ISMA (ikatan Muslimin Malaysia) melabelkan tindakan Anwar Ibrahim rembat dana asing sebagai tindakan tak patriotik. Gesaan ISMA adalah susulan daripada wawancara Jusuf Kalla yang mendedahkan, Anwar Ibrahim menerima dana asing untuk himpunan 505. Petikan yang berkenaan, transkrip penuh MERDEKA ONLINE:-
ANTARAPOS, melapurkan :-HIMPUNAN BLACK OUT 505MO: Anwar kini sedang mengadakan himpunan Black Out 505 di seluruh negara sebagai bantahan ke atas keputusan Pilihanraya Umum baru-baru ini. Bagaimana bapak melihat perkara ini?JK: Pertama saya mahu beritahu bahawa saya mengetahui Anwar dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington, Filipina, dan mungkin juga di negara Thai dan China, itu kamu kena selidiki. Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina, dan sedikit-sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu. Mereka tidak boleh menyembunyikan diri mereka kerana mereka adalah rakan-rakan bisnes yang kita ketahui siapa mereka.Isunya untuk apa membuat himpunan tersebut jika ianya hanya memberi keuntungan kepada musuh-musuh Islam dan orang Melayu. Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengontrol (mengawal) parti DAP? Anwar terdiam dan Anwar tidak dapat memberi jawapan dengan jelas, ternyata Anwar punya masalah dan kepayahan untuk mengawal ahli-ahli parlimen dari parti lain.Makanya, saya sendiri berfikiran tindakan Anwar mengadakan himpunan Black Out 505 itu hanya sia-sia sahaja, melainkan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu musuh-musuh Islam.
Ketua Biro Politik ISMA, Aminuddin Yahaya berkata tindakan itu dilihat hanya untuk kepentingan peribadi semata-mata dan mengucar-kacirkan negara selepas tewas dalam pilihan raya umum ke-13 Mei lalu.
Beliau mahu Ketua Umum PKR itu memberi penjelasan berhubung dana asing yang diterima seperti yang didakwa bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.
“ISMA membantah perkara ini, mana-mana pihak sekalipun tidak boleh menerima bantuan asing. Jadi Dato’ Seri Anwar perlu jawab dakwaan ini.
Isu ini boleh diketengahkan di dalam sidang Parlimen yang sedang berlangsung. Ahli-ahli Parlimen BN perlu berani menanyakan soalan tersebut kepada Anwar Ibrahim. Tapi perlulah bersedia dengan pelbagai fakta dan pandai patah hujah Anwar Ibrahim. Isu itu amat serius. Kerana jika benar, Anwar Ibrahim, penganjur Himpunan Hitamlegam 505, DAP dan ramai lagi boleh di dakwa melancarkan Perang terhadap Yang Di-Pertuan Agong. Cuma Peguam Negara sanggup ke mendakwa Anwar Ibrahim ?
Berani ke Anwar saman Jusuf Kalla kerana mendedahkan Anwar menerima dana asing. Tentu lah dia tak berani kerana perkara ini memang benar. Sama lah juga ia tak berani saman WSJ, tak berani saman Datuk Nalla, tak berani saman Datuk Trio, tak berani saman Ummi Afilda dan tak berani saman TIBAI. Pecacai mane tahu nak pikir semua ni. Main angguk je ape kata Anwar.
BalasPadamSila baca ulasan saya berkenaan tajuk ini di dalam
BalasPadamhttp://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/07/pendedahan-bekas-naib-presiden.html