SUARAM SDN. BHD. @ LEMBU KEPALA HITAM @ AGEN ZIONISMA
Memetik rakan bloger Gelombang Wangsa Maju (GWM) yang dengan sukacitanya melapurkan mengenai kekantolan SUARAM, menulis:-
Terimakasih GWM !Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan datang ke premis SUARAM esok setelah kedatangan sekumpulan pegawai jabatan itu hari ini gagal mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak NGO tersebut.Meskipun pihak SMM telah membawa surat waran, namun SUARAM mendakwa surat waran itu tidak lengkap untuk membolehkan pihaknya memberi kerjasama dalam siasatan tersebut.“Waran mesti ditandatangani oleh pendaftar. (tetapi) Ia tidak dan orang yang datang bersama-sama adalah hanyalah timbalan.“Mereka telah mengambil keputusan untuk datang semula esok,” kata Cynthia Gabriel, Ahli Lembaga Pengarah SUARAM kepada Malaysiakini.Menurut Gabriel, empat pegawai SSM yang datang hari ini bertujuan untuk menemubual kakitangan, memeriksa dokumen dan akaun SUARAM.Menurut suaram.net, premis induk SUARAM beralamat di 433A, 1st floor Jalan 5/46 Gasing Indah, 46000 Petaling Jaya Selangor, Malaysia dan mempunyai dua cawangan di negeri Johor dan Pulau Pinang.Pada 1 Julai lalu, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendedahkan SUARAM bukan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagaimana yang sering didakwa sebaliknya pertubuhan itu merupakan sebuah syarikat swasta yang tidak bermotifkan keuntungan.Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, menerusi semakan dokumen awam SSM, Suaram adalah sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn. Bhd. dengan modal berbayar RM2.Menurutnya, pemegang saham dan pengarah syarikat ini adalah Yeoh Seng Guan dan Kua Kia Soong dengan tarikh pelantikan kedua mereka sebagai pengarah adalah pada 7 Jun 2004.“JMM juga difahamkan bahawa jumlah pendapatan syarikat ini adalah RM497,137 pada tahun 2009 dan RM411,226 pada tahun 2010.“JMM mahu tahu sama ada pendapatan syarikat ini dari dalam atau luar serta apakah identiti penyumbang, motif serta niat sebenar mereka,” katanya.Katanya lagi pemeriksaan lanjut yang dilakukan pihaknya mendapati Suaram tidak berdaftar di dalam Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai sebuah NGO.“Selama ini mereka cenderung kepada sesuatu pihak, saya tidak mahu tuduh tetapi mereka perlu perjelaskan sumber sebenar pendapatan mereka, lagipun mereka yang selama ini memperkatakan mengenai ketelusan.“Mereka berlagak seperti sebuah NGO tetapi sebenarnya adalah sebuah syarikat swasta. Sumber pendapatan kira-kira RM900,000 itu adalah satu jumlah besar yang perlu diperjelaskan sama ada dari dalam atau luar negara,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa