Pas berhasrat menjadi tulang belakang kepada pemerintahan negara jika pakatan pembangkang menguasai Kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang.Sehubungan itu, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayangkan, jumlah kerusi yang akan ditandingi parti tersebut mungkin meningkat sehingga 80 berbanding 66 kerusi dalam pilihan raya umum lalu.Katanya, Pas akan memikul tanggungjawab itu sebagaimana UMNO menjadi tulang belakang kepada Barisan Nasional (BN) dalam mencorak hala tuju negara dengan kedudukannya sebagai parti paling kuat.Beliau menarik perhatian, jika DAP bertanding 40 hingga 60 kerusi Parlimen, malah jika menang 50 kerusi sekali pun, parti itu tidak dapat memerintah negara bersendirian."Pakatan Rakyat telah menerima kita (Pas) sebagai parti yang paling kuat serta mempunyai jentera ramai malah kita juga sanggup pikul tanggungjawab untuk bertanding di kawasan yang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidak mahu bertanding."Jadi, jika mereka (DAP) menang sekali pun mereka tidak boleh memerintah sendiri kerana kita adalah tulang belakang rakyat dan tulang belakang itu adalah orang Melayu kita," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah perdana sempena Himpunan Hijau Pas ke Putrajaya Ganti UMNO Peringkat Negeri Terengganu di Padang Mengkuang, Bukit Payung di sini malam tadi.Pada pilihan raya umum ke-12, Pas bertanding di 66 kerusi Parlimen dan menang 23 daripadanya, lebih kecil berbanding DAP dan PKR masing-masing bertanding di 47 dan 97 kerusi di mana DAP menang di 28 kawasan dan PKR pula 31."Kita telah berdebat 20 tahun dengan bukan Islam, akhirnya DAP terima keputusan, sekiranya kita memerintah mereka akan terima semua syarat kita tetapkan seperti (kedudukan) agama Islam, bahasa Melayu dan hak orang Melayu," ujar Abdul Hadi.Sementara itu, ketika ditanya oleh pemberita sekiranya Pas memperoleh kemenangan terbesar kelak, apakah ia masih ingin melantik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, Abdul Hadi berkata:"Belum ada keputusan lagi siapa...nanti selepas menang baru kita putuskan.Sebelum ini, Pas pernah menyatakan persetujuan sebulat suara dengan parti komponen pembangkang lain untuk melantik ketua pembangkang itu sebagai Perdana Menteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa