Rabu, 22 Februari 2012

ULAMA' ,CENDIKIAWAN & PENULIS MAYA PRO UMNO/BN MENCAPAI KATA SEPAKAT DAN MUAFAKAT.




Rakan bloger Aku Peduli Apa (APA) menulis:-
Selama 4 hari 3 malam PENULIS MAYA berbagai cabang bermukim di Seri Pan Pacific Kuala Lumpur dan berpeluang berinteraksi secara terus dengan Para Ulamak dan Para Cendekiawan Islam negara kita baru baru ini.Aku rasa inilah julung julung kalinya KAMI diberi peluang untuk enggaged dengan para Ulamak dan Cendekiawan Islam negara ini secara terus dan santai dan mengenali mereka secara dekat kerana selama ini interaksi yang berlaku hanyalah melalui pembacaan dan pemberitaan yang dibuat oleh media cetak dan eletronik arus perdana.
Nama nama besar saperti SS Mufti Negeri Perak Tan Sri Harussani,Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin,SS Mufti Negeri Perlis Dr.Juanda Jaya,Imam Muda Uztaz Fathul Bari dan ramai lagi para Cendekiawan Islam sebagai ahli ahli panel yang memenuhi perdebatan dalam isu isu yang diaturkan untuk himpunan ini amatlah berkesan dalam mencetus kesedaran kepada KAMI para penulis maya.Banyak INPUT yang amat berguna telah KAMI kongsikan bersama sebagai PESERTA dalam himpunan ini sama ada yang bergelar ULAMAK,CENDEKIAWAN mahupun PENULIS MAYA.
Di akhir sesi selepas 4 hari berkampung apa yang dapat rumuskan....
  1. Adalah menjadi TANGGUNG JAWAP kami sebagai penulis maya MENYATAKAN KEBENARAN kepada siapa juga PEMIMPIN ISLAM tidak mengira SIAPA dan parti politik mana mereka bernaung.

  2. Menjadi TANGGUNGJAWAP BERSAMA kami sebagai penulis maya dan para Ulamak dan Cendekiawan Islam untuk menyedarkan para PEMIMPIN terutama pemimpin parti pemerintah untuk merujuk dahulu kepada Para Ulamak,Penasihat Agama tentang TATASUSILA menghadhiri mana mana perayaan/sambutan yang melibatkan perayaan rakyat bukan Islam negara ini supaya tidak mencetuskan salah tanggapan dan kekeliruan dikalangan umat Islam negara ini walaupun kehadhiran itu atas kapasiti mereka sebagai pemimpin negara.

  3. Perlu ada garis panduan yang JELAS tentang perayaan yang bersifat kebudayaan atau keagamaan agar pemimpin tidak terperangkap dalam situasi dimana ianya akan menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam dan ini MESTI lah dipersetujui oleh semua PEMIMPIN yang mewakili rakyat bukan Islam.

  4. Sebagai penulis maya KAMI dinasihatkan lebih berhati hati dengan penulisan/artikel yang mahu dipaparkan dan mengelakan sama sekali artikel berunsur LUCAH dan FITNAH yang akhirnya akan memusnahkan KREDIBILITI kami sebagai penggiat media baru dan paling ditakuti KAMI perlu diperhitungkan atas segalanya dihadapan Allah Rabbu Jalil di akhirat kelak.
Itu adalah diantara beberapa perkara paling pokok yang cuba disampaikan oleh para Ulamak dan Cendekiawan Islam kepada komuniti penulis maya dalam himpunan tempohari dan mereka mendambakan KAMI memainkan peranan kami dalam menyedarkan semua PEMIMPIN ISLAM tanpa kompromi agar meletakan AGAMA itu paling hadapan dan bukan POLITIK.
Bagaimana sahabat sahabat lain memahaminya aku pun kurang pasti,tapi itu apa yang AKU faham.WaAllahu'alam.
Dengan katalain, kepimpinan DS Najib begitu mengambil berat dan prihatin mengenai kesepakatan dan kemuafakatan di antara ulamak, cendikiawan Islam dengan para penulis Maya pro UMNO/BN agar dapat memberikan teguran dna kritikan konstruktif kepada polisi-polisi kerajaan dan dalam menghadapi gelombang fitnah para pembangkang daripada PAS DAP PKR.

Sebenarnya banyak perkara-perkara, nasihat-nasihat dan isu-isu semasa berkaitan dengan Islam diperbincangkan. Terlalu banyak manafaat sehingga difikirkan ianya masih belum mencukupi lagi. Pertemuan dan perbincangan sedemikian amat perlu diadakan lagi bagi memantapkan pergerakan dan penyebaran fakta-fakta kebenaran dan menididk masyarakat agar mengambil jalan wassatiyah dalam semua aspek bidang kehidupan.

Tahniah kepada semua dan tahniah kepada penganjur serta tahniah kepada kepimpinan DS Najib yang berusaha agar penulis maya UMNO/BN terus berintergriti dan sepakat dengan golongan ulama' dan cendikiawan Islam.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

  1. Jauhkan semua ulama tu dari homo cun ni sebab homo cun ni suka benda yang haram iaitu bontot.

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa