Rabu, 4 Januari 2012

ANAK KECIL MAIN API DAN USTAZ AZHAR MAIN GITAR.. PEMIMPIN MELAYU MENDIAMKAN DIRI.

Sabariah Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2, ibu kepada Amalina.

Pertama sekali, ibu kepada Amalina telah membuat kenyataan balas mempertahankan Amalina. Sila baca di blog Badut Rakyat. Menariknya ibu Amalina dengan memberikan alasan:-
1. Kesal kerana gambar itu bersifat peribadi
2. Gambar itu adalah gambar lama.
Tiada penerangan diberikan mengenai lelaki omputih tersebut. Hantam sajalah. Kalau ibunya sendiri mengiyakan perbuatan Amalina. Kita sudah menegur. Kita memohon maaf di atas perasaan tersinggungnya. Kita hanya menegur dan bukan berniat mengaibkan.


Kedua berkenaan dengan pendedahan mengenai kecederaan yang dialami oleh Safwan Anang dan Amar Rasyidi (baca di blog Dr Novandri  telah banyak mengupas dari sudut perubatan):-
1. Luka yang dialami tidak sepadan dengan dakwaan di pukul.
2. Lapuran doktor mengesahkan tiada tulang rusuk patah. Dibuktikan dengan keupayaan Safwan Anang meregangkan kedua tangannya tanpa sebarang masalah (gambar di blog Dr Novandri).
3. Pemeriksaan x-ray juga mengesahkan tiada tulang rusuk patah.
4. Tiada kesan lebam akibat tumbukan kuat dan perlahan.
5. Kesemua tanda-tanda kecederaan laserasi dan abrasi bukan terhasil dari tumbukan dan pukulan.

Bekas Pelajar dari kiri ke kanan
Shazmi Munir - bekas pelajar UM ditamatkan pengajian kerana CGPA kurang 2.00 mata
Ahmad Syukri - turut gagal di KUIS kerana CGPA kurang 2.00 mata bekerja dengan ahli parlimen R.Sivarasah
Ahmad Syukri Che Ab Razab - gagal di UMS dan di KUIS kerana CGPA kurang 2.00 mata.

Ketiga, pendedahan mengenai pencapaian akademi dan latarbelakang individu yang terbabit dalam rusuhan tengahmalam buta di UPSI (baca di blog Double -Y). Kepala-kepalanya adalah bekas mahasiswa yang bekerja dengan ahli Parlimen Pakatan.

Keempat, mengenai ugutan Ahmad Syukri Ab Razab kepada pengurusan UPSI yang telah menggantung sementara kemudahan kolej kediamaan Yuyu Luna. Kedegilan Yuyu Luna untuk terus tinggal di kolej kediaman atas alasan hanya menerima Notis secara lisan. Sudah buat salah enggan memikul tanggungjawab di atas kesalahan.


Kelima mengenai amukan anak-anak muda peminat ustat artis Azhar Idrus. Apabila ustat kesayangan mereka di tegur kerana melakukan perkara syubahat yang mampu menyesatkan akidah, anak-anak muda tersebut mengamuk. Enggan menerima HALAL TETAP HALAL dan HARAM TETAP HARAM.


Di waktu Hasan Ali sibuk membanteras maksiat pada malam sambutan tahun baru, ustat Azhar Idrus terus membuai lena mengkhayalkan anak muda dengan petikan gitar. Demikianlah antara lima kisah ANAK KECIL MAIN API.


Pada 901 kita akan melihat lagi anak-anak kecil itu bermain api. Agak malang kerana sehingga ke saat menjelang 901, belum ada lagi pemimpin Melayu yang bersuara dan menegur secara lantang berdasarkan kebijakan. Jika ada pun ianya dilakukan seolah-olah mereka merestuinya.

Sikap sebegini hanya menampakkan kelemahan mereka sebagai pemimpin. Semua pemimpin Melayu yang tertinggi dalam mana-mana parti politik seolah-olah 'mendiamkan diri'. Merekalah sepatutnya membuat teguran dan nasihat kepada anak-anak kecil yang sedang galak bermain api. 

Jangan tunggu sehingga api itu membakar kembali diri anak-anak kecil tersebut dan diri mereka pula nanti. Padamkanlah 'Mainan Api' anak-anak kecil itu sebelum terlambat.

Ingat pesanan orangtua , 'Api Semasa Kecil Menjadi Kawan Bila Besar Menjadi Lawan.'

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa