Selasa, 23 Oktober 2012

POLITIK KETEPI ! KITA MEMANG PATUT BALUN KARPAL SINGH, DAP & SOI LEK.


Hamba tak mahu Hipokrit.

Hamba sokong UMNO.

Hamba sokong BN 

Mana yang betul Hamba sokong

Mana yang tak betul Hamba kritik dan tegur

Mana yang melampau Hamba balun.

Masuk soal Melayu dan Agama Islam , politik Hamba TOLAK KETEPI.

Tak kisah mana pihak pun jika MELAMPAUI BATASAN DALAM AGAMA ISLAM dan SOAL HAK MELAYU, HAMBA BALUN !

Balun bukan bermakna Hamba tarik balik sokongan. 

Jadi kepada Karpal Singh, DAP, PAS dan SOI LEK SILA TUTUP MULUT PASAL AGAMA ISLAM DAN HAK MELAYU. 

Berikut luahan rasa hati rakan fesbuk Hamba:-

Aku jarang-jarang menulis sebab aku bukanlah penulis yang konsisten dan komited, aku cuma menulis apabila sesuatu yang terbuku dalam hati aku membengkak dan perlu aku letuskan....

MCA adalah sahabat dan saudara komponen dalam Barisan Nasional ini, semakin hari semaki biadap. Bagi aku, isu hudud dan Islam tidak lagi relevan dalam PRU13 sementelah PAS sendiri mengugurkan perjuangan negara Islam dan Hudud.... Kita akui bahawa dalam hati kecil segelintir umat PAS, masih ada sekelumit semangat untuk memperjuangkan hudud.... Begitu juga dalam hati kita - Orang UMNO.... Bezanya kita dengan PAS dalam isu hudud ini adalah orang PAS menyatakan secara terbuka, tetapi kita cuma menyatakan dalam hati. Beza pada tindakan tapi niat dan matlamat yang sama...

Tindakan Presiden MCA ini sama sahaja dengan DAP - tiada bezanya... Yang membezakan mereka adalah posisi mereka ; 1 dalam Barisan Nasional dan 1 lagi dalam Pakatan Rakyat... Persamaan mereka jelas, matlamat mereka sama, objektif mereka satu.... Bagi aku matlamat DAP dan MCA ni sama jer... Memecahkan undi Melayu Islam!

UMNO dan PAS meneruskan keegoaan masing-masing mempertahankan rakan sekutu mereka atas alasan yang sama cuma berbeza sebutan ;- satu menyebutnya Tahaluf Siyasi dan satu lagi menyebutnya strategi.... Usah nanti kita jadi menang sorak kampung tergadai.... Tahalul Siyasi menjadi Tahaluf Sia-Sia dan Strategi menjadi senjata makan tuan.

Strategi Hudud MCA tidak relevan sama sekali kerana PAS sudah mengugurkan perjuangan hudud secara rasmi.. Dan perlu kita lihat, tidak pernah berlaku dalam sejarah apabila orang cina mengibarkan bendera PAS di premis atau di Pilihanraya Kecil.... Ini bermakna penguguran Hudud PAS itu diterima baik oleh orang cina... Maka barangsiapa yang merasakan Strategi Hudud MCA itu satu strategi yang ampuh... Anda memang bodoh tahap bahalol!!!! Strategi MCA itu bukan sahaja mengusik hati orang PAS tapi menyentuh hati nurani kami; orang UMNO...

Persamaan perjuangan MCA dan DAP dalam isu hudud ini sebenarnya memecahkan undi melayu Islam menjadi lebih parah... Dalam PAS dan UMNO sendiri ada puak yang neutral ; yang menyokong hudud dan menolak fahaman anti-Islam MCA dan DAP.. Apa tujuannya?

Segelintir penyokong PAS yang gelisah dengan politik anti-islam DAP yang sebelum ini hampir menyokong UMNO telah mula muak dan mual dengan MCA.... Dan kini, penyokong UMNO yang benci dengan DAP mula membenci MCA.... Tetapi kebencian mereka itu secara umumnya bukan kepada DAP tapi kepada Pakatan Rakyat manakala kebencian kepada MCA itu menjadi kebencian kepada Barisan Nasional.....

Hari ini aku mempersoalkan secara terbuka peranan MCA dalam Barisan Nasional..... Selepas tamparan hebat pada Barisan Nasional, MCA kelihatan pada awalnya mengamalkan sikap "wait and see".. UMNO bertungkus-lumus memastikan sokongan rakyat pulih... Apabila semasa awal pentadbiran DS Najib, sokongan rakyat menurun dengan drastiknya, MCA seolah-olah kelihatan akan melompat keluar dari Barisan Nasional... tetapi apabila melihat sokongan rakyat kembali pulih, MCA pula mensabotaj sokongan itu dengan strategi anti-islamnya...

Bagi aku satu soalan sahaja kepada MCA... Jika DAP semakin mendapat sokongan orang cina.. sedangkan semakin ramai orang cina marhaein membenci Chua Soi Lek dengan kata-kata "kerja talak buat, cakap busuk saja"... Honestly, siapa-siapa yang biasa turun padang membuat tinjauan; anda akan tahu bahawa orang cina bukan membenci MCA tetapi Chua Soi Lek....!!!! Hanya orang Bodoh dan buta politik sahaja akan berkata "kalau orang cina benci Chua Soi Lek, mengapa dia menang jadi Presiden MCA"

Kita orang Melayu Islam, terutamanya dalam UMNO, tidak pernah mempertikaikan agama atau adat resam orang cina, mengapa MCA dan DAP secara terbuka menghentam Islam dan Melayu???? Untuk tujuan politik, kita boleh mempertikaikan sistem sekolah vernakular... tetapi boleh dikatakan kita tidak pernah menyentuh sensitiviti mereka dalam hal-hal sedemikian.... Kerana kita hormatkan mereka.... Respect is a two-way street, if you want to get it, you've got to give it. - R. G. Risch

MIC lebih kedepan dalam Kempen PRU13 - menumpukan pada isu-isu kemasyarakatan dan sosial.. Malahan sahabat siber seperti Ramesh Rao Krishnan Naidu, selalu kita nampak berkempen untuk Barisan Nasional.... Mungkin aku tak pernah jumpa facebooker dan Bloggers MCA.. Tapi aku nak tanya jugak.... Mana mereka?

Adakah perlu sampai kita berkempen menolak MCA dan DAP dalam PRU13 nanti?

BINASALAH PAKATAM SELURUHNYA !

NEGARA SEKULAR, KRISTIAN AGAMA RASMI & NEGARA KEBAJIKAN- BEBAL PAKATAM TAK SUDAH.

Karikatur Yang Menunjukkan Contoh Argementum Ad Hominem
Samalah Seperti Perdebatan Mengenai NEGARA SEKULAR,

Tiga isu ini kini bermain di minda Pakatam, tak syak lagi. Nak kupas isu ini? Tak perlu kupasan pun. Kita terus sahaja pergi kepada MATLAMAT & OBJEKTIF PAKATAM kerana Pakatam menggunakan isu ini untuk mengelirukan minda rakyat sahaja dan bukan untuk mencari kebenaran. Bila minda rakyat bercelaru maka mudahlah bagi Pakatam memecahbelahkan undi rakyat. Bila undi rakyat terpecah maka tiada pihak yang mampu mengatakan mempunyai undi majoriti terbanyak daripada rakyat.

Dalam mana-mana perdebatan isu-isu polemik panas politik Pakatam lebih mementingkan KEMENANGAN daripada mengupas KEBENARAN OBJEKTIF walaupun Pakatam tahu mereka berada di pihak salah dan isu yang dibangkit hanya bersifat provokasi, fitnah mehnah, pembohongan dan subjektif polemik akademik.

Bila berlaku Parlimen dan DUN tergantung semakin mudahlah Pakatam untuk mengambil kesempatan dan ruang masa untuk mengisytiharkan kemenangan. Kerana Pakatam tahu jentera dan pemimpin BARISAN NASIONAL lambat bertindak dan tidak begitu siap sedia sepanjang masa. BARISAN NASIONAL tidak mempunyai PELAN KECEMASAN begitulah perkiraan PAKATAM. 

Kembali kepada tiga isu yang sedang Pakatam jual dan promosi kepada rakyat kini. Kit Siang tahu isu NEGARA SEKULAR berkait rapat dengan isu NEGARA ISLAM. Berkait rapat pula dengan isu ISLAM AGAMA RASMI PERSEKUTUAN. Berkait rapat pula dengan KEBEBASAN BERAGAMA dan berkait rapat pula dengan ISU MURTAD. Berkait rapat pula dengan kuasa-kuasa MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU dan ini menyentuh terus ke jantung STATUS MELAYU sebagai PRIBUMI ASAL.

Dalam satu isu yang dimainkan oleh Pakatam kesemuanya kait mengait dengan segala segala isu-isu sensitif dan menyentuh sensitiviti umat Islam serta mencabar status kedaulatan Perlembagaan, Agama Islam dan Majlis Raja-raja yang bakal menyentuh pula Artikel 153 HAK KEISTIMEWAAN MELAYU. 

Bila isu NEGARA SEKULAR menyentuh masuk ke dalam sfera perbahasan takrifan NEGARA ISLAM maka akan menyentuh mengenai isu HUDUD dan TAKFIR serta TAHALUF SIYASI. Melalui kontradiksi kenyataan Nazri Aziz dengan Tunku Abdul Rahman mengenai NEGARA SEKULAR  pakatam berharap mampu MENANG dalam perdebatan ISU HUDUD dan menjustifikasikan konsep NEGARA KEBAJIKAN sekaligus mengembalikan semula keyakinan pengundi Melayu Islam kepada PAS pada akhirnya. 

Atau paling tidak mengelirukan minda pemilih Melayu Islam supaya mereka keliru dan sangsi untuk memilih BARISAN NASIONAL.

Bermain dengan isu-isu polemik panas politik adalah senjata Pakatam untuk menimbulkan pelbagai jenis syak wasangka, kekeliruan dan konflik. Hanya melalui konflik Pakatam boleh memanjangkan jangka hayat politik mereka untuk KELIHATAN RELEVAN di mata rakyat. 

Kesimpulan mudah, kita jauhi PERDEBATAN ISU-ISU POLEMIK PANAS POLITIK kerana kita sudah tahu MATLAMAT PAKATAM hanya untuk MENANG DALAM PERDEBATAN ISU-ISU TERSEBUT dan  bukannya untuk KEPENTINGAN PEMBANGUNAN EKONOMI dan MEMBINA SEBUAH MASYARAKAT YANG TOLERAN...itu tiada dalam AGENDA PERDEBATAN ISU-ISU POLEMIK PANAS POLITIK yang diketengahkan oleh pakatam. 

Kepada para pemimpin BN pula mereka pula lebih peka dan memahirkan diri dengan SENI HUJAH SENTIASA BETUL dan menumpukan kepada ARTIKULASI IDEA BERNAS.

Kita tidak mahu lagi melihat mana-mana pemimpin BN terperangkap dan terjerat dalam perdebatan ARGUMENTUM AD HOMINEM dalam perdebatan ISU-ISU POLEMIK PANAS POLITIK pakatam seperti isu NEGARA SEKULAR. 

BINASALAH PAKATAM SELURUHNYA 

OK.. SATU LAGI PERHIMPUNAN PAKATAM RAKSAKSA NAK LAWAN OTORMEN BAKAL TIBA.


GRAND FINAL PR (PAKATAM RAKSAKSA) dengan empat warna utama:-
  • KUNING - untuk BERSIH pembohongan mengenai sistem pilihanraya sbb pakatam raksaksa tau akan kalah dalam PRU 13 dengan Otromen Max.

  • HIJAU   - Kempen pembohongan anti LYNA dan RAPID sebab pakatam raksaksa tahu mereka tak mampu membangunkan negara dan akan kalah dengan Otromen Nexus.

  • MERAH - Kempen pembohongan mengenai Royalti yang bukan menjadi milik PAS Kelantam kerana mereka tahu akan kalah dengan Otromen Tiga

  • OREN   - Kempen pembohongan mengenai FELDA dan FGVH kerana pakatam raksaksa tahu mereka akan kalah dengan Otormen Mebius.
Kepala Raksaksanya ialah Mat Syabu kerana beliaulah yang paling mudah diperkotak-katikan dan paling mudah menjadi bidak untuk dikorbankan. Nampaknya beliau pun rela untuk dikorbankan demi sebuah bau melekat. 

Jadual Perhimpunan Raksaksa tersebut di jangka dilakukan dalam masa terdekat dan Hamba jangkakan ianya kan berlaku pada waktu otromen-otromen berkumpul nanti. Jika tarikahnya di tukar maka masa yang paling sesuai ialah pada ramalan terjadinya kiamat dunia mengikut lagenda kalendar Maya.

Jentera BN perlu lebih tegas dalam berhadapan dengan ancaman baru ini.

Perlu lebih kreatif
Perlu lebih inovatif.
Perlu lebih bersedia.
Perlu lebih bergantung kepada kekuatan sendiri.
Perlu lebih peka

Perlu turun padang dengan segera dan melemahkan semua jentera dan propaganda Pakatam Raksaksa yang menggerakkannya.

Kita semua maklum tujuan Pakatam Raksaksa melakukan perhimpunan-perhimpunan seperti itu. 
Provokasi.
Vandalisma
Aksi lucah Melampau
Aksi Kerasokan hantu    
Merosakkan minda orang awam
Menggangu ketenteraman awam
Merugikan perniagaan 

Jadi Hamba seru kepada rakyat Malaysia lain agar biarkan Pakatam Raksaksa terkinja-kinja dan terluncat-luncat bersendirian sesama kita. Kita pula jangan turut serta kerana kita semua lebih cerdik daripada ketua raksaksa bernama Mat Syabu.