Selasa, 23 Oktober 2012

POLITIK KETEPI ! KITA MEMANG PATUT BALUN KARPAL SINGH, DAP & SOI LEK.


Hamba tak mahu Hipokrit.

Hamba sokong UMNO.

Hamba sokong BN 

Mana yang betul Hamba sokong

Mana yang tak betul Hamba kritik dan tegur

Mana yang melampau Hamba balun.

Masuk soal Melayu dan Agama Islam , politik Hamba TOLAK KETEPI.

Tak kisah mana pihak pun jika MELAMPAUI BATASAN DALAM AGAMA ISLAM dan SOAL HAK MELAYU, HAMBA BALUN !

Balun bukan bermakna Hamba tarik balik sokongan. 

Jadi kepada Karpal Singh, DAP, PAS dan SOI LEK SILA TUTUP MULUT PASAL AGAMA ISLAM DAN HAK MELAYU. 

Berikut luahan rasa hati rakan fesbuk Hamba:-

Aku jarang-jarang menulis sebab aku bukanlah penulis yang konsisten dan komited, aku cuma menulis apabila sesuatu yang terbuku dalam hati aku membengkak dan perlu aku letuskan....

MCA adalah sahabat dan saudara komponen dalam Barisan Nasional ini, semakin hari semaki biadap. Bagi aku, isu hudud dan Islam tidak lagi relevan dalam PRU13 sementelah PAS sendiri mengugurkan perjuangan negara Islam dan Hudud.... Kita akui bahawa dalam hati kecil segelintir umat PAS, masih ada sekelumit semangat untuk memperjuangkan hudud.... Begitu juga dalam hati kita - Orang UMNO.... Bezanya kita dengan PAS dalam isu hudud ini adalah orang PAS menyatakan secara terbuka, tetapi kita cuma menyatakan dalam hati. Beza pada tindakan tapi niat dan matlamat yang sama...

Tindakan Presiden MCA ini sama sahaja dengan DAP - tiada bezanya... Yang membezakan mereka adalah posisi mereka ; 1 dalam Barisan Nasional dan 1 lagi dalam Pakatan Rakyat... Persamaan mereka jelas, matlamat mereka sama, objektif mereka satu.... Bagi aku matlamat DAP dan MCA ni sama jer... Memecahkan undi Melayu Islam!

UMNO dan PAS meneruskan keegoaan masing-masing mempertahankan rakan sekutu mereka atas alasan yang sama cuma berbeza sebutan ;- satu menyebutnya Tahaluf Siyasi dan satu lagi menyebutnya strategi.... Usah nanti kita jadi menang sorak kampung tergadai.... Tahalul Siyasi menjadi Tahaluf Sia-Sia dan Strategi menjadi senjata makan tuan.

Strategi Hudud MCA tidak relevan sama sekali kerana PAS sudah mengugurkan perjuangan hudud secara rasmi.. Dan perlu kita lihat, tidak pernah berlaku dalam sejarah apabila orang cina mengibarkan bendera PAS di premis atau di Pilihanraya Kecil.... Ini bermakna penguguran Hudud PAS itu diterima baik oleh orang cina... Maka barangsiapa yang merasakan Strategi Hudud MCA itu satu strategi yang ampuh... Anda memang bodoh tahap bahalol!!!! Strategi MCA itu bukan sahaja mengusik hati orang PAS tapi menyentuh hati nurani kami; orang UMNO...

Persamaan perjuangan MCA dan DAP dalam isu hudud ini sebenarnya memecahkan undi melayu Islam menjadi lebih parah... Dalam PAS dan UMNO sendiri ada puak yang neutral ; yang menyokong hudud dan menolak fahaman anti-Islam MCA dan DAP.. Apa tujuannya?

Segelintir penyokong PAS yang gelisah dengan politik anti-islam DAP yang sebelum ini hampir menyokong UMNO telah mula muak dan mual dengan MCA.... Dan kini, penyokong UMNO yang benci dengan DAP mula membenci MCA.... Tetapi kebencian mereka itu secara umumnya bukan kepada DAP tapi kepada Pakatan Rakyat manakala kebencian kepada MCA itu menjadi kebencian kepada Barisan Nasional.....

Hari ini aku mempersoalkan secara terbuka peranan MCA dalam Barisan Nasional..... Selepas tamparan hebat pada Barisan Nasional, MCA kelihatan pada awalnya mengamalkan sikap "wait and see".. UMNO bertungkus-lumus memastikan sokongan rakyat pulih... Apabila semasa awal pentadbiran DS Najib, sokongan rakyat menurun dengan drastiknya, MCA seolah-olah kelihatan akan melompat keluar dari Barisan Nasional... tetapi apabila melihat sokongan rakyat kembali pulih, MCA pula mensabotaj sokongan itu dengan strategi anti-islamnya...

Bagi aku satu soalan sahaja kepada MCA... Jika DAP semakin mendapat sokongan orang cina.. sedangkan semakin ramai orang cina marhaein membenci Chua Soi Lek dengan kata-kata "kerja talak buat, cakap busuk saja"... Honestly, siapa-siapa yang biasa turun padang membuat tinjauan; anda akan tahu bahawa orang cina bukan membenci MCA tetapi Chua Soi Lek....!!!! Hanya orang Bodoh dan buta politik sahaja akan berkata "kalau orang cina benci Chua Soi Lek, mengapa dia menang jadi Presiden MCA"

Kita orang Melayu Islam, terutamanya dalam UMNO, tidak pernah mempertikaikan agama atau adat resam orang cina, mengapa MCA dan DAP secara terbuka menghentam Islam dan Melayu???? Untuk tujuan politik, kita boleh mempertikaikan sistem sekolah vernakular... tetapi boleh dikatakan kita tidak pernah menyentuh sensitiviti mereka dalam hal-hal sedemikian.... Kerana kita hormatkan mereka.... Respect is a two-way street, if you want to get it, you've got to give it. - R. G. Risch

MIC lebih kedepan dalam Kempen PRU13 - menumpukan pada isu-isu kemasyarakatan dan sosial.. Malahan sahabat siber seperti Ramesh Rao Krishnan Naidu, selalu kita nampak berkempen untuk Barisan Nasional.... Mungkin aku tak pernah jumpa facebooker dan Bloggers MCA.. Tapi aku nak tanya jugak.... Mana mereka?

Adakah perlu sampai kita berkempen menolak MCA dan DAP dalam PRU13 nanti?

BINASALAH PAKATAM SELURUHNYA !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa