Selasa, 2 Oktober 2012

LAINKALI LANTIK SAJA BLOGER MENJADI MENTERI SERBA TAHU.@NajibRazak


Nak gelak pun ada , nak marah jauh sekali nak terasa hati pun tak ada langsung. Kadang-kadang gelak dan ketawa sendiri sahaja. Itupun bersembunyi dari pengetahuan orang. Bimbang di fitnah orang sebagai Orang Gila ketawa berdekah-dekah seorang diri. Ada banyak jenis bloger di Malaysia ini. Kategori bloger di Malaysia pun banyak juga. dalam dunia ini hanya Malaysia sahaja memberikan peluang dan ruang luas kepada bloger menjadi Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri , Senator, Ketua Menteri, Ketua Pembangkang dan Perdana Menteri pun berblog juga. Itulah budaya politik Malaysia pada hari ini. sentiasa ke hadapan tak pernah ke belakang dalam menggunakan teknologi internet. 

Di Malaysia ini peranan dan fungsi bloger melebihi kuasa Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang ada bahkan melebihi kuasa Parlimen dan DUN. Begitu hebat dunia blog di Malaysia ini sehinggakan mampu mengugat kuasa Kehakiman juga. 

Kepandaian dan kecerdikan bloger Malaysia sehebat dan secerdik serta setaraf mana-mana ahli politik teragung di dunia, mana-mana ahli falsafah kuno, mana-mana ahli saintis di dunia, mana-mana ahli politik terkenal di dunia bahkan mana-mana pakar di dunia. Termasuklah juga melebihi mana-mana ulama di dunia serta ahli nujum.. Sebutlah apa sajalah berkenaan apajua perkara, bloger Malaysia mampu memberikan jawapan dan penyelesaian terbaik untuk semua dan wajib diikuti. 

Kalau bloger Malaysia kata Airasia tak guna maka wajiblah semua rakyat Malaysia angguk-angguk kepala tanda setuju.

Kalau bloger Malaysia kata makan durian Kg. Dusun baik untuk kesihatan maka wajiblah hanya makan durian Kg Dusun sahaja walaupun durian Kg Durian Tunggal lebih enak. 

Kalau bloger Malaysia kata si polan bin si polan manusia tak boleh dipercayai maka wajiblah di akur kata bloger. 

Kalau bloger Malaysia kata esok dunia nak kiamat maka wajiblah semua segera bertaubat kerana memang akan berlaku kiamat sepertimana bloger kata. 

Mustahillah para bloger Malaysia ini tidak tahu. Semuanya bloger Malaysia ini tahu belaka. Baik mengenai bilangan jumlah skru yang ada di setiap pintu masuk JPM sehinggalah jumlah penutup mangkuk tandas di seluruh Malaysia. Semuanya bloger Malaysia ini tahu. Jangan nak kelentonglah bloger Malaysia ini. Semuanya mereka tahu belaka. 

Jangan persoalkan niat dan motif mereka menulis kerana niat dan motif mereka hanya berjuang untuk kepentingan rakyat jelata dan kawan-kawan yang menghulur wang barang seikat dua. 

Jadi sudah tibalah masanya untuk pentadbiran DS Najib mengisytiharkan kepada seluruh dunia bahawa di Malaysia ini para bloger semuanya di lantik menjadi MENTERI SERBA TAHU dan diwujudkan sebuah kementerian khas yang diberi nama KEMENTERIAN SERBA TAHU khas dan khusus untuk para bloger di Malaysia yang tahu serba serbi. 

Kepada bloger yang tahu adab sopan, batasan dan dalam kategori ' Tidak tahu Serba Serbi' moleklah anda semua berdiam diri sahajalah. Tak perlu nak tegur sana sini sebab anda bukan bloger yang ada trafik pembaca berpuluh ribu sehari.

Kepada rakan-rakan bloger jangan ambil hati kerana kadangkala Berkata Benar Itu Lebih Pahit daripada moto di blog. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa