Ahad, 21 Oktober 2012

ARTIKEL TERBAIK MENGENAI HUKUMAN MATI SUPA KEJAM.

LING CHI NAMA HUKUMAN MATI SUPA KEJAM YANG PERNAH DILAKSANAKAN OLEH PEMERINTAH CHINA ZAMAN MAHARAJA. PESALAH AKAN DI HIRIS DAGING MEREKA SELAMA TIGA HARI SETELAH DI IKAT PADA SEBATANG TIANG DI HADAPAN RUMAH MEREKA.

NAK TAHU LEBIH LANJUT SILA KLIK DI SINI KUTUKANDEWATA-BLOGGAR HEBAT PAHANG


BINASALAH PAKATAM SELURUHNYA.

KEJAYAAN MANIS BUAT MALAYSIA.

Newspaper cup

Dalam satu hari Malaysia mencatatkan kejayaan cemerlang di persada sukan antarabangsa. Seorang anak Malaysia berjaya mendapat tempat kedua dalam GP Motor. Kemudian pasukan Harimau Malaya berjaya mengalahkan pasukan Vietnam di hadapan puluhan ribu penyokong mereka di negara mereka untuk menjadi juara NEWSPAPER CUP. Jika Dato Lee Chong Wei berjaya menjuarai satu lagi maka bertambah-tambah manislah kejayaan Malaysia.

Satu ucapan tahniah kepada semua.
BINASALAH PAKATAM SELURUHNYA

SEBAB KENAPA DI KUALA LANGAT TAK KELIHATAN KELIBAT PONDAN, LESBO & GAYBOY PADA HARI MINGGU INI.

Photo: KESIAN BANG NUOR ..... PENAT BERGAYA PAKAIBSPEK ITAM PAYUNG KALER PELANGI ....
YG DTG CUMA 45 ORG CAMPUR DARAB 10 ORG TERMASUK PENIAGA, TUKANG GAMBA, TUKANG JAGA TOILET, TUKANG, pegang payung, DREBAR BAS MEWAH, PENGUNJUNG, BEROK N MONyET YG ADA DI PANTAI MORIB OWH X LUPA BODIGAD YG ACU PISTOL IKUT SUKA HATINYA ..... 
BANG NUOR DAH HILANG DAYA TARIKAN SBB TAK HENSEM MACAM DOLU. 

Atikah Gegirls Tajol Ariffin Omar Jeneral Yakuza Ogawa Arwis Bersatu Bersetia Berkhidmat
Dengan Payung Pelangi dan Kacamata Hitam Maka Sah lah Jika Anwar Aib Braheem Jadi PM , Negara Malaysia Menjadi Sebuah Republik Liberal LGBTX Pertama Di Dunia. 

Ini Pertama Kali Tengok Reaksi Anwar Aib Braheem Mengamok Sakan. Dah Jadi Macam Haji Bakhil Nak Lensing Semua Budak2 PKR Kerana Kegagalan Ceramah Gula-gulanya di Morib Pagi tadi.

Akhirnya Kalid G Kena Balun dengan Anwar Aib Braheem
Azmin Ali & Akaq Wan Jijah Tak Hadir. 

Sila Mari Ke Kubu Kuat BN !

Ceramah Anwar Aib Braheem di Morib Kuala Langat tidak mendapat sambutan. Disasarkan seramai 5 ribu orang tapi yang hadir hanya 45 orang campur darab dengan ranting dan cabang pokok, tong sampah, kayu penyapu dan lain-lain mahkluk yang ada. 

Nak tengok gambar lagi ????
Tunggu la pagi esuk plak yea. 

BINASALAH PAKATAM !

56 TAHUN MERDEKA PENIAGA MELAYU MASIH DI HALAU DARI SURIA KLCC?

Petronas Suria KLCC

CERITA RINGKAS:-

Seorang peniaga Melayu telah diberikan oleh PENGURUSAN SURIA KLCC sekeping NOTIS KOSONGKAN LOT BISNES SETELAH 14 TAHUN BERNIAGA DI SITU.

Menurut dakwaan peniaga itu, NOTIS ZALIM itu telah diberikan kepadanya TANPA ADA SEBARANG PERBINCANGAN DENGANNYA.

Alasan yang diberikan oleh pihak pengurusan SURIA KLCC kepadanya ialah kerana REKOD JUALANNYA TAK BAGUS.

Tapi menurut peniaga tersebut JUALANNYA LEBIH TINGGI BERBANDING DENGAN 4 LOT MILIK NON-BUMIPUTERA YANG MENJALANKAN BISNES YANG SAMA. 

Lot niaganya akan diberikan kepada pihak peniaga sebelahnya.

Setelah 56 tahun Merdeka, ornag Melayu halau orang British dan terima orang Cina dan India tapi ornag MELAYU MASIH DI HALAU KE SANA KE MARI DAN DI-DISKRIMINASIKAN SESUKAHATI.

Ada patut ke ?

Lagi 45 tahun kita akan menjejak sambutan 100 tahun Merdeka pada 2057

Lagi 8 tahun kita sampai ke tahun 2020 ....

TAPI PENIAGA MELAYU MASIH DI LAYAN SEPERTI BERADA DI ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH OLEH SESETENGAH PIHAK YANG TAK BERTANGGUNGJAWAB.

SILA BACA SETERUSNYA DI SINI....THE MOLE

BINASALAH PAKATAM JIKA MEREKA ENGGAN BERUBAH

KEGAGALAN PAKATAM SELANGOR DISEMBUNYIKAN

Selama hampir 4 tahun pakatam berada di tampuk kekuasaan di Selangor bolehkah anda berikan apakah pembangunan fizikal yang membanggakan?
Boleh tak anda senaraikan satu persatu kejayaan Reformasi?
Sejauh manakah kejayaan Polisi MES Pakatam Selangor?
Kelompok manakah yang mendapat manafaat MES sebenarnya?
Adakah anda benar-benar rmerasai satu kelainan dalam nikmat yang di bawa Pakatam?
Adalah pentadbiran dan urustadbir Pakatam benar-benar telus, akauntabel dan berkredibiliti?

Sudah puas Hamba menanyakan soalan - soalan yang sama kepada cacaimarba pakatam tapi jawapan mereka keluar konteks.
Kejayaan yang mereka ukur hanya satu sahaja yakni bukan BN yang perintah dan urustadbir  Selangor
Adakah kejayaan itu melonjakkan Selangor?
Adakah kejayaan itu menjadikan rakyat semakin sejahtera dan kaya-raya?

Hamba tak nampak apa-apa perubahan besar atau kecil yang berlaku di Selangor dalam bidang kemajuan ekonomi negeri dan rakyat.
Hamba cuma nampak kebejatan dan ketepuan politik dan pembangunan ekonomi  di Selangor.
Pakatam langsung tidak ada sebarang agenda pembangunan dan ekonomi untuk rakyat dan negara.
Pakatam cuma berminat nak tawan Putrajaya dan mengekalkan status quo kuasa politik yang mereka nikmati sekarang.
Pakatam tidak bersedia langsung dan tidak ada sebarang persediaan untuk menggantikan BN.

Kerana itu Hamba taknak undi Pakatam.

ANda bagaimana pula?


INI KLIP VIDEO TERBAIK KALAU TAK TONTON AMATLAH KERUGIAN.


Kita baru sahaja memerdekakan bangsa dan tanahair ini dari penjajahan. Baru 55 tahun sahaja tak sampai seratus tahun lagi. Pada tahun 2057 barulah kita mencecah usia kemerdekaan 100 tahun selepas hampir satu milenium lebih menjadi bangsa yang merdeka sebelum Melaka jatuh pada 1511.

Kita sekarang pada tahun 2012 dan dalam tempoh 45 tahun kita menjejak kemerdekaan ke 100. 

Dalam tempoh 8 tahun lagi kita bakal menjejak 2020 untuk menilai kembali prestasi kita dalam mencapai Wawasan 2020. Pada tahuun itu kita menjejak usia 63 tahun Merdeka.

Dan selepas itu (2020) dalam tempoh 34 tahun barulah kita menjejak 100 tahun merdeka. Terasa macam panjang lagi dan jauh tapi sebenarnya begitu dekat. Pejam celik...pejam celik dah sampai 2057. Bermakna anak-anak kecil yang lahir dari tempoh 1hb Januari 2001 sehingga 31hb Disember 2001 dan selepasnya mampu mencecah ke usia di mana dapat menyambut 100 tahun kemerdekaan negara. Agaknya bagaimana keadaan semasa itu ?

Mampukah generasi itu merasai dan menghayati erti kemerdekaan satu bangsa merdeka dalam  negara yang merdeka ? Usia hamba mungkin tak sampai ke sambutan 100 tahun kemerdekaan. 

Pernahkah kita terfikirkah mengenai itu semua ?

Apa peranan kita pada hari ini untuk mewarisi semua semangat perjuangan mendapatkan kemerdekaan negara ini?

Setiaphari kita sibukkan diri dengan urusan seharian.

Berapa masakah kita luangkan kepada anak-anak bangsa untuk mendidik mereka mengenal erti Kemerdekaan ini?

Pakatam asik sibuk ngata dan ngumpat keji kemerdekaan negara melalui tulisan dan lisan orang pelarian bernama Isham Rais yang gagal dan keciwa dalam perjuangannya sendiri.

Jadi sampai bila kita hendak ikuti PANCARAGAM POLITIK PAKATAM YANG TIDAK MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK ?


BINASALAH PAKATAM DAN CACAIMARBA PAKATAM.

BERITA BAIK UNTUK BN: PKR SERANG PAS KELANTAM GUNA CACAIMARBA PAS UNTUK DAPAT KERUSI LEBIH.

Paparan Skrin Cacaimarba PAS Yang Digunakan Oleh PKR Untuk Mendesak Kuaota Kerusi Yang Lebih Daripada PAS di Kelantan.

Kedudukan PAS di dalam Pakatam semakin goyah dan bergoncang hebat nampaknya. PAS sudah di nilai sebagai liabiliti berat oleh PKR dan DAP. Jika sudah keluar desakan-desakan seperti di atas terhadap PAS oleh cacaimarba PAS sendiri bayangkanlah magnitud masalah PAS dalam Pakatam. 

Bahkan akhir-akhir ini kita sendiri menyaksikan bagaimana PAS di hentam dan dikeroyok teruk oleh cacaimarba mereka sendiri dalam semua isu-isu. Sehinggakan pemimpin PAS pun turut di cela dan di kutok rapat oleh cacaimarba PAS berbanding dengan layanan istimewa macam Dewata yang di terima oleh pemimpin-pemimpin PKR dan DAP. 

Seorang bloger pro PAS pernah mengulas dan menulis keluhannya mengenai serangan bertubi-tubi dari dalam PAS sendiri terhadap PAS. Beliau pun hairan kenapa layanan begitu buruk terhadap PAS diberikan oleh sekutu-sekutu politik PAS dalam Pakatam. Beliau menyimpulkannya :-

jika pemimpin PAS bersuara : " Ini tidak baik untuk Pakatam"
jika pemimpin PKR di kritik :  " Itu agen UMNO"
jika pemimpin DAP di tegur:   " Itu sudah di beli UMNO"

Nampaknya jelaslah Tahaluf Siyasi yang PAS pegang sudah memakan diir mereka sendiri. Ini kerana amalan Tahaluf Siyasi PAS tidak mematuhi syarat-syarat dan tidak mempunyai ciri-ciri Tahaluf Siyasi yang dibenarkan dalam syara'. Inilah kesan dan akibatnya bila PAS suka-suka hati mempermainkan hukum-hakam agama Islam menurut kehendak duniawi mereka bagi mendapat kerusi.PAS lebih memanipulasikan Tahaluf Siyasi daripada benar-benar menghayatinya. 

Jika beginilah konflik dalaman Pakatam yakni berlaku perebutan kerusi serta layanan buruk sesama sendiri, ini merupakan berita baik buat BN. Moleklah Pakatam memusnahkan sesama sendiri. Bertambah mudah dan senang kerja kami menengakkan Kebenaran. 


MUFTI PERAK & A KADIR JASIN BERI NASIHAT KEPADA SEMUA PENGAMAL MEDIA.

image 
Seorang Mufti dan seorang Lagi Otai Wartawan.

Semasa Pakatam gunakan media internet dan media sosial sebagai bahan penyebaran propaganda memburukan UMNO/ BN, keduanya masa itu masih belum menyedari bahayanya. Tapi apabila pengamal bebas media internet seperti Hamba mula menyerang balas dan cacaimarba pakatam mula gagal mengatasi serangan-serangan balas yang dilakukan barulah tiba-tiba datanglah ilham pujangga dari langit untuk memberikan nasihat dan pandangan. Namun begitu kita hormati keduanya walaupun kita sedar A Kadir Jasin sebagai wartawan pun banyak menulis perkara-perkara yang agak keterlaluan tetapi kerana statusnya maka perkara itu di pandang masih beretika dalam bidang kewartawanan. Sebenarnya, sebelum wujud kumpulan seperti Hamba ini, wartawan merupakan bahan terlaris di pasaran kerana menjadi perebutan para politikus. Kini pasaran tersebut telah beralih arah kepada kumpulan seperti Hamba. Cuma Hamba tak mencari makan seperti itu. Hamba menulis berdasarkan kepada ilmu yang Hamba belajar dari menara gading, pergaulan seharian hamba dengan orang-orang baik dan pengalaman melalui pembacaan. 

Salah satu buku tulisan A Kadir Jasin 

Mula-mula kita baca dan fahami dahulu pendapat A Kadir Jasin (di petik dari blog GAP yang telah membuang pautan blog ini kerana tidak puashati di tegur dan dikritik oleh pemilik blog ini walaupun Hamba tidak membuang pautan blognya mungkin nasihat A Kadir Jasin ini sesuai untuk beliau) sumber asalnya ialah lapuran daripada AGENDAILY-
Unsur anarki dalam media terutama berasaskan Internet di Malaysia dijangka akan menjadi lebih buruk melalui perang siber menjelang pilihan raya umum.Ia dikhuatiri mengakibatkan pengundi membuat pilihan kerana kekeliruan dan bukan kefahaman, kataTokoh Wartawan Negara Datuk A.Kadir Jasin.
Semasa berkongsi pemerhatian itu dalam wacana "Komunikasi Massa: Antara Demokrasi dan Anarki" di Petaling Jaya. Khamis beliau berkata anarki dalam media digital secara terang-terangan memutar-belitkan fakta dan dalam masa yang sama tidak menghormati hak menjawab (mereka yang dilibatkan).
Katanya unsur anarki dalam media berlaku apabila mereka yang tidak terlatih dalam selok belok kewartawanan, tidak arif mengenai undang-undang berkaitan dan etika kewartawanan serta mentakrifkan kebebasan secara literal, telah melantik diri menjadi 'wartawan'.
"Boleh dijangkakan perang siber ini mungkin memburukkan unsur anarki ini yang akan berlaku dengan lebih hebat dalam masa yang singkat apabila Dewan Rakyat dibubarkan dan tarikh PRU (pilihan raya umum) ditentukan. "Ini situasi yang perlu diperhatikan oleh pengkaji-pengkaji media, PRU akan datang banyak bukan ditentukan oleh kefahaman, tetapi kekeliruan.
"Ini kemungkinan yang sangat berbahaya apabila orang yang akan keluar mengundi, tidak keluar mengundi atau merosakkan undi kerana kekeliruan," kata Kadir.
Kadir yang juga blogger 'The Scribe A Kadir Jasin' berkata pengendali blog tidak harus menyiarkan komen-komen yang memihak kepada mereka sahaja.
Bernama melaporkan beliau berkata kewartawanan warga di alam siber kini juga sudah dicemari oleh orang politik dan kapitalis.
Beliau berkata sejak beberapa tahun kebelakangan ini, laman-laman blog terang-terangan dimiliki, diilhamkan dan dibiayai parti-parti politik, dan sekaligus memberi gambaran bahawa medium Internet itu diakui berkesan dan mempunyai peluang ekonomi dalam kegiatan itu.
"Dulu tidak ada blogger upahan, sekarang banyak blog yang sudah tidak berkecuali. Dulu nampak anti-establishment atau tidak menyokong pihak berkuasa, hari ini tidak lagi bersikap demikian," katanya.
Kadir ketika menyimpulkan wacananya berkata anarki siber sudah menjadi sebahagian landskap komunikasi massa malah merumitkan industri itu sendiri.

"Hari ini seorang programmer mencipta satu program yang dihakmilikkan, sebaik sahaja disebarkan atau dilancarkan akan ada beratus-ratus atau beribu-ribu orang yang cuba memecahkannya, mereka (ini) juga adalah anarkis alam siber," katanya.
Beliau juga menyimpulkan bahawa ledakan teknologi maklumat dan telekomunikasi memberi kesan dalam pendemokrasian maklumat selain memecahkan monopoli media tradisional dan media arus perdana ke atas maklumat dan pendakyahan (propaganda).
"ICT sudah mula melahirkan generasi tanpa sempadan, tanpa wajah dan terdedah kepada penerimaan berita 'hearsay' atau cakap mulut. Bagi saya ia membimbangkan akibat ketidakcekapan dan ketidak bertanggungjawaban pengguna dan pemilik teknologi," katanya.
Kadir yang ditanya mengenai cadangan penubuhan Majlis Media Sosial, berkata beliau tidak menentang penubuhan majlis itu. "Tubuhlah, kalau hendak buat, saya tidak bangkang. (Tapi jika) hendak kawal media Internet, hampir mustahil sebab 
sampai sekarang tidak boleh kesan semua pemilik blog, tutup hari ini, esok (timbul) yang baharu," katanya.
Ketika ditemui pemberita selepas wacana itu, Kadir menggesa wartawan supaya memainkan peranan mereka dalam usaha mencegah penyebaran unsur anarki dalam media.
"Wartawan perlu selalu mengingatkan diri agar menulis berdasarkan fakta, selalu membuat kajian dengan banyak membaca dan tidak terlalu bergantung pada kenyataan akhbar dan teks ucapan semata-mata,"katanya.
Katanya wartawan kini lebih seharusnya jauh lebih berpengetahuan dan bijak menggunakan maklumat yang terdapat dalam Internet untuk memberikan artikel yang bermaklumat tepat kepada khalayak.
Kadir yang terkenal dengan gelaran tukang cerita serba boleh, mula melibatkan diri dalam dunia kewartawanan sebagai pemberita kadet di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) pada tahun 1969.
Setelah itu, beliau berhijrah ke Business Times untuk menceburi bidang kewartawanan ekonomi dari tahun 1976 hingga 1984, dan pernah memegang jawatan Pengarang Bersekutu Business Times.
Beliau juga pernah dilantik ke jawatan penolong pengarang kumpulan Berita Harian dan seterusnya pengarang kumpulan itu pada tahun 1986.
Pada tahun 1988, selama 10 tahun, Kadir dilantik sebagai Pengarang Kumpulan The New Straits Times dan seterusnya Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (M) Berhad dari tahun 1998 hingga 2000.
Kadir kemudian menerajui syarikatnya sendiri yang terlibat dalam penerbitan beberapa majalah.AGENDADAILY
Berikut pula ialah pendapat Mufti Perak Datuk Harussani di petik daripada blog lain pula:-

PELIHARA AIB ORANG LAIN.
SEJENAK merenung di dada akhbar mahupun coretan di laman sesawang, membuatkan saya beristighfar panjang bila menyelusuri bahan berita, coretan mahupun komentar dari pihak yang rata-ratanya agak kritis dan kadangkala memualkan.
Setiap bahan berita, coretan dan komentar lebih banyak menyentuh hal-hal bersangkutan diri seseorang yang bukan sahaja boleh menjatuhkan maruahnya, malah lebih dari itu sehingga menghinakan diri dan keluarganya. Adakalanya komentar dan catatan yang dipaparkan sarat dengan fitnah, umpatan dan cacian daripada sesuatu pernyataan yang membina.
Saya menyedari hakikat umat Melayu ini yang pandai berbahasa dan berkias, namun sejak mutakhir ini gaya bahasanya sudah tidak berlapik dan beralas lantas menerjah maruah diri seseorang sehingga menusuk ke tulang putihnya. Malah, bukan sekadar menerusi penulisan, pelbagai medium digunakan termasuklah menggunakan kehebatan berkata-kata, berpidato dan berjenaka bagi menyampaikan hasrat menjatuhkan maruah dan membuka keaiban orang lain.
Apakah kita sudah lupa pesanan agung Rasullullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Al Imam Ahmad dari Anas Ibnu Malik r.a, bahawa Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud “Tidak akan lurus keimanan seorang hamba sehingga lurus pula hatinya, dan tidak lurus hatinya, hingga lurus pula lidahnya.
Dan seorang hamba tidak akan memasuki syurga, selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya.”Anggota lidah seperti mana yang telah disebutkan oleh Imam Al-Ghazali adalah antara sebesar nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan lidah kita berzikir, tilawah Al-Quran dan berkata-kata dengan perkataan yang baik.
Menerusi lidah juga dakwah Islam disebar siarkan di serata alam, dengannya juga terlaksana proses saling ingat-mengingati antara satu sama lain supaya hati sentiasa dekat dengan Allah dan Rasul-Nya. Namun sebesar nikmat itu, maka besar juga tanggungjawab untuk menjaganya. Dengan lidah jugalah manusia boleh terjerumus ke dalam kehancuran, malah boleh mengundang ke lembah neraka Allah SWT.
Hal ini mengingatkan saya bahawa Al Marhum Said Hawwa pernah menyatakan besarnya bahaya lidah hingga tiada siapa yang mampu selamat darinya kecuali dengan diam. Bertepatan dengan apa yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al Imam Al Bukhari dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “Barang siapa beriman dengan Allah dan hari qiamat, maka berkatalah yang baik atau pun berdiam saja.”
Teringat saya bagaimana sejarah menaqalkan bahawa Saidina Abu Bakar r.a pernah satu ketika meletakkan batu kerikil di mulutnya, semata-mata mencegah dirinya dari berbicara. Lalu ditanya mengapa beliau berkelakuan begitu, ia menunjukkan kepada lidahnya seraya berkata, “Inilah yang menjerumuskan aku ke dalam kehancuran.”
Al Imam Al Bukhari meriwayatkan dari Sahl bin Sa‘ad bahwa Baginda SAW bersabda yang bermaksud, “Siapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara janggutnya dan dua pahanya maka aku menjamin untuknya syurga.”
Dalam hal ini juga, apakah umat Melayu sudah lupa pepatah yang berbunyi “Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.”
BAHAYA FITNAH
Al-Quran yang diturunkan Allah SWT sebagai manual yang memandu hidup manusia telah mencatatkan bahawa di dalam surah Al-Hujurat ayat 12, Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu mengumpat setengah yang yang lain. Adakah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati, tentulah kamu sekalian benci memakannya.”
Imam Al-Qurtubi ketika membahaskan ayat di atas menukilkan sebuah hadis tentang erti ghibah (mengumpat) seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud “Mengumpat itu adalah anda menyebut perihal saudaramu dengan suatu yang di bencinya.”
Ibnu Abi Dunya meriwayatkan dari Al-Barra beliau berkata bahawa Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami hingga terdengar oleh kaum wanita di rumah-rumah mereka. Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman dengan lidahnya tetapi tidak beriman dengan hatinya, janganlah kalian mengumpat orang-orang muslim dan mencari keaibannya.
Sesungguhnya orang yang mencari-cari keaiban saudaranya, maka Allah akan mencari-cari keaibannya. Dan siapa yang keaibannya di cari-cari Allah, maka pasti Allah akan membongkarnya di tengah rumahnya.” Biarpun sekian banyaknya peringatan al-Quran dan hadis tentang telatah buruk ini, namun umat ini seakan-akan tidak pernah mendengar dan mengambil tahu.
Bayangkan apa akan terjadi sekiranya masyarakat kita dipenuhi dengan tingkahlaku yang “jelek” ini, dipenuhi saban hari dengan sikap fitnah memfitnah dan mencerca sesama kita.
Hanya ilmu dan penghayatannya sahaja mampu mengekang penularan sikap keji ini sepert imana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Umamah dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Akan muncul berbagai fitnah, di pagi hari seseorang dalam keadaan mukmin lalu kafir di petang harinya, kecuali orang yang dihidupkan Allah dengan ilmu.”
TENTANG KEBURUKAN ORANG LAIN
Seringkali kita mendengar pihak-pihak beralasan dengan menyatakan “Saya tidak mengumpat atau memfitnahnya, saya berkata yang benar! Saya punya bukti itu dan ini!. Pernyataan yang seolah-olah ingin menghalalkan perbuatan mereka.
Al Marhum Sa‘id Hawa menyebutkan bahawa Al-Hassan berkata yang bermaksud, “Mengatakan tentang hal orang lain itu terbahagi kepada tiga:
(1) Ghibah: Iaitu kamu menyatakan apa yang ada pada dirinya;
(2) Buhtan: Iaitu kamu menyatakan apa yang tiada pada dirinya;
(3) Ifkun: Iaitu kamu menyatakan apa yang kamu dengar tentang dirinya.”
Biar dalam situasi apapun, menyembunyikan kelemahan dan keaiban seseorang adalah lebih utama dari menzahirkannya. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “ Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah taala akan menutup keaibaannya di dunia dan di akhirat.
Dan Allah SWT sentiasa menolong seseorang hamba, selama dia menolong hambanya.” Walau bagaimanapun, Imam Al Ghazali menyebut bahawa menyatakan keburukan seseorang dibenarkan di dalam beberapa keadaan yang diperlukan sahaja dengan syarat yang tertentu.
Antaranya seperti aduan seorang yang dizalimi oleh seorang yang lain kepada seorang hakim, meminta suatu hukum dalam satu perbuatan atau perkara, berniat untuk memberi peringatan kepada masyarakat atas seseorang yang terang-terangan dan bermegah-megah dengan melakukan maksiat dan beberapa perkara lain.
POLITIK, UMPAT DAN FITNAH
Akhir-akhir ini, politik, umpat dan fitnah seolah-olah suatu perkataan yang tidak mungkin dipisahkan. Baik pihak manapun, ia seolah-olah dibolehkan dengan beralaskan hujah-hujah yang tertentu. Segala keburukan pihak lawan didedahkan untuk pengetahuan umum.
Lebih mendukacitakan, saya melihat medium penting bagi membincangkan isu dan kebajikan rakyat seperti sidang Dewan Rakyat dan sidang DUN hari ini sudah menjadi medan umpatan, tuduh-menuduh dan fitnah memfitnah berkait dengan isu-isu peribadi.
Apakah kita tidak menyedari betapa terlalu banyak masa dan ruang telah kita habiskan bagi memenuhi selera buruk ini, sedangkan di hadapan kita terlalu banyak isu dan perkara yang perlu dilangsaikan.
Apabila ini terjadi, fokus utama ke arah mengutamakan kepentingan rakyat terpaksa dikesampingkan bagi memberi ruang menjawab tohmahan dan fitnah yang dilemparkan.
LEDAKAN ICT
Ledakan sumber maklumat pada abad ke-21 ini menyaksikan era baru dunia maklumat. Menerusi e-mel, SMS, blog, facebook, twitter dan sekarang era wikileaks, maklumat disampaikan dengan begitu mudah dan pantas. Kebebasan bersuara dalam menyampaikan kritikan, penyebaran maklumat kontroversi mahupun khabar-khabar angin menjadikan dunia maklumat ICT berjaya menarik jutaan penggemar.
Menurut sumber Internet World Stats  menyatakan bahawa pengguna Internet hari ini sudah mencapai 1.9 billion dan Asia sahaja mencapai 110 juta pengguna. Klik disini  untuk maklumat terbaru pengguna internet dunia pada masa sekarang. Manakala pengguna facebook di Asia sudah mencapai 93.5 juta. Namun apa yang merisaukan saya hari ini, kecanggihan memindah maklumat hari ini telah dicemari dengan medan menabur fitnah dan umpatan.
Adakah ini termasuk dalam apa yang kita bincangkan di atas. Imam Al-Ghazali menyatakan mengumpat itu sebenarnya bukanlah semata-mata dengan lidah, namun merangkumi isyarat-isyarat dan tulisan.
Tidak keberatan saya katakan bahawa penggunaan medium ini bukan lagi semata-mata menyebarkan berita mahupun maklumat yang bermanfaat, tetapi terselit agenda-agenda tersembunyi yang didokongi oleh mereka yang punya niat untuk membobrokkan orang lain.
Jika amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah SWT akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT campakkan ia ke dalam neraka.”
Baiklah para pembaca sekelian begitulah pendapat daripada dua orang yang mempunyai latarbelakang berbeza mengenai amalan-amalan di media sosial pada hari ini.  

Maka pergunakanlah akal untuk menimbangtara kedua pendapat tersebut bagi manafaat diri sendiri dan bagi manafaat orang lain. 

PANDUAN BUKU 555 TAKRIFAN SABOTAJ PARTI.

Buku 555 Yang Bakal laris di pasaran Semula Kerana Setiap Ketua PDM, KetuaCawangan, Ketua Bahagian, AJK Bahagian, AJK Cawangan, PEMUDA , PUTERI dan WANITA UMNO Bakal Memilikinya untuk menulis nota-nota bagi takfiran SABOTAJ PARTI.


Pertama dengan penuh rasa rendah diri, Hamba mohon maaflah kepada semua jika tajuk, kapsyen dan gambar di atas mengguris dan menyinggung perasaan semua. Ketahuilah, penulis menyokong penuh usaha-usaha murni kepimpinan tertinggi bagi memantau dan menghukum para pensabotaj parti. Cuma kelainan pemikiran hamba ini yang boleh disimpulkan dalam kata-kata Bila Orang Berdiri, Aku Duduk. 

Pada fikiran Hamba masih banyak lagi alternatif bagi mengawal dan menghindari perbuatan sabotaj dan kianat di dalam parti. Tapi buat masa ini mungkin pilihan yang tepat ialah apa yang telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi Kepimpinan Parti. Follow aje lah asalkan bukan ke lobang kubur atau ke dalam mangkuk tandas. 

Sebagai contohnya, kita perlu memahami terlebih dahulu sebab musabab yang menjadi punca kepada gerak kerja sabotaj dan kianat di dalam parti. Kita kena rajin bertanya soalan kepada diri kita sendiri kenapa si polan bin si polan sabotaj dan kianati parti. Ramai yang akan jawab kerana berebutkan jawatan dan hendak menjadi calon. Jika itulah sebab utamanya maka molek benarlah jika hirarki parti di kaji dan di semak semula. Diwujudkan Sistem Pemilihan yang telus dan berimbang. Di samping itu diadakan latihan-latihan dan kursus-kursus kefahaman dan kesedaran bagi menanam dan mendidik jiwa-jiwa dan minda-minda. 

Pelru diwujudkan sistem penilaian dari masa ke semasa. Kemudian mengujudkan suasana yang kondusif bagi pengamalan budaya serta nilai-nilai yang baik di masa depan. 

Kerana orang yang lakukan sabotaj dan pengkhianatan adalah orang yang bermasaalah tetapi berbakat. Bakatnya masih berguna dan bermanafaat. Yang hendak dipulihkan ialah MASAALAHNYA. Apabila dipulihkan semangat dan masaalahnya maka orang itu akan meninggalkan perbuatan sabotaj dan pengkhianatan dengan relahati dan bukan kerana terpaksa mematuhi peraturan demi peraturan yang membebankan. 

Berikut ialah petikan laporan Utusan Malaysia mengenai Panduan Takrifan Sabotaj Parti:-
PAGOH 20 Okt. - Panduan yang merangkumi definisi dan tindakan mensabotaj parti akan diedarkan UMNO kepada semua bahagian di seluruh negara dalam tempoh terdekat. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, senarai dan definisi mengenai tindakan mensabotaj itu secara kasar telah disediakan sebelum ini, namun Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan dan dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail akan meneliti secara terperinci senarai berkenaan. "Jika seseorang itu bertanding sebagai calon untuk menentang calon Barisan Nasional (BN), itu sudah lebih daripada sabotaj dan kita pecat dia serta-merta. Kalau dia jadi pencadang atau penyokong kepada calon pembangkang, dia juga boleh diambil tindakan pecat serta-merta. "Kalau dia berdiri atas pentas dan berkempen dengan calon pembangkang, beri peruntukan dan biayai poster pembangkang, semua itu mesti ada bukti yang jelas," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Keusahawanan dan Pendidikan Johor anjuran anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Kompleks Sukan Pagoh, di sini hari ini. Yang turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ibrahim Muhamad. Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, dengan penubuhan jawatankuasa khas itu, ahli parti yang terbukti mensabotaj parti dan calon BN akan dikenakan tindakan segera termasuk dipecat dan digantung keahlian mereka. Beliau berkata, tindakan segera perlu sebagai langkah pencegahan awal supaya kesannya ditangani serta-merta, tidak seperti sebelum ini yang mengambil masa yang agak lama dan selepas berlangsungnya pilihan raya. "Mesyuarat Majlis Tertinggi semalam turut memutus dan menurunkan kuasa terus kepada jawatankuasa khas itu untuk mengambil tindakan segera terhadap ahli yang mensabotaj parti. "Panduan ini penting supaya semua ahli harus setia kepada parti dan perjuangan serta menentukan BN dalam keadaan baik dan mencapai kemenangan dalam pilihan raya. Kalau prinsip ini dipegang oleh semua ahli, panduan ini tak perlu digunakan," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121021/po_01/Panduan-definisi-sabotaj-parti-diedar-segera#ixzz29ryova00
© Utusan Melayu (M) Bhd

Demikianlah adanya. Perkara ini pun sudah dijadikan bahan jenaka dan lelucun oleh cacaimarba pakatam untuk melemahkan semangat dan perlaksanaannya.