Sabtu, 14 Januari 2012

MULAI 15HB JANUARI 2012 SILA SEMAK STATUS PERMOHONAN BR1M.


Salam satu malaysia semua.hari ini adalah khabar gembira bagi kesemua mereka yang telah pun membuat permohonan bantuan rakyat 1 malaysia kerana 15 januari ini anda boleh mulai menyemak status permohonan anda.pemberian bantuan ini akan di edarkan secara  berperingkat di seluruh negara bagi permohonan yang lulus kerana di katakan bagi memastikan supaya tiada keciciran dan kehilangan yang berlaku nanti.

CARA MENYEMAK STATUS PERMOHONAN BR1M:
Pemohon boleh membuat semakan dengan mendail no di bawah ini bermula 16 januari 2012 jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang.talian hotline ini akan beroperasi setiap hari berkerja  sehingga tamat tempoh selama 2 bulan seperti yang dirancangkan.talian hotline:1-800-222-500/1-300-88-3010

PEMAKLUMAN DAN CARA BAYARAN BR1M:
Setiap permohonan akan diberimaklumkan melalui pos dan setiap permohonan yang lulus atau berjaya akan menerima surat pemakluman bersertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar di adakan.dan untuk mereka yang berada di luar bandar akan diberi kemudahan oleh kerajaan di mana kerajaan akan menyediakan keunter bank bergerak bank simpanan nasional,cimb dan mybank pada majlis penyerahan itu.baucar br1m juga boleh di tunaikan di cawangan bank seluruh malaysia.

JIKA PERMOHONAN GAGAL:
Bagi pemohon yang gagal, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa