Rabu, 4 Januari 2012

901 DAN RUSUHAN DI UPSI DUA ISU YANG TIADA 'COMMON SENSE'

Takrifan Common Sense : Sound and Prudent Judgement based on a simple perception  of the situation or facts.
Takrifan yang sama dalam bahasa Melayu ialah KEWARASAN yakni pendirian wajar dan munasabah berdasarkan kepada tanggapan mudah ke atas peristiwa dan fakta-fakta

Dalam isu rusuhan UPSI kita mempunyai 'persepsi mudah' dan 'peristiwa dan fakta-fakta. Begitu juga mengenai isu 901, kita mempunyai 'persepsi mudah' dan 'peristiwa dan fakta-fakta'. apa yang diperlukan bagi kita ialah membuat pendirian wajar dan munasabah.

Adakah tindakan para perusuh UPSI (SMM, Adam Adli, Safwan Anang) melakukan demo pada tengahmalam ialah suatu kewarasan?

Adakah tindakan perusuh UPSI (SMM Adam Adli, Safwan Anang) melakukan provokasi selepas diberikan keizinan oleh polis untuk melakukan upacara demo pada tengahmalam buta selama 30 minit itu suatu kewarasan?

Adakah menyokong dan bersetuju dengan tindakan perusuh UPSI (SMM Adam Adli dan Safwan Anang) itu suatu kewarasan?

Adakah memfitnah polis dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas adalah suatu kewarasan?

Adakah meneruskan kempen FACK 901 merupakan suatu kewarasan?


Al marhum Tunku Abdul Rahman pernah menulis mengenai rusuhan mahasiswa robot pada Disember 23 dan 30, 1974, sebagai kolumnis STAR seperti berikut:-
They are quite naturally part of the student 'ego' movement that is widespread throughout the world. They like to be known, they like to be seen, like to be heard, just like grown-ups, whereas in fact they are too young. Unless their parents pander to their whimps and fancies, THEY CRY AND THROW THINGS ABOUT TO GIVE VENT TO THEIR TEMPERS.
Dengan kata lain, al Marhum Tunku Abdul Rahman telah memberikan suatu KEWARASAN dan KEBIJAKAN mengenai saikologi dan trend mahasiswa di Malaysia.


Pada waktu almarhum Tunku Abdul Rahman menyatakan kewarasan dan kebijakan itu, Anwar Ibrahim dan Isham Rais adalah versi Adam Adli dan Safwan Anang di tahun 1974.

Perbezaannya ialah pada 1974, Anwar Ibrahim dan Isham Rais adalah sebahagian pergerakan 'ego' mahasiswa. Namun pada waktu itu mereka tidak dirobotkan oleh kerana ada pemimpin pembangkang yang menunggu perbicaraan kes jenayah liwat.

Agak malang kerana selepas itu , Isham Rais membawa 'ego' itu keluar negara selama 25 tahun manakala Anwar Ibrahim membuang 'ego' itu apabila Tun Dr Mahathir memberikan apa yang Anwar Ibrahim mahukan tetapi kembali semula kepada 'ego' itu bila beliau kehilangan pemberian itu.

Justeru itu adakah Adam Adli dan Safwan Anang menyedari hakikat ini atau mereka berdua hanya memikirkan 'EGO' PELAJAR mereka sahaja semata-mata hanya mahu dikenali, didengari dan dilihat? 

Jika tidak dipenuhi kemahuan mereka maka mereka akan menangis dan membaling segala keamanan yang ada bagi menzahirkan kemarahan mereka tanpa mempedulikan nasib masyarakat lain dan anak-anak kecil?

'ANAK KECIL MAIN API'

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa