Pas berhasrat menjadi tulang belakang kepada pemerintahan negara jika pakatan pembangkang menguasai Kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang.Sehubungan itu, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayangkan, jumlah kerusi yang akan ditandingi parti tersebut mungkin meningkat sehingga 80 berbanding 66 kerusi dalam pilihan raya umum lalu.Katanya, Pas akan memikul tanggungjawab itu sebagaimana UMNO menjadi tulang belakang kepada Barisan Nasional (BN) dalam mencorak hala tuju negara dengan kedudukannya sebagai parti paling kuat.Beliau menarik perhatian, jika DAP bertanding 40 hingga 60 kerusi Parlimen, malah jika menang 50 kerusi sekali pun, parti itu tidak dapat memerintah negara bersendirian."Pakatan Rakyat telah menerima kita (Pas) sebagai parti yang paling kuat serta mempunyai jentera ramai malah kita juga sanggup pikul tanggungjawab untuk bertanding di kawasan yang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidak mahu bertanding."Jadi, jika mereka (DAP) menang sekali pun mereka tidak boleh memerintah sendiri kerana kita adalah tulang belakang rakyat dan tulang belakang itu adalah orang Melayu kita," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah perdana sempena Himpunan Hijau Pas ke Putrajaya Ganti UMNO Peringkat Negeri Terengganu di Padang Mengkuang, Bukit Payung di sini malam tadi.Pada pilihan raya umum ke-12, Pas bertanding di 66 kerusi Parlimen dan menang 23 daripadanya, lebih kecil berbanding DAP dan PKR masing-masing bertanding di 47 dan 97 kerusi di mana DAP menang di 28 kawasan dan PKR pula 31."Kita telah berdebat 20 tahun dengan bukan Islam, akhirnya DAP terima keputusan, sekiranya kita memerintah mereka akan terima semua syarat kita tetapkan seperti (kedudukan) agama Islam, bahasa Melayu dan hak orang Melayu," ujar Abdul Hadi.Sementara itu, ketika ditanya oleh pemberita sekiranya Pas memperoleh kemenangan terbesar kelak, apakah ia masih ingin melantik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, Abdul Hadi berkata:"Belum ada keputusan lagi siapa...nanti selepas menang baru kita putuskan.Sebelum ini, Pas pernah menyatakan persetujuan sebulat suara dengan parti komponen pembangkang lain untuk melantik ketua pembangkang itu sebagai Perdana Menteri.
Rabu, 4 Julai 2012
BLOGER RBF DAH MENGAMOK ....
Yang Dijadikan Propaganda Oleh Cagcai Pakatam Otak Lembu. Dan Di Bawah ini Adalah Jawapan Terbaik Daripada Bloger RBF ...
RBF sudah mengamok pasal propaganda paling bodoh yang pernah dimainkan oleh puak Pakatam di fesbuk berikut ada jawapan beliau terhadap tohmahan kepada DS Rosmah dan RTM :-
Isteri PM terus menjadi sasaran fitnah dan tohmahan pemimpin dan pencacai-pencacai pembangkang. Menjelang PRU tidak lama lagi, anda semua percayalah cakap saya serangan terhadap DS Rosmah akan menjadi-jadi. Mereka akan reka-reka apa sahaja cerita atau fitnah untuk menjayakan misi mereka.Nampaknya kini DS Najib, UMNO dan BN bukan lagi ancaman kepada pembangkang. Sebaliknya DS Rosmah yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti dan yang tidak akan bertanding dalam pilihanraya menjadi individu yang paling pembangkang takuti.Hari ada sebuah blog pro pembangkang yang mengeluarkan satu artikel yang bertajuk Hot: RTM Sahkan Rosmah Mansur PM Malaysia.Blogger tersebut menulis berdasarkan kemunculan DS Rosmah dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan RTM semalam yang mana dibahagian bawahnya tertulis EKSPRESI REMAJA BERSAMA PERDANA MENTERI.Hanya kerana perkataan itu dan gambar yang memaparkan wajah DS Rosmah, dia terus kata RTM sahkan Rosmah PM.Pada hari Sabtu ini (7.7.2012) akan diadakan satu program yang dinamakan EKSPRESI REMAJA BERSAMA PM di Stadium Negara yang melibatkan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Datuk Seri Najib selaku PM akan hadir dalam program yang agak besar itu.Kemunculan Datin Seri Rosmah di TV1 semalam yang mana beliau merupakan Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, adalah untuk bercakap mengenai matlamat dan tujuan perhimpunan antara remaja-remaja yang menganggotai Pandu Puteri dengan PM yang akan diadakan Sabtu ini. Baca Seterusnya Di Sini
BB PLAZA TAK DIROBOHKAN& SEWA DIKURANGKAN, GLC PATUT LEBIH PEKA.
Akhirnya dilapurkan bahawa Plaza BB tidak dirobohkan melainkan sedikit bahagian depannya. Berikut Satu lapuran daripada blog Media Bera mengenainya :-
Manakala lapuran daripada NST pada hari ini melapurkan:-KUALA LUMPUR, 3 Jul — Putrajaya sahkan peniaga tidak perlu berpindah keluar dari Plaza Bukit Bintang (BB Plaza)berikutan kerja-kerja pembinaan stesen MRT yang dijalankan.Menurut Menteri Hal Ehwal Pengguna, Perdagangan Dalam Negeri dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pihak UDA selaku pemilik bangunan telah bersetuju untuk mengurangkan sewa selepas penutupan di bahagian depan dibuat.“Kita harapkan para peniaga boleh menarik nafas lega selepas perbincangan ini. Kita boleh selesaikan masalah ini tanpa perlu turun ke jalan” kata beliau selepas berbincang antara wakil peniaga, pihak UDA dan pihak MRT selama dua jam pada petang ini.Walaubagaimanapun, Ismail Sabri menyatakan bahawa lima premis perniagaan yang terletak di luar bangunan BB Plaza terpaksa berpindah hujung minggu ini bagi kerja-kerja awal untuk pembinaan MRT.Ismail Sabri juga berkata bahawa pemaju projek MRT iaitu MRT Corp bersetuju untuk membayar pampasan kepada lima perniagaan yang terjejas.Minggu lalu pemilik BB Plaza, UDA Holdings dilaporkan berkata bangunan ini terpaksa diruntuhkan untuk memberi laluan kepada projek MRT ini dijalankan dan seterusnya menjejaskan pendapatan kira-kira 167 peniaga di BB Plaza.Ismail bagaimanapun tidak pasti tentang berita mengatakan BB Plaza akan dijual ke pihak lain. UDA Holdings menurut beliau bersetuju untuk mengurangkan sewa selepas penutupan bahagian hadapan BB Plaza selama dua tahun atau sehingga pemilik baru membeli bangunan ini, yang mana tiba lebih awal, berdasarkan sejauh mana kerugian para peniaga selepas pembinaan projek ini dijalankan.Dua minggu lalu, The Malaysian Insider melaporkan bahawa Tradewinds Corporation Bhd (TCB) yang majoriti sahamnya dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary berminat untuk membeli BB Plaza dan bangunan Yayasan Selangor untuk cadangan pembangunan projek stesen MRT itu.Pemaju hartanah dan pemilik rangkaian hotel yang dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, turut memiliki pegangan utama dalam projek bersama MMC-Gamuda mempunyai projek pembinaan terowong sepanjang 51 km Sungai Buloh-Kajang fasa pertama MRT yang dijadualkan siap pada 2017.Sekiranya dijual, kata Ismail Sabri lagi, pihak UDA Holdings akan menyediakan satu klausa dalam perjanjian pembelian itu nanti untuk mengutamakan penyewa premis yang sedia ada dan sekiranya bangunan ini perlu dirobohkan, notis awal dari enam bulan - setahun lebih awal akan dikeluarkan. BACA SETERUSNYA DI SINI
Bukit Bintang Plaza to remain
BUSINESS AS USUAL: Only five sidewalk cafes will be affected by construction of MRT station
KUALA LUMPUR: THE 33-year-old Bukit Bintang Plaza, better known as BB Plaza, will remain as the construction of the My Rapid Transit (MRT) station in Jalan Bukit Bintang takes place.Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob -- who chaired a meeting with BB Plaza traders, the pro-tem action committee against BB Plaza demolition, MRT Corp and Uda Holdings representatives yesterday -- said only five tenants, who occupied the sidewalk cafes, would have to move out to accommodate the works."After a discussion, they agreed to move out and have until this Sunday to do so, with details of the compensation to be discussed with MRT Corp."I was told that hoarding will be put up where the cafe outlets are located."To address the issue of accessibility raised by tenants in the plaza, MRT Corp and building owner Uda Holdings Bhd had agreed that the hoarding will be constructed as such that it does not hinder accessibility among customers."He said Uda Holdings had agreed to reduce rental of the lots during the construction period after further discussions with the traders and should the building be acquired for redevelopment in the future, the new owner will have to include a specific clause in the agreement with Uda to give priority to the existing operators.Pro-tem action committee president Hassan Saad said they were relieved to know that the building would not be demolished and that some of the 167 business operators could continue as usual."We do understand that there will be temporary inconvenience and will cooperate with Uda and MRT during throughout this period. We will inform the tenants of the outcome of this meeting," said Hassan.Read more: Bukit Bintang Plaza to remain - General - New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/bukit-bintang-plaza-to-remain-1.102105#ixzz1zcTFCWAZ
Kita berharapa agar GLC-GLC kerajaan lebih peka kepada sensitiviti dan kehendak peniaga Melayu dan kepentingan Melayu dalam Perancangan Korporat mereka. Dari awal sepatutnya tidak timbul langsung. Jadikan pengajaran kerana Kebajikan Yang Terjaga Adalah Undi Yang Tak Terhingga.
PAK HIM KATA BOLEH TAK JANGAN ROBOH PREMIS NIAGA ORANG MELAYU -BB PLAZA.
terus dari akaun mukabuku Pak Ibrahim Ali, sendiri baca dan nilaikan dengan baik-baik betul juga kenapa BB Plaza nak dirobohkan sedangkan PRU 13 sudah semakin hampir nie :-