Rabu, 3 Oktober 2012

MELAYU SAMAN MELAYU DAN CINA UNDI DAP.

Photo: Penahanan ISA tidak sah, mahkamah perintah bayar ganti rugi

Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohamad Sabu bersama bekas Tahanan ISA Reformasi di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mohamad Sabu hadir mendengar penghakiman berhubung saman yang difailkan oleh YB Saari Sungib bersama empat orang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 2001 terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia.

Mahkamah telah memutuskan bahawa penahanan YB Saari Sungib, YB Tian Chua, Hishamuddin Rais, Dr Badrul Amin dan Badaruddin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 2001 adalah tidak sah, bermotif politik dan Mala Fide (berniat jahat).

Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam pengadilanya menganugerahkan kelima-lima bekas tahanan ISA masing-masing sebanyak RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka di bawah seksyen 73, ISA dan RM30,000 sebagai ganti rugi teruk.
Mereka Yang Tiada Sifat Gentlemen Dalam Berpolitik.
Bila Melihat Mereka Di Dalam Gambar Itu Teringatkan Cerita Pilem Tan Sri P.Ramlee 
"6 JAHANAM"

YBK punya saman sudah menanglah ke atas Pakatam Selangor. Itu mahkamah sudah kasitau itu tanah kasi ambil semula sama YBK lah. Lain punya saman punya cerita itu NFCorp juga atas itu Zuraida Singapora mari punya jadi tokan Ampang jugalah sama Rafizi. 

Itu tahanan ISA mahkamah sudah kasi perintah sama bekas IGP Norian Mai, KDN dan Malaysia punya gomen kasi bayar gantirugi RM15,000 setiap hari penahanan. Betul-betul bikin rugi sama duit rakyat itu tahanan punya ISA. 

Lain-lain punya hal, itu Masitah Ibrahim sudah kena lah sama Hj Hadi saman punya cerita. Mahkamah sudah perintah kasi fail pembelaan. Hamlau punya cerita. 

Itu Azalinda Pengerang mahu saman sama Aliman punya anak nama Mazlan mahu itu orang minta maaf bikin fitnah sana sini pasal RAPID. 

Segala butiran lanjut mengenainya perkara-perkara di atas anda semua boleh melayari portal KLPOS., PERAK TODAY, UTARA NEWS dan rangkaian angkatan bloger yang tersisip pautan mereka di bar sisi tepi blog ini. Siap dengan video sekali. 

Moral Of Da Stori ialah pakatam membudayakan suatu budaya politik penoh tragedi, trajis dan konflik. Budaya politik seperti ini takkan mampu melonjakkan bangsa ini dan negara ini maju ke hadapan untuk bersaing. 

Kita perlu menghentikan budaya tak gentlemen ini di dalam politik. Apabila di dalam politik tidak ada budaya gentlemen maka nilai-nilai dan amalan-amalan negatif akan mula p ukumenjadi amalan kebiasaan. Ini cukup tidak sihat bagi perkembangan kestabilan politik di negara ini. 

Bila pelabur luar melihat tiada budaya gentlemen di kalangan ahli politik di negara ini mereka akan tawar hati untuk melabur. Impak lebih teruk lagi ialah bila ahli-ahli politik akan lebih sibuk berpolitik dari bekerja untuk rakyat. 

Langkah pertama kita ialah perlu memberikan pengajaran terhebat di alaf ini kepada pemimpin-pemimpin yang tidak mengamalkan Budaya Gentleman dalam politik. Tapi harus perkiraan itu kena pada tempat dan masanya. Jika tersalah perkiraan kita akan menanggung kerugian yang tak terkira. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa