Sabtu, 14 Januari 2012

SIAPA PUNYA KERJA LETUPKAN 3 BIJI BOM HARI ITU?


Utusan Malaysia pernah melaporkannya dan Papa Gomo menulis mengenainya:-

99% menyatakan Anwar Ibrahim akan didapati bersalah dalam kes liwatnya. Dan pada 9.01.2012 tempoh hari persedian rapi telah dilakukan bagi menerima hakikat Anwar Ibrahim akan didapati bersalah dan disumbat ke dalam Sg Buloh.

Yang tahu akan dibebaskan hanya Hakim dan juga Anwar Ibrahim sahaja, maka bagi pergerakkan Angkatan Muda Keadilan mereka mesti memastikan sesuatu dalam mana mengajak rakyat melakukan rusuhan bagi membebaskan Anwar Ibrahim.
Azmin Ali pula sudah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan memecahkan pintu penjara dalam membebaskan Anwar Ibrahim dan tidak akan peduli pekara itu sama ada mendapat tentangan ataupun tidak.
Papa Gomo menulis mengenai dua senario baca seterusnya di sini PAPA GOMO 

Anwar Ibrahim dan regim pakatan sosialis selalu menyalak mengenai campurtangan politik di dalam kes nya. Kenyataan itu memang benar kerana regim pakatan sosialis sentiasa saja campurtangan di dalam kes tersebut. Manakala Barisan Nasional dan UMNO sentiasa mengelak daripada mengulas kes liwat II Anwar. 

Dari awal sehingga pada 901 dan berterusan Anwar Ibrahim mengheret regim pakatan sosialis ke dalam kes liwat II. Malah Anwar Ibrahim 'melancung' ke luar negara memberi ceramah-ceramah politik di sana sini mengenai kes liwat II. Begitulah hebatnya campurtangan politik regim pakatan sosialis di dalam kes liwat II Anwar Ibrahim. Pemimpin UMNO sahaja yang buat derk!

Hanya kami para bloger tak bertuan dan tidak bernaung di bawah mana-mana unit tempur siber BN atau UMNO yang kerap melapurkan dan mengulas mengenainya. Itupun kami di tuduh diarahkan berbuat demikian. Kami menafikannya. Malah setiapkali kami mengulas mengenai kes liwat II setiapkali itu jugalah letih kami melayan sms daripada wakil pemimpin UMNO dok beri 'nasihat-nasihat skema seperti' 'jangan tulis nanti UMNO di tuduh' dan 'Jangan jadi liabialiti kepada UMNO lah' ' U all buat UMNO malu lah " dan macam-macam lagilah. 


Bayangkanlah sampai kami di jerat masuk dan di pujuk sebegitu rupa oleh UMNO dan BN dengan pengiktirafan sebagai Pejuang Barisan Hadapan !(dengan harapan kami tidak melapurkan dan mengulas lagi mengenai kes liwat II anwar Ibrahim- pujukan secara halus) Begitulah pemimpin UMNO/BN berusaha bersungguh-sungguh untuk di lihat tidak campurtangan dalam kes liwat II Anwar Ibrahim.


Justeru itu, sudah pasti kejadi letupan bom tersebut tiada kaitan langsung dengan UMNO/BN, PERKASA mahupun PEKIDA. Kalau begitu pihak siapa yang mempunyai motif untuk berbuat demikian? Anda tentu sudah dapat membuat agakan yang bijak.


TEPUK DADA TANYA IMAN! 

BUDAYA GANAS DI KALANGAN ANAK MUSLIMAH PAS KELANTAN???!!


Ganas nyaaaaaaaaaa ........ !!!!!! Bakal pengganti Unit Komando Srikandi PKR atau Muslimah PAS?
Takde peluang lah nak masuk koir KAK UDA pom-pom gurlz.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

MULAI 15HB JANUARI 2012 SILA SEMAK STATUS PERMOHONAN BR1M.


Salam satu malaysia semua.hari ini adalah khabar gembira bagi kesemua mereka yang telah pun membuat permohonan bantuan rakyat 1 malaysia kerana 15 januari ini anda boleh mulai menyemak status permohonan anda.pemberian bantuan ini akan di edarkan secara  berperingkat di seluruh negara bagi permohonan yang lulus kerana di katakan bagi memastikan supaya tiada keciciran dan kehilangan yang berlaku nanti.

CARA MENYEMAK STATUS PERMOHONAN BR1M:
Pemohon boleh membuat semakan dengan mendail no di bawah ini bermula 16 januari 2012 jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang.talian hotline ini akan beroperasi setiap hari berkerja  sehingga tamat tempoh selama 2 bulan seperti yang dirancangkan.talian hotline:1-800-222-500/1-300-88-3010

PEMAKLUMAN DAN CARA BAYARAN BR1M:
Setiap permohonan akan diberimaklumkan melalui pos dan setiap permohonan yang lulus atau berjaya akan menerima surat pemakluman bersertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar di adakan.dan untuk mereka yang berada di luar bandar akan diberi kemudahan oleh kerajaan di mana kerajaan akan menyediakan keunter bank bergerak bank simpanan nasional,cimb dan mybank pada majlis penyerahan itu.baucar br1m juga boleh di tunaikan di cawangan bank seluruh malaysia.

JIKA PERMOHONAN GAGAL:
Bagi pemohon yang gagal, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

DS NAJIB TEMPELAK REGIM SOSIALIS DAP PKR PAS.

Semalam Jumaat 13 Januari 2012, DS Najib telah membuat kunjungan ke Kompleks PKNS Shah Alam bagi membantu para peniaga Melayu yang telah teraniaya gara-gara regim sosialis PKR + DAP+PAS. Beliau mengatakan bahawa kenaikan kadar sewa 100% ke atas adalah keterlaluan sedangkan perniagaan tidak bertambah maju. Berkenaan dengan usul agar kerajaan Pusat mengambil-alih Kompleks PKNS, Shah Alam, DS Najib berkata ianya agak rumit kerana melibatkan perbincangan dnegan regim sosialis dap pkr pas. Sudah tentu regim dap pkr pas akan mengenakan syarat-syarat yang ketat. Oleh itu katanya adalah lebih mudah jika Barisan Nasional mengambil-alih kerajaan negeri Selangor daripada regim sosialis dap pkr pas.


Benarlah pesan orang-orang tua dulu 'Bila terantuk baru lah nak terngadah'.
TEPUK DADA TANYA IMAN!

DI HUJUNG NYAWA POK NIK HALALKAN BUDAYA KLABBING.



Komen daripada pembaca MYMASSA:- 
Tanpa Nama berkata...
biasalah kuman seberang laut nampak.. gajah depan mata buat tak tau je.. kalau hamPAS boleh menegur melaka, kenapa tak tegur kelantan? owh lupa.. TAK BOLEH TEGUR APA PAS BUAT, NANTI KENA PECAT MCM HASAN ALI.. tegur org lain tak apa.. inilah sebenarnya yang berlaku dalam masyarakat kita.. tak payah tgk jauh2.. tgk dalam keluarga atau jiran kita.. ada yang sibuk suka pi serbu dan tangkap anak org, tapi anak sendiri pun terlibat maksiat.. niat tu tak betul.. pi tangkap anak org pastu heboh satu kampung.. Allah Maha Besar.. pasti kena balik kat batang hidung.. tgk harian metro hari ni.. Ladies nite jemput black.. dulu tentang sangat hiburan oleh kaum wanita ni.. tapi skrg dok sibuk cari bakat.. pastu jemput black penyanyi undangan.. bila ada yang mempersoalkan dalam facebook nik aziz, org tu dihentam pulak.. jadi nmpk sgt la yang pas buat semua halal.. ok kata hanya untuk wanita.. tapi bolehkan pas beri jaminan bahawa mereka ini tak akan buat persembahan dihadapan lelaki kelak? kesimpulannya lain kali jangan dok mengata org sangat.. tgk diri, keluarga kita dulu.. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Blackjadititikhitam/Article/index_html
 Sep Oghe Pue Jah ! (Untuk Perempuan Sahaja) tapi ada penyanyi lelaki. Astaghfirullahal-adzhiim .... Kelab Malam mungkin di dalam pertimbangan PAS Kelantan memandangkan hasil bumi dan khazanah negeri semakin menipis. PAS tidak risau jika ianya berlaku sebab UMNO kan ada untuk dipersalahkan? Buktinya sudah ada lihat video kumpulan koir KAK UDA pom-pom Gurlz. Budaya joget-joget ini dalam Pakatan mencontohi idola mereka yang hendak ditabalkan menjadi Perdana Menteri Malaysia.



Apa pendapat anda setelah melihat joget Anwar Ibrahim?
Hilang Sakit Tulang Belakangnya kan.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KES KLASIK ANAKKU ADAM ADLI VERSI BARU.


Rakan bloger penaksj menulis:-

“Ayah saya jawab, ‘saya ada facebook, saya pun ada internet.  Saya tahu’.”  
Itu reaksi bapa si mamat bebal Adam Adli bila ditanya untuk tawaran keluarganya mengatur menawarkan agar anaknya memohon maaf kepada Presiden UMNO, berikutan perbuatan Adam menurunkan bendera berwajah Perdana Menteri Najib Razak.
Itu dakwaan kononya Adam Adli menjawab kenyataan yang dikeluarkan oleh bapanya setelah Ketua Penerangan Pemuda UMNO Reezal Merican Naina Merican telah menelefon bapa Adam Adli untuk membuat tawaran itu.
 “Tak apa-lah, saya minta pertolongan Tuhan.”
Sekali lagi bapanya mengeluarkan kenyataan tersebut sewaktu bercakap di telefon bila tawaran dari saudara Reezal Merican dibuat bagi menjernihkan keadaan.
Keengganan bapanya menerima tawaran ini membawa kemelut Adam Adli terus tiada penghujungnya dan kesudahan kebiadapan Adam Adli sememangnya tiada noktah jika benar dakwaan ini keluar dari bapa Adam Adli seperti yang didakwanya.
Penulis masih enggan percaya dengan jawapan Adam Adli ini dengan mengatakan :
Bila ditanya keadaan keluarganya, setelah insiden-insiden ini berlaku, Adam menjawab, “Family saya sangat okay.  Mereka juga berjuang.”  Jawapannya disambut dengan tepukan, sebelum beliau meneruskan, “Mereka yang lahirkan saya.  Kerana mereka yang lahirkan saya, mereka lebih kenal saya, dan saya ikut mereka.”
baca seterusnya di sini PENAKSJ
Apa ada hal pun kalau Adam Adli enggan meminta maaf ? Beliau yakin dan percaya apa yang telah dilakukan olehnya itu sebagai betul hasil ajaran Anwar Ibrahim. Mati hidup balik pun Adam Adli tidak akan meminta maaf. Jadi, biarkan saja budak hingusan itu melayani keegoannya sendiri. Tiba masanya nanti beliau akan menyesal sendiri. Tan Sri P.Ramlee pernah menceritakan kepada kita jenis anak hingusan seperti Adam Adli dan kesudahannya. Meh layan klip viddeo di bawah ini. Bayangkan saja itu Adam Adli dengan bapa nya.



TEPUK DADA TANYA IMAN!

KARPAL SINGH KATA SHADDAP YOU & GANJARAN RM13,300 UNTUK MILOSUAM.


Karpal, secara terus terang mengatakan dia masih RISAU dan TAKUT dengan penghakiman bertulis yang bakal diberikan oleh Hakim nanti. Kepada Karpal, akan ada kejutan baru yang akan menyebabkan mereka kembali menjadi defensif.

Ingatan Karpal ini ditujukan kepada Izzah yang sentiasa sahaja mahukan Anwar menggunakan ‘Gear 5′ dalam ceramah – dan mengutuk Najib secara maksima.

Karpal mengingatkan Izzah tentang beberapa perkara:-
Saiful punya hak untuk membuat ‘appeal’ kepada kes yang ada. Karpal mengingatkan Izzah bahawa sebagai seorang Peguam; pasukan guaman Anwar MESTI memberikan ruang yang seluas mungkin untuk usaha ini dilakukan. Karpal mahukan semua ruang ini ‘exhaustive’; barulah Anwar layak keluar sebagai seorang bayi yang putih bersih;

Karpal sendiri mahu menguji keberkesanan hujahnya dalam mahkamah yang lebih tinggi – ini adalah soal ego Karpal sebagai peguam handalan;

Kita (team guaman Anwar) juga akan melakukan perkara sama jika keputusan tidak memihak kepada kita;

Yakin bahawa kita masih menang kerana tidak cukup bukti;
Minta Izzah lebih tumpukan kepada ‘mahkamah politik’ daripada mencampuri urusan guaman yang sedang berjalan.

Karpal siap sedia untuk ke mahkamah lagi. Kepada Karpal, apa perlu takut dengan mahkamah rayuan sekiranya kita tidak bersalah.
AIDC

Dan rakan bloger sudah menabung lagi sebagai tambahan kepada wang ganjaran PDRM dari RM10,000.00 kepada RM13,300 untuk milosuam mendedahkah siapa yang bertanggungjawab ke atas insiden letupan 3 bom pada 9 Januari 2012 di perkarangan kompleks mahkamah jalan Duta.

Itupun kalau pendedahan milosuam adalah tepat, betul dan benar. Bukan sekadar gosip liar biasa dan sensasi.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

AZHAR IDRUS ! MARI KEMBALI KEPADA AL QURAN DAN HADIS.





Ulama Su', 
Petaka Dan Fitnah

"Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri. Padahal kamu membaca Al-Kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berpikir." 
(QS. Al-Baqarah : 44)

Rasulullah SAW bersabda :
"Akan muncul di akhir zaman orang-orang yang mencari dunia dengan agama. Di hadapan manusia mereka memakai baju dari bulu domba untuk memberi kesan kerendahan hati mereka, lisan mereka lebih manis dari gula namun hati mereka adalah hati serigala (sangat menyukai harta dan kedudukan). 

Allah SWT berfirman :
 'Apakah dengan-Ku (kasih dan kesempatan yang kuberikan) kalian tertipu ataukah kalian berani kepada-Ku. Demi diriku, Aku bersumpah, Aku akan mengirim bencana dari antara mereka sendiri yang menjadikan orang-orang santun menjadi kebingungan (apalagi selain mereka) sehingga mereka tidak mampu melepaskan diri darinya."
(HR. Tirmidzi).

Diriwayatkan bahwa Allah SWT memberi wahyu kepada Nabi Dawud AS : 
"Wahai Dawud jangan engkau jadikan antara Aku dan antara dirimu seorang alim yang sudah tergoda oleh dunia, sehingga ia bisa menghalangimu dari jalan mahabbahku. Karena sesungguhnya mereka adalah para begal yang membegal jalannya hamba-hambaKu. Sesungguhnya hukuman terkecil yang Aku kenakan untuk mereka adalah Aku cabut kelezatan bermunajat dari hati mereka." 
(Jami' Bayanil Ilmi, Ibnu Abdil Bar, I/193).

Asy-Sya'bi berkata : 
"Akan ada sekelompok penduduk surga yang melongok, melihat sekelompok penduduk neraka. Lalu penduduk surga menyapa mereka dengan penuh keheranan, 'Apa yang membuat kalian masuk neraka, padahal kami masuk surga karena jasa didikan dan ajaranmu?' Mereka menjawab : Sesungguhnya kami memerintahkan kalian melakukan kebaikan namun kami sendiri tidak melakukannya."

Umar berkata kepada Ziyad bin Hudair : 
"Apakah kamu mengerti apa yang merusak Islam?" Ziyad berkata : "Tidak." Umar berkata : "Tergelincirnya seorang alim, debatnya orang munafik -dengan ayat Al-Qur'an- dan (penetapan) hukumnya para imam yang menyesatkan." 
(Riwayat Ad-Darimi).

PENJELASAN MENGENAI CIRI-CIRI ULAMA' SUU':

Ulama yang mengajak kepada kebaikan, tetapi dengan cara-cara kefasikan, seperti berdakwah dengan musik dan gendingan. Mulutnya mengajak ke surga sementara tangan dan kakinya mengajak orang lain untuk bergoyang mengikuti syetan. 


Atau berdakwah dengan menggunakan kaedah berlawak, sehingga ungkapan yang kotor dan contoh-contoh yang seronok menjadi bumbu wajib dalam setiap ceramahnya karena matlamat keberhasilannya adalah puasnya hadirin, pemirsa dan pendengar, dengan gelak tawa dan senyuman lebar sebanyak mungkin. 


Tema dan isi dakwah pun dipilih dan dikemas sesuai dengan selera para panitia dan pengunjung. Mulutnya mengajak kepada iman, namun lawakan dan kebanyolannya melupakan akhirat. 

Intinya adalah ia mencari "ridah manusia." Jenis ulama penghibur (pelawak dan pemusik) ini tidak mengikuti aturan dakwah dalam syariat Islam, tetapi mengikuti nafsu syetan demi mengejar ridha manusia.


Mereka melupai ancaman daripada Rasulullah SAW : 
"Barangsiapa yang mencari ridha Allah dengan (resiko mendapat) murka manusia, maka Allah mencukupinya dari manusia. Dan barangsiapa mencari ridha manusia dengan (menyebabkan) kemurkaan Allah, maka Allah menyerahkan dirinya kepada manusia." 
(HR. Tirmidzi, no. 2419).


TQ AAKJ !


TEPUK DADA TANYA IMAN!

BARU 2 TWEET DAP P.PINANG DAH KECOH.

Saya Baru beri 2 tweet sahaja .. Belum 'Full Swing' Lagi.

Datuk Ameer Mydin memang bijak. Hanya dengan 2 tweet shaja beliau mampu membuat DAP P.Pinang kena serangan agin ahmar. Tweet beliau mempersoalkan pengisytiharan harta oleh 11 EXCO DAP P.Pinang yang telah di buat pada 8 Mac 2008 dan pada 31 Disember 2011. 

Wow ! Selepas tiga tahun baru buat pengisyitharan harta? Sepatutnya pengisytiharan harta di buat pada setiap tahun sebagai sebuah organisasi yang kuat menyalak mengenai ketelusan, kredibiliti dan akauntabiliti. Pengisytiharan tersebut wajarlah di audit oleh Ketua Audit Negara. Agar boleh dibentangkan di dalam sidang DUN. Ini tidak, ianya di audit oleh sebuah syarikat akauntan anatarbangsa yang lapurannya tidak dapat dibentangkan di dalam sidang DUN.

Menyirap darah DAP Malaysia kerana 2 tweet tersebut lalu menuduh Datuk Ameer Mydin hendak berpolitik. Inilah sifat cauvinistik DAP yang cukup jelek dan memualkan. DAP bersikap talam bermuka-muka dan diktaktor. Jika DAP mengkritik itu adalah hak kebebasan bersuara. Jika pihak DAP di kritik itu disebabkan oleh niat jahat pihak yang mengkritik. Jahanam negara jika DAP terus memerintah. Langsung tiada kebebasan bersuara.


Amat jelas sifat hiper-hipokrasi DAP.
EXCO Selangor dan MENTERI BESAR INCORPORATED SELANGOR bila pula hendak buat audit ?
Cakap orang politik mana boleh dipercayai langsung melainkan jika ada pihak ketiga bebas yang mengesahkannya.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

DS NAJIB DEDAHKAN TARIKH PILIHANRAYA SEBENAR.


"A politician is a person who says one thing, does the opposite, and fails to acknowledge the contradiction. A leader is a person who does the right thing, no matter the consequences."  ~ Kevin Hasset
Mat Maslan pernah di petik oleh rakan bloger semuthitam sebagai berkata bahawa tarikh PRU 13 paling lewat 8 Mac 2013. Tun Dr Mahathir pernah menyuarakan agar PRU 13 di buat selepas tamat tempoh mandat PRU 12 lalu. 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau berharap pilihan raya umum akan dapat diadakan "tidak lama lagi" tetapi menurutnya kerajaan masih perlu membuktikan bahawa pembaharuan ekonomi berjaya memberikan kesan sebenar sebelum beliau bersedia mengembalikan semula kuasa kepada rakyat. 
Dalam satu wawancara yang diterbitkan Wall Street Journal hari ini, Najib berkata secara dasarnya "pilihan raya adalah satu tindakan yang perlu dilakukan berasaskan faktor keyakinan, dan ketika itulah anda melakukannya. Tetapi akhirnya ia adalah suatu keputusan yang mengikut gerak hati.
"Anda boleh memiliki semua tarikh tetapi anda mesti merasakan bahawa inilah masa yang sesuai. Saya berharap ia akan menjadi satu masa yang tepat tidak lama lagi, tetapi kami masih perlu mengotakan janji-janji kami dan ini amat penting kepada rakyat untuk merasakan bahawa pembaharuan yang dijanjikan sebenarnyamemberi manfaat kepada mereka," kata beliau.
Dalam wawancara itu, Najib dilaporkan sebagai mengakui bahawa suasana ekonomi global yang merosot terutamanya krisis hutang yang berterusan di Eropah boleh menyukarkan beliau membuat keputusan berhubung bila pilihan raya boleh diadakan.
Laporan itu menyebut ramalan ekonomi yang semakin merudum juga boleh menyebabkan Najib membubarkan Parlimen sekaligus memberi laluan pilihan raya diadakan lebih cepat daripada yang dirancang.
"Namun setakat ini, kami masih agak selesa kerana daripada segi jumlah dagangan yang melibatkan Kesatuan Eropah hanya melibatkan kira-kira 9 peratus, oleh itu kami tidak begitu terjejas," kata beliau.
"Tetapi kejatuhan zon Eropah atau bentuk bencana lain akan menjejaskan seluruh dunia."Pilihan raya umum lepas diadakan pada 8 Mac 2008 dan mandat kerajaan semasa hanya akan berakhir pada Mac 2013.
Najib berkata kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang akan meningkatkan usaha mereka untuk menguasai medan politik Malaysia dalam tempoh beberapa bulan ini.Merujuk keputusan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata sebaik keputusan itu diketahui, "kesemua ketegangan yang menyelubungi perbicaraan itu hilang dan orang ramai kini menyedari bahawa ada perkara lain yang lebih penting daripada hanya isu Anwar.
"Apa yang penting kini ialah kita mesti meneruskan kehidupan," kata beliau dan menyebut tindakan yang diambil untuk menjadikan pilihan raya umum akan datang yang lebih telus. 
Pada fikiran dan pertimbangan anda, adakah DS Najib seorang ahli politik atau seorang pemimpin? Disitulah anda menemui jawapan bagi tarikh PRU 13.

Jika anda mahu klu lagi, anda perlu merenungi keputusan mahkamah pada 9hb Januari 2012. 
"Do the right thing and do it rightly the right way"~ Ariffinbillah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!