Ahad, 18 November 2012

TERBUKTILAH PADA HARI INI PAS SEBARIS ABU JAHIL, FIRAUN, HAMAN, ABU LAHAB & ABDULLAH UBAI..

HADIS INI AMAT TEPAT MENGGAMBARKAN PAS DAN PAKATAM AHZAB.

SEKALI LAGI PEMIMPIN PAS, PAKATAM AHZAB & SELURUH AHLI SERTA PENYOKONG  mereka membuktikan kepada kita semua bahawa mereka sudah sebaris dengan Fir'aun, Abu Lahab, Abu Jahal, Musailammah Kaab, Haman dan Abdullah bin Ubai. 

Memanglah sedih dan amat musykil di hati semua umat Islam,apabila PAS sanggup mempersendakan doa (senjata mukmin paling ampuh) dan solat Hajat yang sewajibnya digunakan untuk tujuan kebaikan dan manafaat. Tapi PAS menterbalikkan tujuan doa dan solat hajat bagi meminta bala bencana kepada sebahagian rakyat Malaysia yang berada di dalam UMNO dan BN. Sedangkan bila bala bencana dan malapetaka diturunkan ianya tertimpa kepada semua dan tidak seorang pun dikecualikan.

Nama saja pemimpin PAS pandai dalam ilmu agama tapi dari segi perlaksanaan ilmu agama tak ubah seperti orang jahil murrakab. 

Di waktu umat Islam sedang bergolak di bunuh dan di bantai di Syria dan Semenanjung Gaza, parti politik bernama PAS angkat tangan berdoa untuk kehancuran sebuah pemerintahan adil dan saksama di negara sendiri. Tidak pula PAS mempergunakan peluang tersebut untuk angkat tangan berdoa untuk keselamatan umat Islam di seluruh dunia dan kehancuran musuh Islam.

Menyedihkan bila mengenang perkara itu dilakukan dalam kehadiran puak kafir harbi DAP yang begitu memusuhi Melayu dan Islam di negara ini. 

Beginilah perilaku amalan sebuah parti politik yang menggunakan nama ISLAM tapi peel dan amalan mereka lebih menyerupai amalan agama Majusi serta mengikuti jejak langkah para rahib Yahudi. 

Sepanjang 65 tahun UMNO wujud, tidak pernah sekalipun UMNO melakukan doa dan solat Hajat untuk kehancuran PAS. Malah, PAS dibiarkan wujud tanpa diharamkan oleh UMNO/BN waima pada waktu PAS amat lemah sekali. 

Dalam juzu 17, surah Al Isra' ayat 11:-

وَيَدْعُ الْإِنسَانُ بِالشَّرِّ دُعَاءَهُ بِالْخَيْرِ ۖ وَكَانَ الْإِنسَانُ عَجُولًا

Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru.

PAS terburu-buru nafsu mahu ke Putrajaya
PAS terburu-buru mendoakan kejahatan yang bakal menimpa mereka sendiri
PAS terburu-buru nafsu mencela UMNO

Sedangkan ......


PAS pecat pemimpinnya yang mempertahankan akidah.
PAS senyap bila Mursyidul Am nya memperlekehkan kalimah Allah
PAS diam bila Mursyidul Am nya mengampunkan dosa-dosa zina dan khalwat.
PAS setuju dengan amalan kebebasan beragama
PAS mendiamkan diri bila di cabar melangkah mayat Karpal Singh
malah banyak lagi ......

Anih dan hairan bilamana pemimpin PAS tidak mengambil iktibar langsung di atas kejadian yang berlaku di Afghanistan, Syria, Libya, Mesir dan Semenanjung Gaza.

Manakala ahli dan penyokong PAS seperti buta segala-galanya terhadap apa yang berlaku pada umat Islam di seluruh dunia.

Paling menyedihkan Ketua Dewan Foolamak PAS mengatakan isu kebebasan agama tak sepenting menumbangkan UMNO/BN. Kepentingan politik diletakkan teratas daripada kepentingan akidah. Samalah seperti dalam isu MURTAD dan KALIMAH ALLAH.

Inilah di antara kejahatan-kejahatan politik yang dilakukan oleh PAS.

Memutuskan silaturrohiim sesama sebangsa yang seagama sebaliknya memeluk erat pihak yang mahu melihat Islam dan Melayu dihancurkan.

Hamba tak berani lagi menjadikan mana-mana orang PAS sebagai imam solat atau pemimpin atau tuan guru memandangkan mereka sendiri pun tidak tahu membezakan di antara AGAMA dengan POLITIK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa