Selasa, 23 Oktober 2012

NEGARA SEKULAR, KRISTIAN AGAMA RASMI & NEGARA KEBAJIKAN- BEBAL PAKATAM TAK SUDAH.

Karikatur Yang Menunjukkan Contoh Argementum Ad Hominem
Samalah Seperti Perdebatan Mengenai NEGARA SEKULAR,

Tiga isu ini kini bermain di minda Pakatam, tak syak lagi. Nak kupas isu ini? Tak perlu kupasan pun. Kita terus sahaja pergi kepada MATLAMAT & OBJEKTIF PAKATAM kerana Pakatam menggunakan isu ini untuk mengelirukan minda rakyat sahaja dan bukan untuk mencari kebenaran. Bila minda rakyat bercelaru maka mudahlah bagi Pakatam memecahbelahkan undi rakyat. Bila undi rakyat terpecah maka tiada pihak yang mampu mengatakan mempunyai undi majoriti terbanyak daripada rakyat.

Dalam mana-mana perdebatan isu-isu polemik panas politik Pakatam lebih mementingkan KEMENANGAN daripada mengupas KEBENARAN OBJEKTIF walaupun Pakatam tahu mereka berada di pihak salah dan isu yang dibangkit hanya bersifat provokasi, fitnah mehnah, pembohongan dan subjektif polemik akademik.

Bila berlaku Parlimen dan DUN tergantung semakin mudahlah Pakatam untuk mengambil kesempatan dan ruang masa untuk mengisytiharkan kemenangan. Kerana Pakatam tahu jentera dan pemimpin BARISAN NASIONAL lambat bertindak dan tidak begitu siap sedia sepanjang masa. BARISAN NASIONAL tidak mempunyai PELAN KECEMASAN begitulah perkiraan PAKATAM. 

Kembali kepada tiga isu yang sedang Pakatam jual dan promosi kepada rakyat kini. Kit Siang tahu isu NEGARA SEKULAR berkait rapat dengan isu NEGARA ISLAM. Berkait rapat pula dengan isu ISLAM AGAMA RASMI PERSEKUTUAN. Berkait rapat pula dengan KEBEBASAN BERAGAMA dan berkait rapat pula dengan ISU MURTAD. Berkait rapat pula dengan kuasa-kuasa MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU dan ini menyentuh terus ke jantung STATUS MELAYU sebagai PRIBUMI ASAL.

Dalam satu isu yang dimainkan oleh Pakatam kesemuanya kait mengait dengan segala segala isu-isu sensitif dan menyentuh sensitiviti umat Islam serta mencabar status kedaulatan Perlembagaan, Agama Islam dan Majlis Raja-raja yang bakal menyentuh pula Artikel 153 HAK KEISTIMEWAAN MELAYU. 

Bila isu NEGARA SEKULAR menyentuh masuk ke dalam sfera perbahasan takrifan NEGARA ISLAM maka akan menyentuh mengenai isu HUDUD dan TAKFIR serta TAHALUF SIYASI. Melalui kontradiksi kenyataan Nazri Aziz dengan Tunku Abdul Rahman mengenai NEGARA SEKULAR  pakatam berharap mampu MENANG dalam perdebatan ISU HUDUD dan menjustifikasikan konsep NEGARA KEBAJIKAN sekaligus mengembalikan semula keyakinan pengundi Melayu Islam kepada PAS pada akhirnya. 

Atau paling tidak mengelirukan minda pemilih Melayu Islam supaya mereka keliru dan sangsi untuk memilih BARISAN NASIONAL.

Bermain dengan isu-isu polemik panas politik adalah senjata Pakatam untuk menimbulkan pelbagai jenis syak wasangka, kekeliruan dan konflik. Hanya melalui konflik Pakatam boleh memanjangkan jangka hayat politik mereka untuk KELIHATAN RELEVAN di mata rakyat. 

Kesimpulan mudah, kita jauhi PERDEBATAN ISU-ISU POLEMIK PANAS POLITIK kerana kita sudah tahu MATLAMAT PAKATAM hanya untuk MENANG DALAM PERDEBATAN ISU-ISU TERSEBUT dan  bukannya untuk KEPENTINGAN PEMBANGUNAN EKONOMI dan MEMBINA SEBUAH MASYARAKAT YANG TOLERAN...itu tiada dalam AGENDA PERDEBATAN ISU-ISU POLEMIK PANAS POLITIK yang diketengahkan oleh pakatam. 

Kepada para pemimpin BN pula mereka pula lebih peka dan memahirkan diri dengan SENI HUJAH SENTIASA BETUL dan menumpukan kepada ARTIKULASI IDEA BERNAS.

Kita tidak mahu lagi melihat mana-mana pemimpin BN terperangkap dan terjerat dalam perdebatan ARGUMENTUM AD HOMINEM dalam perdebatan ISU-ISU POLEMIK PANAS POLITIK pakatam seperti isu NEGARA SEKULAR. 

BINASALAH PAKATAM SELURUHNYA 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa