Ahad, 30 Jun 2013

Keungkalan Politikal DAP Sosialis-Pluralisma: Kit Siang Mencabar Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan.


Apa yang apek tua tu tulis ialah kaedah Noncooperation dan Intervention dalam salah satu 198 kaedah menumbangkan kerajaan demokrasi yang sah. Dalam siri gerak kerja Political Defiance DAP-PKR terhadap kerajaan BN yang merupakan sebuah kerajaan Islam yang mengamalkan demokrasi, amalan demokrasi hendak di bunuh oleh DAP-PKR dan menggantikannya dengan amalan anarki dan oligarki. Sebelum ini, Mohamad Razali telah mendedahkan Agenda Kristianisasi DAP. Dalam perbicaraan di mahkamah, Teresa Kok, mengakui enggan mengiktiraf agama Persekutuan ialah Islam. Sebelum daripada itu, Ketua Perhubungan Ahli Parlimen DAP, dalam satu smeinar di KLSCAH, mendesak dan mengugut PAS agar menerima sosialisma, liberalisma dan pluralisma untuk terus kekal dalam Pakatan Sosialis-Liberal-Plural.



Bukan KitSiang tak tahu undang-undang sebab beliau ialah seorang yang berlatarbelakangkan akademik dan lulusan jurusan undang-undang. Beliau sengaja membuka ruang dan pintu dalam kaedah 'EXPOSURE TO THE ELEMENTS'  agar puak Melayu sosialis-liberal-plural akan mempertahankan pula pendapat beliau.

Tengok alasan yang diberikan oleh KitSiang, 
  1. Konversi kanak-kanak bawah umur minoriti;
  2. Selaras dengan Perlembagaan;
  3. Institusi Kekeluargaan;
  4. Kebebasan Beragama;
  5. Keharmonian Nasional.
Mengikut Perlembagaan, hak mengenai agama bagi kanak-kanak di bawah umur lapanbelas tahun seperti berikut (agak anih kerana ianya diletakkan di bawah Perkara 12 berkenaan Hak Pendidikan):-


Perlembagaan sendiri memberikuasa kepada Kerajaan Persekutuan, melalui dan di atas kausa-kuasa Yang DiPertuan Agong selaku Ketua Utama Negara, mengubal dan membuat apa-apa undang-undang bagi memelihara dna melindungi orang Islam terhadap perkembangan agama lain. 

Banyak lagi hujah-hujah dari segi moral dan perundangan yang mantap untuk membantah hujah dan justifikasi yang diberikan oleh apek tua itu. Tapi dek terlalu banyak, secara umum, hujah apek tu boleh dipatahkan dengan hujah-hujah dan rasionalisasi berikut:-
  1. Agama Persekutuan ialah Islam. 
  2. Perlembagaan mengutamakan pemeliharaan dan perindungan kepada agama Islam. Tapi Kebebasan Beragama tertakluk kepada sebarang perundangan yang memelihara kesucian agama Islam yang perundangan sedemikian dibenarkan oleh Perlembagaan sendiri. 
  3. Kalau kanak-kanak itu sendiri hendak memeluk agama Islam, apakah hak ahli politik seperti apek Kit Siang hendak halang?
  4. Tak berlaku sebarang gugatan kepada institusi kekeluargaan bilamana tiada campurtangan dan hasutan daripada ahli politik seperti KitSiang.
  5. Keharmonian Nasional tak pernah terganggu dan tergugat kerana perundangan tetapi disebabkan oleh gerak kerja hasutan ahli politik seperti Kit Siang. 
Kenyataan KitSiang tersebut termasuk dalam kategori yang disebutkan oleh Perlembagaan seperti berikut:-



Ini kerana, kuasa-kuasa berkenaan pemutusan hak perlindungan agama Islam dan penganut agama Islam terletak kepada Kerajaan Persekutuan, yakni Yang Di Pertuan Agung selaku Ketua Utama Negara. Penafsiran semua perkara dalam Perlembagaan adalah terletak kepada Perlembagaan sendiri kecuali dimana dipertuntukan selain daripada itu. 

KitSiang sengaja enggan mematuhi dan mencabar serta campurtangan dalam kausa-kuasa yang bukan miliknya di bawah Perlembagaan. Inilah bahayanya apabila menyokong DAP -PKR semata-mata kerana benci kepada UMNO/BN akibat segelintir perbuatan pemimpin yang dikatakan bermoral buruk.Tapi bila dibandingkan dengan keburukan moral pemimpin DAP PKR; ternyata pemimpin UMNO/BN adalah yang terbaik dari pemimpin DAP-PKR yang lebih buruk moral dan lebih merbahaya kepada Perlembagaan dan rakyat Malaysia.

Bak kata Jenice Lee mengenai amalan anarki dan oligarki yang bertentangan dengan apa yang pemimpin DAP seperti uncle Kit Siang dok melalak siangmalam,


dan betul apa yang chegubard katakan mengenai pemimpin DAP PKR seperti berikut:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa