatkan status-quo mereka. Biarlah pihak lain yang menanggung segala keburukan dan mudarat. Mereka hanya hendak keuntungan sahaja.

Dan inilah yang akan berlarutan dan berlanjutan sehinggalah ke PRU 16. Selepas PRU 16, gameplan lain pula bakal menyusul. Begitulah peel politikus Malaysia ini. Di belakang kita, mereka mengadakan 'Persetujuan Damai'. Di depan kita, mereka melaungkan 'Perjuangan' dan macam-macam slogan. Apa yang penting, rakyat perlu di arah ke satu kondisi yang kondusif kepada pengekalan status-quo mereka.

Sebab itulah selaku rakyat kebanyakan, kita jangan melayan sangat isu-isu yang mereka bangkitkan. Jangan mudah terpedaya dengan sandiwara politikus. Jangan mempercayai sangat apa yang mereka bertekak sesama mereka. Bila kita tak melayan 'gameplan' mereka, percayalah, niscaya para politikus akan kecewa besar. Dan itu akan menyebabkan mereka terpaksa menjalani terapi psaikatrik. Sekarang ini pun, pada hemat ambe, para politikus amat perlu menjalani pemeriksaan mental mereka pada setiap bulan. 



SPAD: Pandang Serius Kemalangan Bas Ulang-alik Di Kilometer 3.5 Jalan Gentng Highlands @SPADChannel


Beberapa hari yang lepas, negara dikejutkan dengan tragedi bas ulang alik yang terjunam ke dalam gaung di kilometer 3.5 jalan persendirian Genting Highlands. Seperti biasa dan di duga, maka mencurah-curahlah pelbagai pakar 'keselamatan Jalanraya'. Tak kurang pula yang menuding jari menuduh S.P.A.D. Sebenarnya, bila bercerita mengenai peranan S.P.A.D, mereka hanya bertanggungjawab memberikan kelulusan laluan dan lesen pengendali. Tidak wajar hanya menyalahkan S.P.A.D. Ada lagi beberapa agensi yang berkaitan dengan piawaian keselamatan teknikal bas seperti PUSPAKOM. 

Berikut adalah kenyataan akhbar daripada Pengerusi S.P.A.D :-

KENYATAAN YBHG TAN SRI DATO’ SERI SYED HAMID ALBAR
PENGERUSI SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT
Kenyataan Akhbar
Kemalangan Bas Ulang-Alik di KM 3.5 Jalan Genting Highland.
21 Ogos 2013- SPAD ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban di dalam kemalangan yang menimpa penumpang bas ulang-alik ke Genting Highland yang terhumban ke dalam gaung di Kilometer 3.5 Jalan Genting-Karak.
SPAD memandang serius tragedi kemalangan dan menyokong cadangan YAB Timbalan Perdana Menteri untuk menubuhkan jawatankuasa penyiasatan khas untuk menyiasat secara terperinci punca kemalangan bas di Jalan Genting Klang. SPAD akan bekerjasama dengan semua agensi - agensi yang berkaitan bagi mengenal pasti punca kemalangan dan langkah – langkah pencegahan supaya tragedi sedemikian dapat dielakkan di masa hadapan. Selain daripada itu, SPAD juga akan memberi tumpuan yang lebih khusus kepada audit keselamatan terhadap pengendali bas henti-henti dan ekspres.
Sebelum ini Pengerusi S.P.A.D turut mencadangkan agar data dan butiran pemandu disepadukan. Agar senang menjadi rujukan setempat bagi semua agensi yang terlibat. Menurut beliau, sistem berkenaan sudah ada cuma belum disepadukan lagi.

Sebelum ini, bahagian penguatkuasa S.P.A.D telah melakukan operasi ke atas pemandu teksi. Di dalam operasi berkenaan, seorang pemandu teksi di dapati di bawah pengaruh dadah syabu. Perkara itu dirujukkan kepada Agensi Anti Dadah. 

Pada hemat ambe, budaya tunding-menunding jari patut di buang. Kita hidup dalam alaf 21, jadi moleklah kita bertindak dan berfikir sesuai dengan kemajuan zaman.

Sabtu, 24 Ogos 2013

Pembebasan Azirul-Sirul Bukan Perkara Luarbiasa.

Isu paling panas di Malaysia pada masakini, selain isu Syiah, kemalangan bas ekspres, rayuan dalam kes isu kalimah Allah , pemilihan semula CEC DAP dan pemilihan UMNO. Pembebasan Azirul dan Sirul digambarkan oleh puak DAP-PKR (PAS hanya diam) seperti memberi 'Kelulusan Cap Getah' kepada propaganda mereka selama ini berkenaan pembunuhan Altantuya. Manakala di pihak pro UMNO/BN, pendekatan mereka terpisah-pisah. Pegawai Media di PMO masih kenyang lemang dan masih mengilap pingatnya sambil membelek jadual untuk hadir di majlis rumah terbuka (agaknya lah ... )

Di kalangan kumpulan bloger Bebas Pro UMNO/BN, mereka menerimanya sebagai proses perundangan. Bagi ambe pula, pembebasan Azirul-Sirul bukan kejadian luarbiasa pun. Mahkamah Malaysia adalah bebas dan tak pernah terpengaruh dengan mana-mana pihak pun. Mereka memutuskan sesuatu kes berdasarkan kepada undang-undang dan bukan kepada emosi atau publisiti. 


Azirul-Sirul di mata perundangan Malaysia adalah sama tarafnya dengan mana-mana Orang Kena Tuduh (OKT) di dalam mana-mana kes. Azirul-Sirul diberikan hak untuk merayu di dalam perundangan Malaysia. Dan itu adalah hak yang di jamin di dalam Perlembagaan. Bilamana didapati ada faktor-faktor yang boleh membebaskan Azirul-Sirul di dalam perundangan, maka apa nak pelik pun bila mereka dibebaskan. Kerajaan Malaysia masih ada peringkat rayuan lagi ke Mahkamah Persekutuan. 

Perkara ini dijadikan bahan 'luarbiasa' oleh pihak-pihak yang tak bertanggunjawab di atas dasar propaganda semata-mata. Bukan di atas faktor-faktor lain pun. Sebenarnya tak timbul pun persoalan 'Siapa Pembunuh Altantuya' bila Azirul-Sirul dibebaskan. Panel Hakim Mahkamah Rayuan mendapati ada beberapa perkara yang tidak di ambilkira dalam keputusan Hakim di Mahkamah Tinggi. Itu sahaja. Dan perkara itupun bukanlah sesuatu yang luarbiasa juga!

Bukan mudah untuk mensabitkan hukuman dalam kes-kes bunuh. Para Hakim akan meneliti semua bukti dan keterangan sehingga benar-benar jelas dan terang OKT memang patut disabitkan hukuman mandatori. Dan para Hakim akan mematuhi semua peraturan dan perundangan yang ada untuk mencapai satu kepastian yang tiada keraguan munasabah sedikitpun. 

Pada hemat ambe, para Hakim , dari Mahkamah Tinggi sehingga ke Mahkamah Rayuan telah menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan par-excellent. Dan semua keterangan dan bukti, samada lisan dan dokumen, sudah di uji di dalam mahkamah. Hanya mereka yang tak bertanggungjawab dan suka menangguk di air keroh di atas nama politik sahaja yang menganggapnya sebagai suatu perkara 'Luarbiasa' ! Kerana gosip dan sok-sek mereka 'tidak di uji' sepertimana keterangan dan bukti dalam kes tersebut di uji. Lidah Tak bertulanglah katakan. Hok Aloh... 


Jumaat, 23 Ogos 2013

Isu Kalimah Allah dan Syiah, Permasalahan Yang Memerlukan Kebijaksanaan Aqal dan Bukan Kepetahan Lidah.

Semalam, suatu kejayaan buat rakyat Malaysia, apabila polemik sosial-keagamaan yang cuba dicetuskan oleh sesetengah pihak yang bertanggungjawab, dipatahkan dengan ketajaman dan kebijaksanaan akal para peguam. Pihak yang tak bertanggungjawab telah membuat permohonan, untuk mengenepikan rayuan kerajaan Malaysia dan Majlis Agama Islam. 

Sebelum ini, pihak yang tak bertanggungjawab telah mencabar larangan penggunaan kalimah Allah oleh pihak bukan Islam. Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan pihak tak bertanggunjawab tersebut. Kerana itu, pihak kerajaan Malaysia telah membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. Usaha tersebut telah cuba di halang oleh pihak yang tak bertanggungjawab melalui permohonan mereka untuk mengenepikan rayuan yang di buat semalam. Akhirnya, panl tiga hakim Mahkamah Rayuan menolak permohonan pihak bertanggungjawab tersebut. Dan membenarkan rayuan kerajaan Malaysia diteruskan. Pada 10hb September, 2013, rayuan berkenaan akan di dengar, kecuali tarikh berkenaan di pinda.

Tapi artikel ini bukan hendak menyentuh mengenai permasalahan perundangan. Ambe hendak menulis mengenai, kenapa pihak yang tak bertanggungjawab sengaja mencetuskan polemik yang sepatutnya tak timbul langsung. Ini ada kaitan pula dengan permasalahan Syiah di Malaysia. 

Antara iktibar yang kita boleh perolehi ialah bila umat Islam kurang memahami akidah mengikuti manhaj (aliran) Asyari dan Maturidi (Ilmu Kalam & Sifat 20) dan tidak bersatu dalam aliran akidah waima bertauhid pada yang Esa, akan ada pihak yang tak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk menimbulkan polemik dan menyebarkan ajaran mereka yang bercanggah dengan Ahlussunnah Wal Jamaah.

Polemik yang ditimbulkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab, melalui isu-isu sensitif seperti kalimah Allah, penyebaran Syiah dan penolakan kepada pengajian Sifat 20 bertujuan untuk menimbulkan permusuhan dan memecahbelahkan perpaduan serta keharmonian di antara agama di negara ini. 

Permasalahan amalan Syiah dan isu kalimah Allah di Malaysia harus ditangani dengan cara Fatonah (Bijaksana dan Kebijaksanaan). Orang-orang bijak biasanya amat teliti. Menyelesaikan suatu permasalahan bukan dengan polemik. Kebijaksanaan tidak di ukur pada kepetahan dan kepandaian lidah seperti kata pepatah 'Lembut Gusi dari Lidah'. Kebijaksanaan di ukur kepada ketajaman pemikiran yang bukan di ukur kepada kepetahan lidah bertutur.

'Lidah Tak Bertulang' menjadi alat untuk tunjuk kehebatan dalam kepetahan lisan di atas pentas debat dan di dalam majlis dialog. Dan bukan untuk menegakkan kebenaran. Itu adalah amalan pada hari ini. Sebab itu kita melihat semua polemik pada hari ini timbul dan berbangkit dari kepetahan lidah politikus dan puak agamawan yang mencari populariti.Untuk apa tunjuk handal bersilat lidah yang akhirnya membawa padah kepada ummah?

Sedangkan ada banyak lagi jalan lain yang lebih afdal serta bijaksana untuk menyelesaikan permasalahan isu kalimah Allah dan Syiah; tanpa melalui jalan dialog yang bakal mencetuskan rasa permusuhan. Majlis dialog hanya menguntungkan pendebat. Tapi merugikan pendengar. Masalah tak setel juga. Kita mahukan kurang bercakap tapi banyakkan tindakan. 

Isnin, 19 Ogos 2013

Persepsi RASUAH dan KEMERDEKAAN Dari RASUAH.




MALAYSIAKU BERDAULAT, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU, tema kemerdekaan pada tahun ini. Sejak 1hb ogos sehingga sekarang, tak ramai para bloger dan pengamal media sosial menulis mengenai sambutan kemerdekaan negara. Sejarah negara perlu di tulis berulangkali dan perlu diceritakan sepanjang masa. Inilah masa yang terbaik untuk menceritakan kisah kemerdekaan negara yang sering diperlekehkan oleh puak DAP PKR PAS terutama oleh puak sosialis dan anti UMNO. 

Kisah pembangunan dan transformasi negara sejak 56 tahun lalu perlu diceritakan untuk tatapan anak-anak muda yang lahir selepas merdeka. Kisah bagaimana, anak-anak penoreh getah, anak-anak orang kampung mampu menjadi golongan profesional, pemimpin negara dan tokoh-tokoh terkemuka perlu diceritakan dari masa ke semasa. Malah halatuju kemerdekaan negara juga perlu diceritakan. 

Orang-orang Melayu wajib membebaskan diri mereka dari persepsi buruk 'Kuat Makan Rasuah'. Kerana rasuah bukan budaya orang Melayu. Ianya Budaya Asing yang di bawa masuk oleh kaum lain. Melayu wajib menjauhkan diri dari amalan rasuah. Membenci rasuah sama seperti menjauhi diri dari najis berat khinzir dan anjing. Kakitangan Melayu dalam perkhidmatan awam dan dalam politik wajib membuat laporan polis terhadap mana-mana individu yang membuat tawaran 'rasuah' kepada mereka. 

Tauke-tauke Cina dan Ketua Persatuan mereka perlulah berhenti menawarkan pelbagai jenis 'rasuah' kepada kakitangan awam. Mereka wajib mengakui bahawa mereka adalah penyumbang terbesar dalam masalah gejala rasuah di negara ini. Tidak keterlaluan dikatakan, mana-mana kakitangan awam yang enggan menerima rasuah daripada mereka, dianiayai dan dizalimi oleh mereka dengan menggunakan kabel-kabel tertentu.  

Gejala rasuah memang boleh dihindari dan dihapuskan samasekali bila ada komitmen bersungguh-sungguh dari semua pihak, baik dari kelompok politik dan swasta. Seeloknya, sempena bulan kemerdekaan ini, kita tanamkan semangat dan azam untuk Bebas Merdeka Dari Amalan Rasuah.

Ahad, 18 Ogos 2013

Berakhirlah Gelaran Tunggul Perdana Kepada Najib Kerana Beliau Telah Menemui Kembali Dirinya.


Majlis Rumah Terbuka Tun Dr M pada hari ini adalah sejarah penting di dalam negara. Apabila DS Najib menemui kembali 'Semangat Daulat Raja' dalam tubuh badannya, maka berakhirlah gelaran Tunggul Perdana kepada beliau. Ambe bersyukur ke hadrat Allah Ta'ala kerana gagalnya usaha puak BU-DU dan politikus tertentu (Guntingan-Anwarista) yang mahu wujudkan Kerajaan Perpaduan di antara Anwar-Najib. 

Segala cacamarba yang timbul dan berbangkit mengenai 'cerita-cerita fiksyen' penjelasan mengenai pertemuan itu dan ini berkaitan Kerajaan Perpaduan Anwar-Najib sudah tamat. Ianya memang bukan ide Najib pun. Ianya adalah ide puak-puak BU-DU dan politikus Guntingan Anwarista. Kini, DS Najib sudah menemui kembali Daulat Raja nya. Sedar siapa dirinya. Itu sahaja yang ambe inginkan. Ambe tak peduli apa oranglain nak buat teori dan hipotesis. 

Disinilah membuktikan kepada Najib bahawa tanpa 'Wang Sebagai Raja' tapi menjadi dirinya sendiri yang mengambil iktibar kisah Karaeng Aji, moyangnya, beliau mampu menjadi seorang Perdana Menteri yang disegani dan dihormati kawan dan lawan. Beliau kini bukan lagi Tunggul Perdana yang boleh diperalatkan oleh sesiapa pun terutama puak BU-DU dan politikus Guntingan Anwarista. 

Demikian itu, DS Najib sudah membuktikan dirinya adalah layak menjadi Presiden UMNO. Sekarang terpulang kepada akar-umbi UMNO untuk menyahkan semua politikus BU-DU dan Politikus Guntingan Anwarista di dalam UMNO di PAU nanti. Ingat PRU 14 adalah matlamat anda semua. 



Sabtu, 17 Ogos 2013

Kenapa Laman Grup Ini Masih Bebas Menghasut dan Menghina Islam di Fesbuk?


Sebagai bukti grup ini benar-benar wujud, sila klik di sini . Kenyataan A Bodoh Lah Bodoh Wi semasa menjadi Tunggul Perdana dulu, di petik dan dijadikan bahan untuk menyakinkan mereka yang ingin murtad agar murtad sahaja. Bermakna, selepas kenyataan tersebut di buat, A Bodoh Lah Bodoh Wi menanggung semua dosa-dosa para murtad sejak itu sampailah kiamat. 

Ambe meminta agar pihak berkuasa melakukan sesuatu ke atas grup berkenaan. Dan kepada A Bodoh Lah Bodoh Wi, ambe berharap anda perlu segara bertaubat dan mengeluarkan kenyataan 'Mohon Maaf' kepada semua umat Islam di Malaysia kerana 'Tersasul Lidah' mengeluarkan kenyataan yang di kemudian hari disalahgunakan oleh pihak yang tak bertanggunjawab seperti sekarang. Ini satu lagi bukti, kenapa KJ dan puak BU-DU Politikusnya tak perlu di sokong lagi di dalam UMNO. 

Rabu, 14 Ogos 2013

Khas Untuk Melayu Daripada Melayu Kepada Melayu KEMPEN PAKAI SONGKOK 31 HB OGOS 2013.


Khas Untuk Melayu daripada Melayu Kepada Melayu, Kempen Pakai Songkok sempena Tayangan TANDA PUTERA pada 31hb Ogos 2013. 
Kami bersama 15 page lain melancarkan 'Kempen Pakai Songkok' untuk hari penayangan Tanda Putera pada 31 Ogos 2013, Sabtu ini di Pawagam Kuala Lumpur. Lokasi Shopping Mall akan diupdate kemudian kerana kami masih berurusan dengan Pengurus Pawagam untuk mendapatkan tempat seat yang paling banyak/luas supaya kita semua mudah berkumpul dan yang paling penting kita dapat tayangan masa yang cantik/fixed supaya mudah anda semua book online/membeli tiket awal untuk 31 Ogos 2013 ini (tiket wayang tajaan sendiri). 
Anda semua diminta berkumpul 30 minit sebelum tayangan bermula di pekarangan wayang/tempat menunggu wayang supaya kita dapat mengenal antara satu sama lain dan dapat kita bertegur sapa.Jadi pada hari penayangan nanti, kita semua akan berlegar-legar dengan memakai songkok di tempat menunggu wayang, baik yang sedang membeli tiket memakai songkok, membeli makanan wayang memakai songkok, sedang menunggu di perkarangan memakai songkok. Dan kita akan tangkap gambar bersama-sama sebelum/selepas wayang untuk kita postkan di FB nanti. Jadi mulai hari ini semua bersiap sedia untuk book online/beli tiket awal yang akan kami umumkan Lokasi Shopping Mall dan masa penayangan dalam masa terdekat. 
Jika anda malu untuk memakai songkok dari rumah pada 31 Ogos 2013, tidak mengapa kerana anda boleh simpan dahulu di beg silang dan pakai sahaja apabila anda sampai di tempat Pawagam Kuala Lumpur yang akan kami umum dalam masa terdekat ini.
Kami juga memohon pada anda yang tinggal di negeri lain, jika tidak keberatan dan mampu, silalah datang ke Pawagam Kuala Lumpur yang akan kami update nanti. Kepada yang tidak dapat turut serta ke Pawagam Kuala Lumpur, jika anda berani untuk pakai songkok pada 31 Ogos 2013 ini di negeri anda, anda boleh turut serta untuk memakainya di Pawagam berdekatan kawasan anda. 
Cuma kami bersetuju memilih di Pawagam Kuala Lumpur kerana ia mudah sebagai pusat perjumpaan.Tarikh: 31 Ogos 2013, SabtuTempat: Pawagam Kuala Lumpur
Masa: Slot tengah hari - petang***Berkumpul 30 minit di pekarangan wayang/tempat menunggu wayang sebelum bermula masa tayangan***Sentiasa bersedia untuk membuat membuat tempahan awal seat wayang selepas kami umumkan lokasi tempat dan masa.
Tujuan kita beramai-ramai memakai Songkok adalah untuk memperingati jasa jasa Askar dan Pejuang Melayu yang telah mempertahankan Tanah Melayu ini, sesuai dengan pemilihan tarikh 31 Ogos 2013 sebagai Hari Kemerdekaan Tanah Melayu. 
Walaupun tarikh pertama penayangan adalah 28 Ogos 2013, tetapi 28 Ogos 2013 dilihat kurang sesuai kerana ianya hari bekerja. Kami pasti dengan pengumpulan orang Melayu kali ini, pasti akan ada pihak disana yang tidak suka kita berkumpul memakai Songkok dan mereka pasti akan panas dengan tindakan kita untuk bersatu ini. 
Antara Page yang membuat kerjasama usaha ini adalah:
1. Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad
2. Boikot Barangan Cina DAP
3. Anti Pakatan Rakyat
4. ANTI Semua Salah UMNO - ASSU
5. Anti Bersih
6. Kami Sokong DAP Diharamkan Seumur Hidup
7. Kuasa Pembeli & Pengguna Melayu Islam - KPPMi
8. Media PJ Selatan 
9. Melayu Islam Bersatu Boikot DAP & Kroni
10. Kami Sokong Buletin Utama TV3
11. Persatuan Mukabuku Pulau Pinang 
12. Gerakan Memperkasa Ekonomi Melayu - GAMEM
13. Analisi Politik Terkini
14. Ini Kali Lah Gabung
15. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Idola Kami 
CLICK SHARE untuk menjayakan kempen ini!
CLICK SHARE untuk menjayakan kempen ini!
CLICK SHARE untuk menjayakan kempen ini!
Jangan lupa untuk membaca pendedahan daripada blog THE UNSPINNERS mengenai sejarah hidup dan siapa sebenarnya OMAR ONG dari ETHOS & CO yang banyak merosakkan Agenda Melayu. 

Blog DARUL EHSAN TODAY melaporkan kejayaan kempen BUY CHINESE LAST, di mana rangkaian kedia emas Poh Kong sudah merasai peritnya.

Jangan lupa untuk melancaukan Ketua Pemuda MCA dan Presiden MCA yang nampaknya sudah tak mesra BN. MCA perlukan pemimpin yang lebih baik daripada Ketua Pemuda MCA dan Soi Lek. 


Kita masih menunggu sikap dan tindakan Pak Lah dan menantunya punya geng agar memadamkan api dendamnya kepada Tun Dr Mahathir. 

Selasa, 13 Ogos 2013

150,000 Ahli UMNO Lebih Digeruni dan DiTakuti Oleh Kepimpinan DAP-PKR-PAS Berbanding Pemimpin UMNO.

Pak Lah sudah mengeluarkan siaran medianya mengenai polemik Buku Pak Lah. Dalam seratus perkataan di dalam siaran medianya hanya tiga perkataan yang boleh dipercayai, yakni Abdullah Ahmad Badawi. Selebihnya adalah cerita fiksyen semata-mata. Ahli UMNO , orang UMNO dan Penjaga UMNO tak mudah terpedaya dan tertipu muslihat zaman Jurasik. Namun begitu, kita memberikan Pak Lah 'Manafaat Keraguan'. Kita amat memahami Dilema Pak Lah & Menantu. Kerana, tanpa 'kebaikan' Menantu Pak Lah, pada hari ini kita tak mampu menjadi MELAYU semula. 

Bukan rahsia lagi bahawa perlumbaan kuasa dalam politik mengundang 'Strange Bed Fellow'. Ambe tak terkejut jika ada kerjasama di antara menantu Pak Lah dengan puak-puak dan jejuak DAP-PKR-PAS untuk mengekalkan gelaran 'Menantu Tersayang Pak Lah'. Kita kena faham, kebajikan cucu dan anak perempuan Pak Lah berada dalam 'tanggungjawab' menantunya. Mana ada seorang bapa mahu melihat cucu-cucunya dan anak perempuannya hidup terkontang-kanting tanpa masadepan yang cerah. Tanyalah kepada Kit Siang, Karpal Singh, Hj Hadi, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim sendiri. Keluarga perlu diutamakan berbanding rakyat jelata. Kerana yang bakal menangis di kuburan nanti adalah ahli keluarga dan bukan rakyat jelata. 

DAP PKR PAS hanya mampu melaga-lagakan dan memperbesarkan pertelingkahan di antara pemimpin UMNO tapi takkan mampu mengugat kesetiaan ahli UMNO. Itulah yang menjadi mimpi ngeri kepimpinan DAP PKR PAS selama ini. Pemikiran dan keberanian ahli UMNO sukar di ramal oleh sesiapa pun jua. Dan sukar dipengaruhi dengan wang ringgit. Ahli UMNO lebih fokus dan lebih matang dalam berpolitik berbanding mana-mana pemimpin UMNO. Dan ahli UMNO tidak teragak-agak melakukan tindakan drastik tanpa perlu dipengaruhi dan terpengaruh dengan mana-mana dakyah dan fitnah DAP PKR PAS. 

Ahli UMNO lebih berani mengambil risiko berbanding ahli-ahli butahati dan butaperot DAP PKR PAS. Hanya ahli UMNO yang berani melakukan Undi Protes dan kemudian berani merampas semula wilayah yang di tawan. Ahli UMNO tak sebodoh dan sedungu ahli DAP PKR PAS dalam menyatakan keberanian mereka. Kerana itulah mereka amat digeruni dan ditakuti oleh kepimpinan DAP PKR PAS. Keberanian itulah mampu menjadi aspirasi dan membangkitkan semangat 'Lawan Tokeh' di kalangan ahli DAP PKR PAS terhadap kepimpinan diktaktor DAP PKR PAS.

Malah puak BU-DU di dalam UMNO turut merasa gerun dan takutkan keberanian ahli UMNO. Insya Allahu Ta'ala pada satu masa nanti, puak BU-DU akan jatuh tersungkur dan tersembam bersujud di kaki ahli UMNO yang lebih jujur dan bersetia kepada wadah Alif Baa Taa berbanding puak BU-DU. Ambe yakin dan mempunyai keyakinan penuh kepada komitmen dan kesetiaan 150,000 ahli UMNO yang bakal menentukan untung nasib pucuk pimpinan UMNO, puak BU-DU, Penunggu Tunggul Kayu, Pawang dan Bomoh Polong.

Ambe meramalkan bahwa 150,000 orang ahli UMNO bakal menjadi aspirasi dan inspirasi kepada ahli-ahli DAP PKR PAS agar bangkit dan mula membantah kepincangan dan kecurangan kepimpinan DAP PKR PAS. Sebarang 'Buku Pak Lah' atau apajua buku pun takkan mampu mempengaruhi keputusan nekad dan tekad 150,0000 orang ahli UMNO nanti. Mereka lebih matang dan waras serta amat berani mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam berbanding mana-mana kepimpinan yang bertunjangkan kepada kumpulan pembodek, pengampu, kaki perempuan, kaki botol, mata duitan dan puak BU-DU. Awas semua! Satu Transformasi bakal meletus yang mengegarkan pentas politik Malaysia yang mengakibatkan jatuhnya kepimpinan DAP PRK PAS di seluruh negara !

Isnin, 12 Ogos 2013

Sekolah Vernakular Lubuk Duit Lembaga Pemegang Amanah Sekolah Berkenaan.

Tiada masalah yang tak boleh selesai. Kecuali masalah nak hidup balik selepas mati. Itu memanglah masalah yang tak boleh nak setel. Tapi kalau setakat masalah sekolah vernakular, itu enteng pak. Cuma, bila pendekatan salah maka akan mengundang malang yang tak berbau. So, bagaimana nak setel permasalahan sekolah vernakular? 

Kita seringkali mendengar hujah-hujah bahawa sekolah vernakular adalah hak yang di jamin di dalam Perlembagaan. Setahu ambe, yang di jamin dalam Perlembagaan ialah hak pendidikan dan bukan sekolah vernakular. Jika ada pun, hak berkenaan bukan hak mutlak tapi bersifat sementara. Apa isu sebenar yang menghalang sekolah vernakular dimansuhkan? 

Isu sebenarnya ialah 'Miss Soru' lah. Soal duit. Soal hilang punca pendapatan. Bukan soal nak pelihara dan memastikan budak-budak Cina dan India dapat belajar bahasa Tamil dan Mandarin pun. Depa pun tahu, apa gunanya dan faedahnya mengekalkan bahasa ibunda mereka di Malaysia. Depa pun tahu, kalau depa tak tahu bahasa Mandarin dan Tamil pun , depa tetap orang Cina dan India sampai mati. Mana-mana perundangan dalam dunia ini pun takkan mampu mengubah sifat dan menafikan hak keturunan bangsa mereka. 

Sekolah vernakular bukan di taja oleh kerajaan, kerana Perlembagaan pun tak beri izin kerajaan taja sekolah vernakular, pandai-pandai koranglah nak urus dan cari duit sendiri. Badan yang menguruskan sekolah vernakular ialah Lembaga Pemegang Amanah atau dalam istilah omputih 'The Board Of Trustees'. Lembaga Pemegang Amanah ini pula ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah. Bila anda melihat peruntukan-peruntukan dalam Akta Pemegang Amanah, anda mampu mengetahui betapa besar kuasa duit dan pengaruhnya ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah dalam komuniti mereka.

Lembaga Pemegang Amanahlah yang bertanggungjawab mengutip derma dan mencari dana untuk sekolah-sekolah vernakular di bawah mereka. Mereka jugalah yang bertanggungjawab dalam hal ehwal menentukan jumlah yuran ke atas murid-murid. Segala kontrak dan perbelanjaan sekolah berkenaan semuanya diuruskan oleh Lembaga Pemegang Amanah. Malah ada sekolah-sekolah vernakular mempunyai dana tetap tahunan serta mendapat bayaran anuiti daripada pewasiatan. Lumayan beb !

Wang-wang derma dan anuiti yang diterima oleh Lembaga Pemegang Amanah, akan dilaburkan dalam pelbagai jenis bisnes pula. Keuntungan daripada bisnes berkenaan akan disalurkan semula kepada sekolah-sekolah vernakular berkenaan. Jadi, ada bisnes-bisnes bergantung talian hayat hidup dengan kewujudan sekolah-sekolah vernakular ini. 

Bermakna, hilang sekolah vernakular maka hilanglah punca pendapatan. Terjejaslah pelaburan. Ranaplah bisnes. Hilanglah juga status-quo di dalam komuniti. Cacmarbalah segala rangkaian bisnes dan pelaburan. Berlakulah gangguan kepada perjalanan perlaksanaan wasiat-wasiat. Bagi Cina, wang dan duit adalah Tuhan mereka. Bila dipisahkan mereka dengan Tuhan mereka, sudah tentulah mereka akan menentang habis-habisan. 

Itu belum lagi nak stori pasal penglibatan kumpulan kongsi gelap dalam menyumbang dana kepada sekolah-sekolah vernakular. Ya la, di mana lagi kumpulan kongsi gelap nak 'bersih' kan wang haram mereka? Kecuali menyumbang ke sekolah-sekolah vernakular. Sudah tentulah ada habuan dan negosiasi berlaku di antara mereka dengan politikus pulak. Ini semua soal status-quo duit dan kuasa dalam komuniti. 

Namun begitu, keadaan tersebut tidak boleh dibiarkan berlanjutan. Ini kerana sekolah-sekolah vernakular mengujudkan persaingan kuasa dan ekonomi yang membawa kepada polarisasi kaum yang tak berkesudahan. Apakah kaedah dan cara terbaik? Ada ke kaedah dan cara penyelesaian yang memuaskan hati semua pihak? Tapi adakah alasan itu bermakna tiada penyelesaian? Nak cari penyelesaian sifar-masalah, mana ada beb ! Tetap ada masalah. Cuma, bagaimana hendak mengawal agar ianya tidak menimbulkan kekecohan di luar kawalan?

Memang ada kaedah dan penyelesaian yang mengikut dasar menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus dan tepung tak berselerak. Tapi, ya lah takkan ambe nak tulis di sini kan? Kalau bisik-bisik kat telinga itu bolehlah. Artikel ini hanya memberikan maklumat mengenai punca sebenar kenapa liat sangat puak sinun nak serahkan sekolah vernakular kepada kerajaan. Tapi mustahillah tak boleh membaca apa yang tersirat. 


TPPA , MAK KATA OMPUTIH, ORANG JEPUN, ORANG LATIN AMERIKA DAN AMERIKA NAK BELI BU-DU & CENCALOK.

Agaknya begitulah jawapan seorang ibu kepada seorang anak yang kecil yang bertanya mengenai TPPA. Agaknya lah. Apa isu sebenarnya? Antara kandungan yang dikatakan amat kontroversi dalam TPPA (dalam proses rundingcara) ialah:-

  1. Pelabur boleh menyaman kerajaan;
  2. Pelabur boleh membida kontrak kerajaan samada bernilai besar atau kecil;
  3. Lanjutan temph perlindungan hakcipta bagi produk kesihatan;
  4. Pembatalan dasar perlindungan.
  5. Hak korporat diutamakan dan hak kepenggunaan terabai.
Menurut MTEM, ini akan mengakibatkan kepentingan Bumiputera terjejas teruk. Malah kekuatan GLC selain Petronas juga akan terjejas. Kerana GLC yang ada tidak begitu kompetitif dan dalam keadaan lemah untuk menembusi pasaran antarabangsa. 

Waima, kontraktor bumiputera boleh membida kontrak-kontrak kerajaan Amerika, Jepun, Latin Amerika dan Eropah, namun mereka mempunyai syarat yang ketat dan nilai matawang mereka lebih tinggi berbanding ringgit. Kecuali, kerajaan mereka sanggup menerima budu, cencalok, tempoyak dan kerabu sebagai tukaran baru.

TPPA dikatakan membawa impak negatif kepada kemakmuran ekonomi Bumiputera yang terkait dengan soal kunci keamanan negara. Hujahnya ialah, Bumiputera merupakan kunci keamanan negara. Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pernah memberi keyakinan bahawa kerajaan hanya akan menandatangani persetujuan menyertai TPPA jika kepentingan bumiputera dapat dilindungi.

Terus teranglah ambe nak bertanya kepada semua pembaca, adakah kita memerlukan TPPA atau peneraju TPPA memerlukan kekayaan dan sumber asli negara kita? Pada hemat ambe, kita memerlukan pasaran Indonesia, China, India, Afrika, Latin Amerika, Mediterranean dan Timur Tengah. Tapi pada masa yang sama kita tidak memerlukan pelabur asing untuk masuk bikin kacau pasaran kita pula.

Isu TPPA memang menarik untuk diperbincangkan. Persoalannya, adakah syarikat multinasional yang datang melabur ke negara ini melalui pintu masuk TPPA akan memperkayakan negara dan rakyat atau berlaku sebaliknya?


Ambe malas nak bertanya kepada sekelian tunggul kayu, maklumlah mereka kan tunggul kayu mana reti nak mendengar keluhan dan rintihan rakyat kebanyakan pun, NO MONEY NO TALK LA .. kata BU-DU.

Ahad, 11 Ogos 2013

Wajarkah Pengerusi SPR Bentang Usul Ubah Sistem Pilihanraya?

Utusan Malaysia melapurkan , Pengerusi SPR akan membentangkan cadangan mengubah sistem Pilihanraya. Usul itu akan dimaklumkan kepada semua parti politik. Antara lain, Pengerusi SPR akan mencadangkan:-


  1. Sistem Campuran menggantikan Majoriti Mudah. Menggunakan sistem.lain yang yang menurut Pengerusi SPR adalah lebih telus dan adil. Memasukkan Undi Popular. 
  2. Persempadanan Semula.
  3. Satu badan lain mendaftar pemilih.
  4. Penglibatan badan asing dalam sistem pilihanraya. 


Ambe mempertikaikan apa yang sedang dilakukan oleh Pengerusi SPR. Adakah wajar beliau mengemukakan cadangan tersebut?

Adakah cadangan tersebut di buat demi kepentingan umum atau sekadar 'apolitical game' bagi memuaskan hati' political masters' dan' warlords' Malaysia yang kebanyakannya tidak patriotik lagi?

Kenapa Pengerusi SPR perlu tunduk kepada tekanan dan ugutan pihak pembangkang? Tidakkah cadangan tersebut bila dilaksanakan bermakna mengurangkan lagi kuasa-kuasa YDPA? Dan sekaligus mengurangkan Kuasa Undi kita dan mencabuli hak kita selaku pemilih berdaftar ? Adakah kita harus berdiam diri bila diperkotak-katikkan sesuka hati oleh parti-parti politik dan BERSIH?

Ambe yakin dan percaya, pembentangan cadangan tersebut lebih cenderung bermotifkan 'menyelamatkan diri'. Memandangkan timbulnya isu berkenaan kontrak pembekalan dakwat kekal yang dibangkitkan oleh Rapiji. 

Ambe juga yakin dan percaya, perbuatan itu adalah salah dan sepatutnya usul berkenaan di bawa kepada pemilih berdaftar untuk untuk menentukannya. Bukan diputuskan oleh 222 dan 576 tunggul-tunggul kayu. 

Ambe menyeru semua kumpulan pemilih berdaftar seramai 13.2 juta bangkit dan menyatakan pendirian mereka. Kita tak boleh membiarkan 222 dan 576 tunggul kayu merobek-robekkan hak kita selaku pemilih. Adalah wajar hak mengubah sistem.pilihanraya ditentukan oleh kita dan bukan oleh 222 dan 576 tunggul kayu. Ini hak kita dan bukan hak mereka yang kita pilih untuk menjadi tunggul kayu di Parlimen dan di DUN. Kita perlu segera lancarkan kempen untuk mempertahankan hak kita selaku pemilih berdaftar!

Adakah anda bersama ambe?