Sebelum dari isu skandal penyelewengan yang mencurigakan membabitkan Nga Kor Ming, DAP menegaskan pertalian kekeluargaan dan perkahwinan yang wujud di antara Shahrizat Jalil dengan Mohd Salleh (NFCORP) serta penglibatan anak-beranak mereka berdua adalah bukti bermerit adanya penyelewengan serius dalam isu NFC dan NFCORP.
Terbaru. Jawatankuasa Displin DAP rasis lidah bercabang sepuluh semasa menyiasat aduan mengenai skandal penyelewengan oleh Nga Kor Ming kerana melibatkan isterinya, Jawatankuasa Displin DAP berpendapat begini pula :-
Komiti DAP telah bersidang untuk menentukan samada terdapat kes salah laku atau rasuah, atau salah guna kuasa sekiranya sebuah syarikat milik pasangan seorang ahli politik mendapat sebarang kontrak kerajaan dan keputusannya:"It is the DC's opinion that in the case of awarding contracts, the mere existence of a relationship between the parties concerned is not sufficient to constitute a wrongdoing meriting an actionable complaint.Terjemahannya:- Jawatankuasa Displin berpendapat bahawa dalam kes mentauliahkan kontrak-kontrak, kewujudan pertalian antara pihak-pihak berkenaan tidak mencukupi untuk menyatakan berlakunya salah laku yang bermerit bagi ebarang aduan di ambil tindakan.
Pendapat ini telah digunakan untuk melepaskan bekas Exco negeri Perak, Nga Kor Ming dari sebarang kesalahan apabila didedahkan bahawa isterinya adalah pemilik Ethan and Elton, sebuah kedai jahit yang telah memasuki tender membuat sut bagi Ahli Majlis Dewan Bandaraya Ipoh.
Inilah juga contoh amalan asobiyah di dalam DAP. Begitu tegar dan berleluasa amalan assobiyah ini di dalam DAP PAS PKR yang membentuk sebuah kesepakatan yang haram tidak berdaftar dinamakan Pakatang Rakyat.
Malah Ambiga juga pernah mengeluarkan kenyataan agar apabila Regim Sosialis Pakatang Rakyat berkuasa, hendaklah dimaafkan sahaja rasuah-rasuah kecil.
Di dalam isu kenyataan Anwar Ibrahim menyokong penuh regim Zionis dan di dalam isu skandal penyelewengan pasir, kesemua kepimpinan DAP PAS PKR mengambil langkah dan tindakan menyokong penuh Anwar Ibrahim dan salahlaku penyelewengan skandal pasir.
Dengan katalain ini bermakna Jawatankuasa Displin DAP mengakui bahawa tiada salahlaku berlaku di dalam NFC dan NFCORP semata-mata kerana wujudnya pertalian di antara Mohd Salleh dan Shahrizat Jalil.
TQ mymassa kerana memetik sumber
TEPUK DADA TANYALAH IMAN!
bab pemimpin pembangkang tiada merit salahlaku...klu musuh pula ada merit
BalasPadamsalahlaku,rasuah dan seleweng!!!!?
memang dasar lidah bercabang..double
standard..cakap tak serupa bikin!!
cuba beri persepsi dia jer betul orang lain
salah!!!
awarding contracts - pentauliahan kontrak-kontrak
BalasPadam