Sabtu, 17 November 2012

HEGEMONI DAP & DUA PRA SYARAT PAKATAM AHZAB UNTUK MEREPUBLIKKAN MALAYSIA.


Ucapan Bapak 13 Mei 1969 di Himpunan Kebangsatan Pakatam Ahzab di stadium Mohammad IV Kota Bharu Jumaat, 16hb November 2012, jam 10 pagi, antara lain:-
  1. Bapak 13 Mei 69, menyebutkan dua pra syarat untuk pakatam ahzab merepublikkan Malaysia. 
  2. Pertama, pasngok dan pkrngok mestilah ikut perintah DAP pada setiap masa.
  3. Kedua, pasngok dan pkrngok mestilah menipu Melayu, Cina dan India bahawa hegemoni DAP adalah terbaik buat rakyat Malaysia.
Pada kali ini Bapak 13Mei 69 memberi amaran kepada pasngok dan pkrngok agar tidak mengkhianati hegemoni DAP dalam Pakatam Ahzab. Bapak 13Mei 69 mengingatkan pasngok dan pkrngok mengenai dua perkara utama iaitu:-
  1. Program Polisi Umum Pakatam Ahzab (Perjanjian Setan) yang pernah di sebut oleh Zulkifl Nordin dan Hasan Ali. Program khusus untuk meREPUBLIKkan Malaysia secara berperingkat-peringkat bagi membawa masuk semula Republik Singapura ke dalam Malaysia.
  2. Buku Jinggay - Kitab meREPUBLIKkan Malaysia melalui slogan 'UNITE & RULE" serta "MASYARKAT PLURALISMA" yang di sebut oleh Bapak 13Mei 69 di dua Himpunan Kebangsatan Pakatam Ahzab di Seremban dan di Kota Bharu. 
Kita tak perlu mengulas panjang mengenai halatuju politik Pakatam Ahzab yang bertunjangkan kepada hegemoni DAP sosialis demokrat. Sudah TERANG DAN NYATA, mereka menuju kepada penubuhan REPUBLIK SOSIALIS DEMOKRAT bermodel Amerika Syarikat. 

Mereka mahu mengubah masyarakat Malaysia menjadi sebuah MASYARAKAT PLURALISMA yang menerima konsep KEBEBASAN AGAMA. 

Hegemoni DAP dalam Pakatam Ahzab bermakna memaksakan ke atas seluruh rakyat Malaysia menganut fahaman SOSIALIS DEMOKRAT yang menolak Qada dan Qadar Allah Ta'ala ke atas semua manusia. 

Manusia memang ditakdirkan dalam Qada dan Qadar Allah Ta'ala mempunyai taraf sosial, warisan budaya anutan agama dan taraf ekonomi yang berbeza-beza di antara satu sama lain. Malah bentuk badan, warna kulit dan bahasa pun sudah berbeza-beza. Kerana Allah Ta'ala sudah berfirman di dalam al Qur'an bahawa jika Dia kehendaki sudah tentu dijadikan manusia ini umat yang satu. Namun Allah Ta'ala jadikan manusia ini berpencar-pencar untuk saling kenal mengenal di antara satu sama lain.

Menyatukan manusia tak perlu melalui fahaman Sosialisma Demokrat. 
Atau menyamaratakan semua bangsa.
Atau menyamaratakan semua agama.
Atau menyamaratakan semua budaya.
Atau menyamaratakan semua sejarah
Atau menyamaratakan semua status sosial.
Atau mempluralkan masyarakat
Atau mempluralkan semua agama.
Atau mempluralkan semua budaya
Atau mempluralkan semua bangsa.
Atau menghapuskan status kelas sosial.
Atau menghapuskan DEB
Atau menghapuskan status Bumiputera
Atau menghapuskan Hak-hak Istimewa Melayu
Atau menghapuskan Institusi Raja Berperlembagaan.

Ianya boleh dilakukan dan lebih efektif dilakukan melalui 1 MALAYSIA!

Melalui persefahaman, saling hormat-menghormati, mengenali hatibudi dan kerjasama di antara semua etnik, agama, semua budaya dan semua status sosial. Saling kenal mengenali di antara satu sama lain. Saling bertoleransi di antara satu sama lain. Mendidik jiwa-jiwa tidak menjadi ekstrimis. 

Ingatlah kita tak boleh memaksa mana-mana individu untuk menjadi samarata, samarasa depan  belakang sama saja.Pepatah sudah menyebut, "Rambut sama hitam hati lain-lain".

Sendiri mahu fikirlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa