Jumaat, 20 Januari 2012

TAK GUNA RATING POPULAR DS NAJIB JIKA MENTERI LAIN BUAT TINDAKAN TAK POPULAR.


 

Di petik dari rakan bloger laman Izz's. Rajah di atas adalah kajiselidik dari Universiti Malaya membandingkan populariti DS Najib dengan Anwar Ibrahim. Petikan daripada laman Izz's:-
Mengenai video yang didedahkan 'Datuk T' diri yang mendakwa Anwar mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, 35 peratus responden tidak percaya lelaki dalam video itu adalah Anwar. 
Sejumlah 46 peratus responden lagi tidak pasti, manakala 20 peratus percaya ianya adalah Anwar.
Apapun, 38 peratus responden merasakan publisiti terhadap video seks itu telah menjejaskan kredibiliti Anwar, manakala selebihnya merasakan video itu tidak memberi kesan, atau tidak pasti.
Sebahagian besar responden yang percaya lelaki dalam video itu adalah ketua umum PKR itu, dan video tersebut menjejaskannya, adalah di kalangan responden Melayu. 
Hamba agak musykil kerana DS Najib yang popular manakala menteri-menteri lain mengambil tindakan-tindakan yang tidak popular. Pada fikiran Hamba masih banyak lagi yang perlu DS Najib pertimbangkan dalam meraih kembali sokongan pengundi protes, pengundi muda di samping mengekalkan pengundi setia. 

Secara jujur, banyak tindakan menteri-menteri BN dari UMNO dan MCA merupakan tindakan yang tidak popular langsung di kalangan pengundi setia. Manakala jentera parti pula seringkali terlambat dalam memanipulasikan isu-isu yang menyebelahi BN/UMNO. 

Hamba hanya mengharap setelah semua usaha dilakukan agar kejayaan kembali semula ke pangkuan BN/UMNO. Hamba berharap juga agar menteri-menteri BN dari UMNO dan dari MCA serta MIC lebih proaktif dari sekarang. Termasuklah semua jentera tempur siber UMNO.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa