Jumaat, 20 Januari 2012

DEDAH YABEDABEDOO! RM200 UNTUK PENDEMO 901 PATUTLAH RAMAI.

Sumbangan amenoworld. Kalau Rafizi nak Saman, sila Saman amenoworld.

amenoworld yang kata :-
SMS dari rafizi beb. Dia bagi rm200 seorang time demo 901. Itu pasal ramai yang datang. Datang sebab duit. Bukan pasal perjuangan. Bukan pasal keikhlasan. Tapi pasal duit. Ahli2 pkr seme boleh dibeli guna wang. Depa memang hampeh !!!! Depa memang jahat !!!!
G mati lah weh. Mati. Aku cakap mati. Faham tak? - Amenoworld
Kah ... kah ... kah ... kah .... patut la pun. Jom kita kira, RM200 x 5,000 orang yang dikatakan hadir = RM1,000,000.00 banyak tu bro! Banyaknya duit Rafizi sebagai pembantu kepada Penasihat Ekonomi Selangor yang cuma bergaji RM1.00. SPRM kena siasat ni! Patutlah Rafizi selamba derk bila di saman RM100 juta.

Dari mana datang duit sebanyak itu? Pelik juga bila poin berkumpul di Dataran Merdeka. Pejabat Majlis Peguam tidak jauh dari situ.

Ada kemungkinan ke wang-wang dana Majlis Peguam disalahgunakan? Woooo SPRM kena siasat ni.

Ya lah kerana akhir-akhir ini Majlis Peguam makin galak menaikkan fee keahlian serta sanggup menganiayai mana-mana ahlinya yang lambat bayar denda.

Hamba fikir hendak buat laporan polis lah mengenai perkara ini. Bukti sudah ada. Apakata rakan-rakan semua?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

RUPANYA SELAMA INI PAS PARTI ASSOBIYAH DAN HIBURAN.

Apabila PKR dan DAP Selangor bersepakat memecat PAS dari memegang potfolio Hal Ehwal Agama wajah hipokrit PAS didedahkan. Kenapa PKR dan DAP Selangor memberikan potfolio Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan kepada PAS? 

Menurut kenyataan Khalid Gagap bahawa potfolio agama memerlukan seorang ADUN yang bertanggungjawab dan berkaliber. Manakala potfolio Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan tidak kurang penting menurut kenyataan-kenyataan pemimpn PAS parasit yang dimalukan dan dikhianati oleh PKR dan DAP Selangor. DAP Selangor sahaja tidak membuat sebarang kenyataan mengenai isu pemecatan Hasan Ali dan pemecatan PAS dari potfolio agama. 

Kita amat arif dengan reaksi berdiam diri DAP tersebut. Maklumlah DAP mendapat apa yang dihajatinya. Buat apa hendak membuat bising? DAP hanya membuka mulut jika hajat mereka tidak tercapai sepertimana reaksi mereka dalam isu DUMC dan isu rampasan bir. Ucapan simpati pun DAP Selangor tidak berikan kepada Hasan Ali. Begitulah hinanya PAS di mata DAP Selangor.

Anda semua perlu faham DAP dan PKR membawa fahaman sosialisma. Sama seperti regim mahazalim NAZI di bawah Hitler. Mana-mana pemimpin PAS yang tidak sehaluan dengan ajaran 'suci' sosialisma panutan DAP dna PKR wajib di'bersih'kan dari Pakatan mereka. 

Pemecatan Hasan Ali adalah berdasarkan kepada sebab musabab itu. Salah satu hikmah pemecatan Hasan Ali ialah untuk menyedarkan semua Melayu Islam bahawa Pakatan DAP PAS PKR merupakan ancaman paling besar kepada akidah dan tauhid umat Melayu Islam. Pakatan itu juga menjadi ancaman besar kepada harmonian antara agama di Malaysia dan perpaduan kaum. 
Fahaman sosialisma tidak sesuai dengan budaya orang Malaysia.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

MANA HAK PERADILAN UNTUK SAIFUL MANGSA LIWAT?


" Perkara perlu bagi kemenangan kejahatan ialah orang-orang baik berdiam diri"
~Ahli Pemikir Kurun ke 18

"Peradilan yang dilewatkan adalah peradilan yang dinafikan" 
~Pepatah Perundangan.

Hari ini adalah hari terakhir memfailkan rayuan bagi kes liwat II. setakat pada masa artikel ini di tulis, hamba tidak mempunyai sebarang maklumat samada Peguam Negara telah, sedang ataupun tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan hakim dalam kes liwat II.  Ini kerana artikel ini ditetapkan untuk terbit pada waktu ianya dikeluarkan lebih lewat dari waktu penulisan artikel ini.

Jika Peguam Negara telah memfailkan Notis Rayuan maka abaikan sajalah artikel ini.

Jika Peguam Negara tidak memfailkan Notis Rayuan maka pada fikran hamba ianya merupakan satu penafian hak dan proses peradilan buat seorang mangsa liwat.

Justeru itu, Majlis Peguam amat patut dipersalahkan kerana menyeru Pejabat Peguam Negara tidak memfailkan Notis Rayuan termasuklah pihak Peguam Negara sendiri (jika Notis Rayuan tidak difailkan).

Jika sudah difailkan maka diucapkan tahniah lah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KOMPLOT PENGKHIANATAN PKR & DAP KE ATAS PAS SELANGOR.


Isu pemecatan Hasan Ali dari PAS dan dari EXCO Selangor adalah semudah A, B , C. Hasan Ali di pecat bukan kerana beliau pelesit, pro UMNO atau sepertimana tuduhan PAS Pusat untuk melindungi malu mereka. Hasan Ali di pecat kerana:-
  1. Sebelum ini lantang bersuara menentang gagasan penggunaan kalimah Allah secara terbuka;
  2. Berani mengambil langkah merampas bir;
  3. Berani mempertahankan wang zakat dari di salahguna;
  4. Berani mempertahankan JAIS dan MAIS;
  5. Berani menegur Ronnie Liu dan mencegah maksiat pada malam sambutan tahun miladiah;
  6. Berani mempertahankan martabat agama Islam
  7. Berani mendedahkan amalan menyalahi syariat seperti bai'ah talak tiga
  8. Berani mempertahankan perpaduan umat Melayu Islam
  9. Berani mengkritik polisi Negara Kebajikan yang berdasarkan kepada Buku Jingga
  10. Berani mempertahankan akidah umat Islam dengan membuat siasatan ke atas gereja DUMC
  11. Berani mempertahankan akidah umat Islam dengan menyokong HIMPUN
  12. Berani mengkritik Anwar Ibrahim di atas kes liwat II

Pemimpin PAS Pusat sahaja yang tidak berani untuk melakukan perkara di atas di atas satu sebab sahaja yakni takut kehilangan kuasa politik di tangan mereka. Jika mereka hilang kuasa politik mereka akan kehilangan punca pendapatan mereka kerana mereka percaya rezeki itu berada dalam genggaman Anwar Ibrahim dan DAP bukan berada dalam genggaman Allah SWT. 

PAS menentang UMNO bukan di atas perjuangan Tauhid atau atas apa jua sebab yang dilemparkan kepada UMNO tetapi semata-mata atas sebab bersaing kuasa politik dengan UMNO. Paling mudah dan jalan pintas untuk menang ialah PAS menjual agama dan memburukkan UMNO.


Perjuangan agama Islam tidak menjanjikan kemewahan, wang ringgit dan pangkat. Sesuatu yang tidak disukai oleh pemimpin PAS Pusat. Perjuangan PAS ialah menjual agama bagi mendapatkan habuan duniawi. Hanya Hasan Ali yang menyedarinya sementara yang lain masih lena di buai mendengar petikan gitar elektrik dendangan Azhar Idrus di pentas hiburan.

Tidak mengundi PAS tidak memudaratkan perjuangan Islam tetapi kini jika mengundi PAS itu amat memudaratkan perjuangan Islam kerana PAS sudah ditarbiyahkan menjadi sekular dan sosialis oleh PKR dan DAP.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

AKHBAR CINA MEROYAN BILA MELAYU KUAT.



Akhbar Cina amat suka meroyan sebab komuniti Cina amat percayakan tahyul. Tahun ini adalah Tahun Naga Air. Unsur Naga Air amat bertentangan dengan unsur tahun kelahiran ramai pemimpin Pakatan. Jadi takde ONG buat Pakatan. Kebanyakan tahun kelahiran pemimpin BN bersesuaian dengan 'Chi' Naga Air. Jadi menurut pakar Feng Shui Pakatan, jika Pakatan hendak menang kena sumbatkan Anwar Ibrahim dalam penjara. tetapi kitab Tajul Muluk Melayu lagi bijak. Dibebaskan Anwar Ibrahim. Aura negatif Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng serta Lim Kit Siang yang bawa aura malang dan sial terus melekat dan melekit pada Pakatan. Sebab itu terpaksa guna Ambiga dan SMM buat kecoh agar pilihanraya tidak di buat pada tahun ini. Oleh kerana lambang PAS ialah BULAN , untuk menang Bulan perlu di telan oleh Naga Air. Malangnya bila Bulan di telan Naga Air ianya semakin bertambah malang bagi Pakatan. Kenalah bakar banyak mercun kasi halau sama Bulan. Itu lah pasal Khalid G nyanyi Biar Bulan Bicara Sendiri.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

APA NI SUKA CABUL-CABUL MAHASISWI.. OTAK LETAK DI MANA??!!!

Gambar Hiasan

Cerita ini sudah lama dan di petik dari rakan bloger Empayar Pemuda yang memetik lapuran berita dari Mymetro. Insiden pencabulan dan gangguan seksual di IPTS terutamanya di ibukota dan Selangor semakin ketara. Dilakukan oleh pensyarah lelaki miang hidung belang lanjut usia seperti Anwar Ibrahim. Pihak Pusat Pengajian Tinggi terutama KPT sepatutnya melakukan kajian dan mendedahkan kepada umum mengenai statistik aduan jenayah seksual dan pencabulan yang dilakukan terhadap mahasiswa/i. Bukan setakat menjual populariti melalui pemansuhan AUKU. Bayangkanlah jika AUKU tiada, tidak mustahil ramai mahasisa/i bakal menjadi mangsa rogol, liwat, penderaan seksual dan pencabulan kerana di ugut oleh pensyarah-pensyarah miang untuk lulus cemerlang. Adam Adli dan SMM sepatutnya memperjuangkan perkara-perkara seperti ini dan bukannya setakat turun bendera dan gantung pocong depan bangunan.
Pensyarah miang. Itulah gelaran buat seorang lelaki yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang berusia 50-an apabila mencabul seorang pelajar perempuan dalam biliknya di universiti berkenaan, kelmarin.
Lebih keji, pensyarah itu didakwa cuba memaksa pelajar berusia 23 tahun berkenaan melakukan aksi ringan-ringan dengan mengumpan untuk meluluskan pelajar itu dalam peperiksaan selepas mangsa enggan melayani kehendak seksualnya.
Bagaimanapun, keengganan mangsa memenuhi permintaannya menyebabkan pensyarah itu mula bertindak kasar dengan meraba serta mencium gadis terbabit menyebabkan berlaku pergelutan dalam bilik berkenaan.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa bernasib baik apabila berjaya keluar dari bilik pensyarah berkenaan sebelum membuat aduan kepada pensyarah lain dan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini.
Sumber berkata, kejadian bermula ketika mangsa mahu ke bilik pensyarah berkenaan bagi menghantar tugasan yang diberikan. “Namun, dia terserempak lelaki itu di luar bilik sebelum mangsa diberikan kunci dan diarah menunggu di dalam bilik itu.
“Pensyarah itu muncul kira-kira 10 minit kemudian. Sebaik masuk ke biliknya, pensyarah berkenaan terus memegang pipi mangsa sebelum duduk di kerusinya,” katanya. Beliau berkata, mangsa yang bingung dengan tindakan itu memberitahu mahu menghantar tugasan. “Bagaimanapun, pensyarah itu mendakwa tidak mahukan tugasan berkenaan sebaliknya memberitahu mahukan benda lain,” katanya.
Sumber berkata, mangsa yang tidak faham kemudian bertanya apa yang dimahukan pensyarahnya itu.“Dengan bersahaja, pensyarah itu bangun dan mengunci pintu bilik sebelum menarik tangan mangsa serta memeluknya. Lelaki terbabit kemudian memberitahu mahu mencium mangsa.
“Mangsa cuba menolak dengan baik, namun lelaki itu terus meraba badannya walaupun dia merayu tidak diperlakukan demikian,” katanya. Katanya, mangsa yang bengang dengan tindakan itu memarahi pensyarah terbabit. “Difahamkan, lelaki itu dengan bersahaja mengumpan untuk meluluskan mangsa jika memenuhi kehendak seksualnya,” katanya. 
Biarpun diumpan dengan keputusan cemerlang, mangsa masih berkeras menolak pelawaan lelaki itu menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka. Pelajar terbabit bernasib baik kerana berjaya keluar dari bilik sebelum membuat aduan kepada pensyarah dan kakitangan universiti berkenaan. Mangsa yang trauma dengan insiden itu kemudian tampil membuat laporan di IPK Kuala Lumpur, selepas dinasihatkan rakan, pensyarah lain dan keluarganya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
Katanya, siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK). mymetro.
Hamba ketengahkan isu ini kerana hamba perhatikan semakin ramai mahasiswi di ganggu secara seksual di IPTS dan isu ini KPT terutama Saipudin Dolah dan Khaled Nordin main tutup sebelah mata. Sedangkan masalah gangguan seksual ke atas mahasiswi semakin ketara dan serius di IPTS. Khalid G pun sama. Apa jadi pada orang besar UNISEL yang pernah di dakwa telah merogol seorang mahasiswi? Terlepas begitu sahajakah? Bayangkanlah bila seorang peliwat dijadikan Perdana Menteri Malaysia, hamba tidak tuduh siapa-siapa. Gerun !

TEPUK DADA TANYA IMAN!

DEN DAH KOBAKAN JANGAN PAKSA DEN UNDI KALAU TAK SEPEMES NAJIB.


Sejak kebelakangan ini, kami diberi pendedahan kepada banyak psiko-terapi supaya kami akur dan setuju dengan pilihan negeri calon untuk setiap kawasan. Walaupun kami sudah lama beri feedback bahawa ada bakal calon yang bermasalah, rumahtangga dalam kucar kacir, masalah mental dan psikologi, tetapi negeri masih dengan pendirian bahawa bakal calon itu adalah yang terbaik HANYA kerana mereka dapat menguasainya demi kepentingkan diri mereka sendiri, dan bukan Agama Bangsa dan Negara.

Cuba kami lihat satu per satu bakal calon yang menggunakan title pengarah parlimen, pengerusi parlimen, exco pengerusi parlimen dan lain lain, dalam parlimen yang kami sudah kalah sepenuhnya. Walaupun kumpulan penyelidik sudah memberi taklimat kajian mereka bahawa seluruh parlimen dan dun adalah hitam, mereka masih seronok di kedai mamak memikir bagaimana nak manipulasi majlis perbandaran masing masing setelah 'menang' dalam pilihanraya umum depan. Mereka tengah gembira kira dan kipas, dengan bermimpi bahawa ketua mereka akan bawa mereka semua ke gelanggang kekayaan selepas pilihanraya umum hadapan


Inilah masalahnya, ubah belum, tukar sudah. Semua nak kaya gunakan politik? Sejauh mana mereka akan pergi, selepas PRU depan, kami akan nampak sejauh mana ketua dan kroni dia dapat menikmati kemarahan rakyat setelah ditipu denga janji janji yang tidak akan ditunaikan, kerana mereka lebih sibuk mengumpul harta secara haram, daripada berkhidmat untuk rakyat. Tak payah berbaik di depan kerana kami tahu anda syaitan di belakang dan wajib ditentang demi Agama Bangsa dan Negara.

Suara kami adalah suara majoriti, suara kami akan tentukan hidup mati kemaraan politik anda. Sudah tentu kami akan tentang calon bermasalah, kronik rasuah dan yang penting, masalah mental sampai ugut semua untuk sokong dia jadi pemimpin yang akhirnya akan rosakkan masa depan anak kami. "Tentang confirm tentang". "Lawan tetap lawan". Ubah tetap diubahkan. - Kritis-Online -

Keris amat bersetuju dengan pendapat tersebut dan melihat polemik 'selesa' ini kian merebak sementelahan PRU13 semakin menghampiri. Melihat daripada satu sudut yang lain, mereka yang bergerak sebagi jentera juga seharusnya lebih efektif dan agresif. Usah bersungguh-sungguh pasti memberi kesan yang baik. Ingatlah, kita sudah tiada masa lagi..

Terbaik dari Keris 7 Lok dan Kritis Online.

TEPUK DADA TANYA IMAN!


KARTEL CINA KAPIR LAKNAT DI MASAK KARI OLEH RBF.


NATIONAL FEEDLOT CENTER - Kerajaan Pusat Punya

NATIONAL FEEDLOT CORPORATION - Swasta Punya


Isu NFC ini sebenarnya senang sahaja. 

Jika ianya milik suami kepada Wan Azizah binti Ismail, Zuraida Ampang atau milik Elizabeth Wong , maka isu tersebut tidak akan menjadi masalah besar.

Akan tetapi oleh kerana ianya milik suami dan anak-anak kepada Shahrizat Jalil, seorang pemimpin besar Umno , maka perkara tersebut perlu ditumis, digoreng dan digulai sampai lunyai. 

Pembangkang harus mencari jalan dalam keadaan apa sekali pun untuk memastikan Shahrizat berundur. Jika Shahrizat berundur , maka lemahlah Wanita Umno. Apabila lemah Wanita Umno maka lemahlah Umno untuk menghadapi PRU akan datang. Ini kerana kekuatan jentera pilihanraya Umno dikuasai oleh Wanita Umno. 

Jika anda betul-betul memahami isu ini , ianya tidak timbul isu kegagalan atau salah guna kuasa atau kronisme seperti yang dicanangkan oleh pembangkang. 

Ada dua NFC yang mempunyai entiti yang berbeza.

NFC - National Feedlot Centre (Pusat Fidlot National) - Di bawah Kerajaan Pusat.

NFC - National Feedlot Corporation ( Perbadanan Fidlot Kebangsaan) - Sebuah syarikat perniagaan swasta milik Datuk Seri Mohd Salleh dan anak-anaknya. Boleh dilihat di sini

Dalam setahun lebih dari RM 1 Bilion wang kita bertukar menjadi Rupee India serta Dollar Australia dan New Zealand hasil dari pengimportan daging dari negara-negara mereka.

Satu masalah besar dengan daging import yang tidak selesai-selesai sehingga ke hari ini adalah berkenaan dengan status halal. Cara penyembelihan mereka yang diragui. Waktu wakil negara kita pergi melawat mereka sembelih dengan baik. Bila wakil kita balik , apa yang mereka buat kita pun tak tahu. 

Beberapa tahun lepas timbul satu isu di India, dimana sebuah NGO antarabangsa membantah tindakan penyembelih lembu disana yang menyembur bahagian mata lembu dengan sejenis spray sebelum disembelih. Tujuan dilakukan begitu adalah untuk memudahkan kerja mereka menyembelih.

Dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan tanah seluas 5000 ekar telah diperuntukkan untuk menjayakan projek berkenaan. 

Kerajaan telah membuka peluang kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengemukakan cadangan dan membentangkan kertas kerja projek mereka. Sebanyak 6 buah syarikat menghantar proposal mereka. 

Akhirnya kerajaan memutuskan untuk melantik dua syarikat bagi menjayakan projek berkenaan berdasarkan tawaran terbaik yang dikemukakan mereka. 

Dua syarikat berkenaan adalah Agroscience Industries yang kemudiannya menubuhkan NFCorp Sdn Bhd. Manakala sebuah syarikat lagi adalah Lambert Agriculture (M) Sdn Bhd, tetapi menarik diri kemudian.

Pada tahun 2007 MOF telah meluluskan pinjaman sebanyak RM 250 juta kepada NFCorp bagi memulakan projek. Disini anda perlu faham , apabila disebut lulus bukannya mereka dapat seketul wang itu RM 250 juta. Mereka dapat berperingkat-peringkat berdasarkan kemajuan projek. Sehingga ke hari ini NFCorp menerima wang sebanyak RM 181 juta. Masih ada berbaki RM 69 juta di tangan kerajaan.

Pembangkang dok gebang, 

Keluarga Shahrizat dapat 250 juta duit rakyat.....

Keluarga Sharizat dapat tanah 5000 ekar.....

Lembu hanya ada seekor....

Tak betul....

Itu semua tak betul.....

RM 250 juta itu adalah pinjaman yang perlu dibayar balik dalam masa 17 tahun dengan kadar interest sebanyak 2 % setahun.

Tanah 5000 ekar itu adalah tanah milik Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan (MBI)  yang diperuntukkan untuk disewa oleh pengusaha-pengusaha fidlot. NFCorp memajak tanah tersebut dengan keluasan 1500 ekar dari MBI. Yang baki 3500 ekar itu masih lagi milik MBI.

Tentang dakwaan Rafizi dan Zuraidah kononnya projek tersebut gagal dan lembu hanya seekor sahaja telah lama dijawab oleh rakan-rakan blogger saya. Anda boleh lihat gambar di sini.

Yang gagal adalah projek kambing janapari yang diusahakan Kerajaan Kelantan. Jangan kata seekor kambing, difahamkan tahi kambing pun tak nampak. Bab ini mungkin blogger kickdefella boleh terangkan dengan lanjut.

Selain projek kambing janapari , apa telah jadi kepada projek Kelantan Koridor Depu ? Berapa banyak duit rakyat Kelantan yang terbarai hasil kegagalan projek itu ? Kalau boleh kita minta blogger kickdefella tolong jawab. 

Bab pelaburan dalam bidang hartanah oleh ahli perniagaan perkara biasa. Kerajaan beri pinjaman kepada NFCorp sebanyak RM 250 juta untuk projek yang memakan masa 30 tahun. Sudah tentu angka itu tak cukup. Itu terpulang kepada mereka bagaimana cara untuk mereka membiakkan duit tersebut bagi menjayakan projek mereka. 
Tentang dakwaan Rafizi dan Zuraidah kononnya projek tersebut gagal dan lembu hanya seekor sahaja telah lama dijawab oleh rakan-rakan blogger saya. Anda boleh lihat gambar di sini.

Yang gagal adalah projek kambing janapari yang diusahakan Kerajaan Kelantan. Jangan kata seekor kambing, difahamkan tahi kambing pun tak nampak. Bab ini mungkin blogger kickdefella boleh terangkan dengan lanjut.
Bab pelaburan dalam bidang hartanah oleh ahli perniagaan perkara biasa. Kerajaan beri pinjaman kepada NFCorp sebanyak RM 250 juta untuk projek yang memakan masa 30 tahun. Sudah tentu angka itu tak cukup. Itu terpulang kepada mereka bagaimana cara untuk mereka membiakkan duit tersebut bagi menjayakan projek mereka. 

Lainlah sekiranya mereka ambil duit pinjaman dari kerajaan dan pergi beli kondo serta tanah, tapi projek tidak laksanakan. Kalau begitu caranya sebelum dapat kepada PKR dan Pas, awal-awal lagi aku dulu yang 'sembelihkan' mereka. 

Jika mereka tidak serius untuk menjayakan projek, tidak mungkin mereka sudah habiskan berpuluh-puluh juta untuk membangun segala kemudahan dan membawa lembu-lembu dari luar negara masuk. Melakukan kacukan baka-baka lembu dan pelbagai kerja-kerja lain lagi. Jika mereka tidak serius tidak mungkin anak lelaki Datuk Saleh yang juga anak seorang menteri yang hidup selesa di bandaraya KL sanggup pergi tinggal di rumah kakitangan dalam ladang lembu di Gemas untuk memastikan segala urusan perniagaan berjalan lancar.

Berbalik kepada kisah hartanah yang mereka beli. Dimanakah lokasi yang mereka beli  ? Kondo di Bangsar dan di Singapura , serta tanah di Putrajaya. Tempat-tempat yang hartanah bernilai tinggi dan mudah untuk dijual. Tidakkah itu satu pelaburan yang bijak ? Tindakan mereka perlu dipuji kerana berusaha cari jalan untuk menambah wang bagi menjayakan perniagaan, dan bukannya dengan cara meminta kerajaan menambah pinjaman kepada mereka. 

Apakah ahli perniagaan Ah Seng dan Ah Hock tidak melakukan perniagaan sedemikian cara ? Sudah tentu ya. Jika Ah Seng dan Ah Hock boleh melakukan begitu, kenapa pula Saleh tak boleh ? 

Nukilan terbaik dari RBF

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PELAJAR BIADAP UGUT BUNUH DS NAJIB DI TAHAN PDRM.


ALOR SETAR, 19 Jan Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan polis hari ini, kerana menulis kenyataan berunsur lucah dan berbaur ugutan terhadap Perdana Meteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial. 


Penuntut wanita berusia 20 tahun dari sebuah IPTS di Kuala Muda itu ditahan pada pukul 9 pagi, selepas polis menerima laporan mengenai kenyataan yang dipercayai ditulis wanita tersebut pada akaun Facebook miliknya. 


Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 10 malam semalam mengenai perkara itu, dan menahan penuntut terbabit selepas mengenal pasti pemilik akaun Facebook tersebut. 


"Kita telah ke universitinya dan melalui pihak universiti, kita telah memanggil pelajar itu untuk diambil kenyataan berhubung berkara itu," katanya kepada pemberita, di sini malam ini.


Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik pelajar tahun dua IPTS tersebut untuk siasatan. 


"Kita juga turut memanggil ibu bapa pelajar itu bagi membantu siasatan," kata Ahmad.
Katanya memandangkan pelajar itu masih lagi dalam minggu peperiksaan, pihaknya telah membebaskan pelajar tersebut petang tadi selepas diambil keterangan bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan. 


"Kita akan memanggil beberapa individu lain untuk memberi keterangan berhubung perkara ini. Kita juga akan memanggil pelajar tersebut pada bila-bila masa jika perlu," katanya.


Beliau berkata pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan terhadap pelajar itu dan akan menyiasat dengan terperinci perkara tersebut. 


"Kita telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA


TEPUK DADA TANYA IMAN!

YIPPIKAYE ! BIAR BULAN BICARA SENDIRI EXCO AGAMA SELANGOR.


I Also Kan Sing You Know ! But I From PAS Ganu .. I Kanot Be EXCO AGAMA ?

Dun cry-cry la PAS. Ostat Azhar Idrus kan sing also kanot be EXCO Agama in Selangor. If u kan sing-sing like Khalid G from PKR the song ' BIAR BULAN BICARA SENDIRI' then yu can be EXCO AGAMA lah. Wat to do ? Azhar Idrus has to sing dangdut also if wan-wan to be EXCO AGAMA.



A Multi-Purpose MB ?
Selamatkan akidah dan iman keluarga, pengikut , saudara-mara, rakan taulan dan anda sendiri dengan menolak PKR DAP PAS pada PRU13 nanti!

TEPUK DADA TANYA IMAN!

TAK GUNA RATING POPULAR DS NAJIB JIKA MENTERI LAIN BUAT TINDAKAN TAK POPULAR.


 

Di petik dari rakan bloger laman Izz's. Rajah di atas adalah kajiselidik dari Universiti Malaya membandingkan populariti DS Najib dengan Anwar Ibrahim. Petikan daripada laman Izz's:-
Mengenai video yang didedahkan 'Datuk T' diri yang mendakwa Anwar mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, 35 peratus responden tidak percaya lelaki dalam video itu adalah Anwar. 
Sejumlah 46 peratus responden lagi tidak pasti, manakala 20 peratus percaya ianya adalah Anwar.
Apapun, 38 peratus responden merasakan publisiti terhadap video seks itu telah menjejaskan kredibiliti Anwar, manakala selebihnya merasakan video itu tidak memberi kesan, atau tidak pasti.
Sebahagian besar responden yang percaya lelaki dalam video itu adalah ketua umum PKR itu, dan video tersebut menjejaskannya, adalah di kalangan responden Melayu. 
Hamba agak musykil kerana DS Najib yang popular manakala menteri-menteri lain mengambil tindakan-tindakan yang tidak popular. Pada fikiran Hamba masih banyak lagi yang perlu DS Najib pertimbangkan dalam meraih kembali sokongan pengundi protes, pengundi muda di samping mengekalkan pengundi setia. 

Secara jujur, banyak tindakan menteri-menteri BN dari UMNO dan MCA merupakan tindakan yang tidak popular langsung di kalangan pengundi setia. Manakala jentera parti pula seringkali terlambat dalam memanipulasikan isu-isu yang menyebelahi BN/UMNO. 

Hamba hanya mengharap setelah semua usaha dilakukan agar kejayaan kembali semula ke pangkuan BN/UMNO. Hamba berharap juga agar menteri-menteri BN dari UMNO dan dari MCA serta MIC lebih proaktif dari sekarang. Termasuklah semua jentera tempur siber UMNO.

TEPUK DADA TANYA IMAN!