Buku 555 Yang Bakal laris di pasaran Semula Kerana Setiap Ketua PDM, KetuaCawangan, Ketua Bahagian, AJK Bahagian, AJK Cawangan, PEMUDA , PUTERI dan WANITA UMNO Bakal Memilikinya untuk menulis nota-nota bagi takfiran SABOTAJ PARTI.
Pertama dengan penuh rasa rendah diri, Hamba mohon maaflah kepada semua jika tajuk, kapsyen dan gambar di atas mengguris dan menyinggung perasaan semua. Ketahuilah, penulis menyokong penuh usaha-usaha murni kepimpinan tertinggi bagi memantau dan menghukum para pensabotaj parti. Cuma kelainan pemikiran hamba ini yang boleh disimpulkan dalam kata-kata Bila Orang Berdiri, Aku Duduk.
Pada fikiran Hamba masih banyak lagi alternatif bagi mengawal dan menghindari perbuatan sabotaj dan kianat di dalam parti. Tapi buat masa ini mungkin pilihan yang tepat ialah apa yang telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi Kepimpinan Parti. Follow aje lah asalkan bukan ke lobang kubur atau ke dalam mangkuk tandas.
Sebagai contohnya, kita perlu memahami terlebih dahulu sebab musabab yang menjadi punca kepada gerak kerja sabotaj dan kianat di dalam parti. Kita kena rajin bertanya soalan kepada diri kita sendiri kenapa si polan bin si polan sabotaj dan kianati parti. Ramai yang akan jawab kerana berebutkan jawatan dan hendak menjadi calon. Jika itulah sebab utamanya maka molek benarlah jika hirarki parti di kaji dan di semak semula. Diwujudkan Sistem Pemilihan yang telus dan berimbang. Di samping itu diadakan latihan-latihan dan kursus-kursus kefahaman dan kesedaran bagi menanam dan mendidik jiwa-jiwa dan minda-minda.
Pelru diwujudkan sistem penilaian dari masa ke semasa. Kemudian mengujudkan suasana yang kondusif bagi pengamalan budaya serta nilai-nilai yang baik di masa depan.
Kerana orang yang lakukan sabotaj dan pengkhianatan adalah orang yang bermasaalah tetapi berbakat. Bakatnya masih berguna dan bermanafaat. Yang hendak dipulihkan ialah MASAALAHNYA. Apabila dipulihkan semangat dan masaalahnya maka orang itu akan meninggalkan perbuatan sabotaj dan pengkhianatan dengan relahati dan bukan kerana terpaksa mematuhi peraturan demi peraturan yang membebankan.
Berikut ialah petikan laporan Utusan Malaysia mengenai Panduan Takrifan Sabotaj Parti:-
PAGOH 20 Okt. - Panduan yang merangkumi definisi dan tindakan mensabotaj parti akan diedarkan UMNO kepada semua bahagian di seluruh negara dalam tempoh terdekat. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, senarai dan definisi mengenai tindakan mensabotaj itu secara kasar telah disediakan sebelum ini, namun Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan dan dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail akan meneliti secara terperinci senarai berkenaan. "Jika seseorang itu bertanding sebagai calon untuk menentang calon Barisan Nasional (BN), itu sudah lebih daripada sabotaj dan kita pecat dia serta-merta. Kalau dia jadi pencadang atau penyokong kepada calon pembangkang, dia juga boleh diambil tindakan pecat serta-merta. "Kalau dia berdiri atas pentas dan berkempen dengan calon pembangkang, beri peruntukan dan biayai poster pembangkang, semua itu mesti ada bukti yang jelas," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Keusahawanan dan Pendidikan Johor anjuran anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Kompleks Sukan Pagoh, di sini hari ini. Yang turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ibrahim Muhamad. Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, dengan penubuhan jawatankuasa khas itu, ahli parti yang terbukti mensabotaj parti dan calon BN akan dikenakan tindakan segera termasuk dipecat dan digantung keahlian mereka. Beliau berkata, tindakan segera perlu sebagai langkah pencegahan awal supaya kesannya ditangani serta-merta, tidak seperti sebelum ini yang mengambil masa yang agak lama dan selepas berlangsungnya pilihan raya. "Mesyuarat Majlis Tertinggi semalam turut memutus dan menurunkan kuasa terus kepada jawatankuasa khas itu untuk mengambil tindakan segera terhadap ahli yang mensabotaj parti. "Panduan ini penting supaya semua ahli harus setia kepada parti dan perjuangan serta menentukan BN dalam keadaan baik dan mencapai kemenangan dalam pilihan raya. Kalau prinsip ini dipegang oleh semua ahli, panduan ini tak perlu digunakan," katanya.Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121021/po_01/Panduan-definisi-sabotaj-parti-diedar-segera#ixzz29ryova00
© Utusan Melayu (M) Bhd
Demikianlah adanya. Perkara ini pun sudah dijadikan bahan jenaka dan lelucun oleh cacaimarba pakatam untuk melemahkan semangat dan perlaksanaannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa