Apabila PKR dan DAP Selangor bersepakat memecat PAS dari memegang potfolio Hal Ehwal Agama wajah hipokrit PAS didedahkan. Kenapa PKR dan DAP Selangor memberikan potfolio Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan kepada PAS?
Menurut kenyataan Khalid Gagap bahawa potfolio agama memerlukan seorang ADUN yang bertanggungjawab dan berkaliber. Manakala potfolio Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan tidak kurang penting menurut kenyataan-kenyataan pemimpn PAS parasit yang dimalukan dan dikhianati oleh PKR dan DAP Selangor. DAP Selangor sahaja tidak membuat sebarang kenyataan mengenai isu pemecatan Hasan Ali dan pemecatan PAS dari potfolio agama.
Kita amat arif dengan reaksi berdiam diri DAP tersebut. Maklumlah DAP mendapat apa yang dihajatinya. Buat apa hendak membuat bising? DAP hanya membuka mulut jika hajat mereka tidak tercapai sepertimana reaksi mereka dalam isu DUMC dan isu rampasan bir. Ucapan simpati pun DAP Selangor tidak berikan kepada Hasan Ali. Begitulah hinanya PAS di mata DAP Selangor.
Anda semua perlu faham DAP dan PKR membawa fahaman sosialisma. Sama seperti regim mahazalim NAZI di bawah Hitler. Mana-mana pemimpin PAS yang tidak sehaluan dengan ajaran 'suci' sosialisma panutan DAP dna PKR wajib di'bersih'kan dari Pakatan mereka.
Pemecatan Hasan Ali adalah berdasarkan kepada sebab musabab itu. Salah satu hikmah pemecatan Hasan Ali ialah untuk menyedarkan semua Melayu Islam bahawa Pakatan DAP PAS PKR merupakan ancaman paling besar kepada akidah dan tauhid umat Melayu Islam. Pakatan itu juga menjadi ancaman besar kepada harmonian antara agama di Malaysia dan perpaduan kaum.
Fahaman sosialisma tidak sesuai dengan budaya orang Malaysia.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
salam tuan, harap reconfirm ya GANU2012
BalasPadam